Alhamdulillah. .semalam hari kedua kami selamat tiba di Siem Reap jam 9.30 malam selepas perjalanan yang panjang lebih 6 jam dari Phnom Penh.
Aktiviti hari kedua yang padat dan seawal pagi selepas melawat Genocide Museum Tuol Sleng iaitu penjara yang penuh kesan seksaan dan derita di zaman Pol Pot.
Kemudian ke Choy Mentry, sebuah perkampungan penduduk Islam Di Kemboja. Makan tenghari di Restoran Nurul Iman di tepi Sungai Mekong sebelum melawat kolam ternakan ikan toman yang diuruskan oleh Cambodian Muslim Cooperative.
5 jam kemudian kami tiba di Siem Reap sebuah bandar perlancongan di utara Kemboja. Bandar ini lebih bersih, terusun dan moden berbeza dengan Phnom Penh
Awal pagi tadi, selepas sarapan di Muslim Family Restoran kami ke Angkor World Heritage.
Tiket masuk ke kawasan ini USD 20 seorang
Selepas makan tenghari, teruskan lawatan ke ladang sutera melihat proses sutera dihasilkan daripada ulat sutera.
Kemudian selepas cuaca agak redup, masa yang sesuai untuk menaiki bot menyusuri Tonle Sap Lake. Tiket seorang 6 USD , kalau walk in tiket lebih mahal.
Melawat perkampungan terapung dan kolam ternak buaya. Dari sinilah mungkin asal usul beg atau kasut korang.
Tudiaaa…. blogger! Tengah tasik jauh di luar bandar pun talian internet sangat superb!
Sekarang 7.20 waktu tempatan, selepas makan malam kami akan keluar ke night market Siem Reap.
Baca entri lengkap di sini – Dari Angkor Wat Ke Tonle Sap Lake di Siem Reap
Penghasil sutera juga rupanya kak
Di sana pastinya banyak kuil2 spt angkor wat di sana.
Pengalaman yang menarik. Kalau bawa kamera DSLR perlu memori besar atau lebih. Nanti tak cukup filem. 🙂
Boleh tahan juga tiket masuk ke tempat2 menarik. 20 usd tuuu hehehe..
nak pi jugaaaaaaaa
fuhhh..best la dapat gi sana. leh jumpa angkor lagi tu.
Harga tiket masuk ke angkor world relatif mahal juga
Selamat bersenang2 bersama keluarga Kak Jie
Naik bot tu yg paling menarik perhatian =)
p.s- sambung baca kembara kak jie n the geng =)
pengalaman yang indah tengok tempat org…gambar pun cantik2..apatah kalau pergi sendiri kat sana kan..
wah, seronok jejalan sana. yang paling best ada restoren halal.
Kujie, sempat pergi Angkor Thomb tak? Best kan dapat menikmati suasana matahari terbenam.
P/s Awek comel tu nampak khusyuk merenung buaya, hihi
Angah suka gambaq yang kedua tu.. 🙂
Naik Tuktuk si Thawi.. heheheh
Nampaknya senang nak cari makanan halal di Siem Reap.
Kawasan nampaknya belum tercemar dengan kota batu lagi.
menariknya kat ladang sutera tu…..