Ekpresi Kembara Kemboja
Percutian

Ekpresi Kembara Kemboja

Hari ke-4 di Kemboja.

Kami check out awal pagi selepas subuh jam 5.30 pagi menuju ke Phnom Penh.

image

Bye Siem Reap.

Perjalanan awal pagi dengan kesibukkan aktiviti penduduk tempatan yang baru bermula.

Sepanjang perjalanan sibuk dengan kereta, lori, tuk tuk, motorsikal, basikal, kereta lembu malah kereta kuda.
image

Perjalanan hari ini dijangka memakan masa 12 jam sehingga ke Ho Chi Minh, Vietnam.

image

Ini adalah tandas di Park Pros sebuah hentian rehat. Lega dan nikmat tak terkira kalau terjumpa tandas kalau di perjalanan.

Jangan menilai rupa yang menyeramkan tandas ini kerana apabila melangkah masuk, sungguh tak terduga rupa di dalamnya sangat berbeza.

Tandasnya bersih tidak berbau hancing tanpa perlu pewangi. Dinding dan lantai yang bermozek bersih tak berlumut.  Tandas kebanyakkan stesen petrol di tempat kita pun tak sebersih ini.
image

Cantik dan damai view di hentian rehat Park Pros.  Tiap pondok seperti cabana mempunyai buai jaring untuk berbaring untuk berehat. Mungkin perlu disewa.

Kami berhenti makan di restoran orang Islam di Kampung Cham.

image

Ini adalah lemang. Bahagian kulit buluh yang miang telah disiat dan dibuang. Setiap ruas buluh lemang ditutup dengan helaian daun yang dijadikan penutup. Kreatifkan… senang nak bawa tak kena miang.

Saya tak pasti lokasi sekarang… perjalanan masih berbaki 8 jam.  Talian telefon dan Internet sangat maju di Kemboja.  Negaranya seperti Malaysia di tahun 70’an tetapi kemudahan dan liputan Internet menduduki ranking lebih baik daripada negara kita.

* kami dalam perjalanan ke Tanah Wakaf, katanya sejam akan sampai.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

17 thoughts on “Ekpresi Kembara Kemboja

  1. Makanan yang ada di restoran orang Islam di Kampung Cham sangat unik, ada lemangnya juga
    Semoga perjalannya selalu berjalan lancar Kak Jie

  2. Boleh tahan juga jarak perjalanan yg ditempuh. Pasti banyak pengalaman menarik.

    Paling menarik, lemang tu…mmg kreatif sungguh

  3. mula2 tgok keadaan tandas tu memang menakutkan..bila kak jie dah ckp yang tandas tu lagi bersih dari negara kita..SA percaya…coz dont judge the book by its cover…

Comments are closed.