Teknik Rahsia Seorang Isteri
Pengetahuan Am

Teknik Rahsia Seorang Isteri

Pengunjung ini mencari teknik menyidai baju, mungkin cuba mencungkil rahsia surirumah. Sebenarnya tak susah sidai baju cuma memerlukan kemahiran yang seiring dengan pengalaman.

Antara perkara asas yang perlu dibuat untuk mendapatkan teknik menyidai baju dengan teratur –

  • Sidai baju terbalikkan, supaya warna lambat luntur
  • Sidai seluar dalam , sidai tengah-tengah, jangan senget dan kepit dengan penyepit. Takut melayang tersangkut di pagar rumah jiran.
  • Sidai coli, bra atau baju dalam juga di sidai di tengah- tengah. Mangkuk coli di sebelah kiri dan kanan.
  • Kalau ada dua tiga baris penyindai, sidailah di bahagian dalam yang tersorok dari pandangan umum.
  • Jeans ditebalikkan supaya poket mudah kering.
  • Kemeja atau tshirt jika menggunakan penyangkut, biar terletak garis bahunya.
  • Cadar atau tuala adalah bahagian yang paling akhir di sidai dan jangan sampai mencecah tanah.

Kalau nak tahu beberapa lagi teknik hebat jurus sidai menyidai tahap tingkat ke lapan, tengok video ni.

p.s – apa lagi, silalah turunkan ilmu sidai menyidai di ruangan komen. Mesti ada rahsia atau tips yang saya pun terlupa dan tidak tahu.

Β©kujie – kemahiran hidupΒ  seiring dengan praktikal seharian.


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Teknik Rahsia Seorang Isteri

  1. sis,
    kat Utusan hari ini cakap kalau sidai bra, jangan gantung di tengah kerana air yg berkumpul akan tarik sisi bra-jadi > panjang. so kena gantung di kedua-dua tali bahu bra. πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari tips ..WW: Tidur Tayang KetiakMy Profile

  2. ye betul saya sokong..tak suka btul sidai sepah2..ikut ler kategori. baju ngan baju, seluar ngan seluar, etc etc..kan elok..dak??
    Jom terjah post menarik dari Yoa ..MyLiveSignatureMy Profile

  3. bila sidia tolong sidaikan baju kene redha jela tgk susunan… keras kejung tak kibas before sidai… nak bising kang tanak tolong dah.. sabo jelah!

  4. masa anak dara dulu, mak kak an ajar kalau kain batik, sidai kain batik, kain pelekat, semua kain pelekat. Dah tu kena lurus, tarik tegang dan kepit. Bila dah tua ni, kalau tengok orang sidai kain batik, lepas tu t-shirt, lepas tu seluar panjang, lepas tu towel, kain batik balik. Eeee… sakit mata. Lagi lah sakit kalau ampaian jiran mengadap rumah kita. hu hu hu πŸ™

  5. yups, masa dulu kita pakai sidai juga, tapi mama tegur, so lps tu duduk hostel taknak bagi baju hilang, kena sidaisusun elokΒ², bagi ingat kat kepala πŸ˜€ lubang je satu, ada la yg hilang.
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..AwardMy Profile

  6. hahahaha…ni teknik lengkap dari pakar πŸ˜†

    mesti ada skil , kan..seni kata orang
    bukan boleh main hentam je sidai

  7. :mrgreen: rumah pangsa, sidai baju guna hanger, susun baju selang seli, yg tebal adap matahari yg nipis sikit sebelah belakang, susun baju dari kecil hingga ke besar. baju anak, sidai kat hanger bulat getah seluar adap luar, bagi kena matahari, sebelum sidai kena libasΒ² dulu. hehehe, kita suka sidai baju πŸ˜€
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..AwardMy Profile

  8. betul2… tuala yang selalunya. nk sidai kat penyidai bawah asrama tu, takut balik sekolah nanti bukan kering, lencun kena hujan….akhirnya buat sidai dlm bilik…dan baju /tuala tu lembab2 sepanjang hari….

  9. tu kena sepit tu…. kalau guna hanger bulat ok juga
    ada saiz kecik sesuailah utk org perseorangan
    saiz besar tu selalu digunakan family yg ada anak kecik

  10. hanger bulat masih praktikal walau dah tak ada anak kecik.
    semua yang kecik2 boleh sangkut situ, jimat ruang

  11. kering memang kering, tapi kering dia macam mana
    kalau ambek sidai je…kain tu kejung, keras semacam je
    kalau gantung kt penyangkut – tak betulkan kedudukan bahu..bila kering tshirt tu pun senget2 πŸ˜†

  12. shiiisss…ini rahsia besar seorang suami ni πŸ˜†

    nak gosok ape…rasanya majoriti suami pun macam ni

  13. tuala, cadar, selimut pun ada caranya
    kalau ambil dari mesin basuh, sangkut je kat penyidai
    kering tu mmg kering…tapi kejung πŸ˜†

  14. paling bagus sidai kat tempat yang betul2 dapat cahaya matahari, sbb kuman & bakteria akan mati.. tapi kat hostel (tak kesahlah hostel sekolah atau hostel U), ampaian terhad, jadi student akan buat ampaian dalam bilik la, dalam bilik air, sebab tu selalu mak ayah selalu bising kenapa anak2 diorang dapat kudis, kurap, sakit kulit, gatal2 kulit bila duduk hostel.
    Jom terjah post menarik dari Linarahim ..Tagging game tagged by Pn Eka- Beg kepunyaan tuan hambaMy Profile

  15. tak tau pulak saya,sidai ni ada teknik.cuma saya selalu sidai baju terbalik tuk elak kaler luntur. lagi satu rahsia sidai baju ni,sidai di tempat yang paling banyak terdedah dengan cahaya matahari walaupun termasuk kawasan rumah jiran.hehe
    Jom terjah post menarik dari penyubiru ..Banci 2010 – Macam-macam halMy Profile

  16. saya sidai dalam rumah je. sebab rumah pangsa. nanti dari atas sampai ke bawah bleh nampak seluar baju kecik. hahaha malu nye. tak bleh blah.

Comments are closed.