Rebat RM 200 – 3 Pilihan Telefon Pintar 3G
Pengetahuan Am

Rebat RM 200 – 3 Pilihan Telefon Pintar 3G

EDIT 2/1/2013 – Kabinet setuju belia 21-30 tahun dn pndapatan RM3,000 ke bwh boleh tawarkan utk beli apa jua telefon pintar dgn rebat RM200 mulai bulan ini – sumber Twitter @DrRaisYatim

rebat rm 200

Salah satu intipati Belanjawan 2013 yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri pada sidang Belanjawan 2013 pada 29/9/2012 ialah  rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar ( smartphone ) 3G untuk belia 21-30 tahun dan berpendapatan kurang RM3,000 melalui pembekal terpilih.

Dua hari lepas,  amanz.my telah keluarkan berita  terkini sensasi yang menghangatkan musim sejuk akhir Disember iaitu Permohonan Pakej Komunikasi Belia boleh dibuat bermula 1 Januari 2013,

Antara syarat mendapatkan rebat sebanyak RM200 ini adalah;

  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.
  • Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  • Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500
  • Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu.
  • Hanya satu telefon pintar untuk satu belia.

Cara untuk dapat rebat RM 200 Smartphone 3G.

Pendaftaran untuk rebat RM200 ini boleh dibuat melalui laman rasmi SKMM – http://www.skmm.gov.my  pada 1/1/2013. Selepas mendaftar online, cari kedai yang ada logo “Pakej Komunikasi Belia” yang akan dipaparkan di kain rentang dan sepanduk di kedai-kedai tersebut.

Skim ini dibuka kepada 1.5 juta belia yang layak atas dasar ‘siapa cepat dia dapat’ sementara stok masih ada.

Senarai telefon pintar 3G yang boleh mendapat rebat RM200 tersebut ialah:

  1. Alcatel One Touch Inspire 2
  2. The Buzz Phone
  3. HTC Wildfire
  4. Huawei Ideos X3
  5. LG Optimus L3
  6. Ninetology Black Pearl II
  7. Ninetology Palette
  8. Nokia 2730
  9. Nokia 7230
  10. Nokia Asha 305
  11. Nokia Asha 308
  12. Nokia C2-03
  13. Nokia Lumia 610
  14. Samsung Galaxy Chat
  15. Samsung Galaxy Mini
  16. Samsung Galaxy Pocket
  17. Samsung Galaxy Y
  18. Sony Xperia Tipo
  19. ZTE Acqua
  20. ZTE V790

Sumber :  amanz.my

Memang sudah dijangka bermacam-macam pro dan kontra mengenai rebat ini akan muncul. Semestinya kerana tiap orang mempunyai kehendak dan pandangan hidup yang berbeza.

Yang mana satu pilihan  telefon yang sesuai mengikut bajet  RM500?  Pening juga nak pilih mana satu telefon yang lebih baik antara senarai tersebut.

Saya petik komen dari @Prasys yang saya anggap berkemahiran mengenai telefon.  Menurut beliau, ada  3 pilihan telefon yang dianggap baik dengan harga RM 500 tersebut.

1. ZTE Acqua – At least dia guna Android 4.0 , 1Ghz Processor (ZTE kata nak keluarkan JellyBean – yang ni laju dan tak suck berbanding dengan galaxy y). Cameranya tak berapa okay , tapi < RM 500 – nak apa lagi

2. Nokia Lumia 610 – walaupun spec windows phone yang terendah tapi dia laju jugak , processor dia ARM v7 , sama seperti ZTE Acqua. At least dia Nokia dan Windows Phone dan camera dia okay jugak

3. Nokia Asha – Battery life dia tahan lama jugak , dan support dual-sim (kalau x silap saya) and ia kira okay-lah bagi mereka yang nak smartphone untuk whatsapp/twitter/facebook dan tak berapa minat main game dan buat kerja-kerja lain.

Kalau nak baca  pendapat mengenai telefon lain yang disenaraikan,  baca di sini Honest And Brutal Thoughts On Smartphones Offered By Youth Communication Package

Yang mana satu pilihan hati?

power bank
dah ada smartphone, ada mobile plan nak kena cari powerbank pula…

Telefon dah ada, nak kena plih langganan jalur-lebar mudah-alih ( mobile plan ) pula.  Pendapat saya, pilih syarikat telekomunimasi yang memberi capaian lebih baik di kawasan masing-masing.   Kalau duduk kat kawasan yang boleh terima semua yang ditawarkan, pilih pakej yang mampu.

Biasanya paket langgangan internet untuk telefon paling murah RM 25 sebulan.  Ini langganan internet , belum masuk cas panggilan biasa dan sms.

Ini adalah belanjawan untuk langganan internet keluarga saya ( 5 orang dewasa menggunakan telefon pintar ) ops… blackberry tak termasuk dalam senarai telefon pintar.

  • Streamyx ( wifi ) di rumah – RM 110
  • Suami – RM 28 ( sekadar ada dan penggunaan yang minimum kerana liputan kawasan dia bekerja jauh di dalam hutan )
  • Saya ( postpaid  celcom ) RM 38 tidak termasuk Monthly Commitment RM 50
  • Along – pakej Xpax 1Malaysia – RM 25 ( internet )
  • Angah – pakej Xpax 1Malaysia – RM 25 ( internet ) + Broadband RM 70
  • Intan – pakej Blackberry RM 25 ( cuti sekolah saja ada BIS )

Ini adalah pakej internet SAHAJA.   Anak-anak saya ada satu lagi nombor untuk pelajar ( U.O.X dan S.O. X ) yang masih dikekalkan sehingga mencapai umur 25 tahun  kerana ada beberapa kelebihan berbanding pakej yang lain.

Saya bercadang nak tamatkan perkhidmatan broadband untuk Angah.  Dilema juga sebenarnya sebab keperluan dia melebihi 1GB dari pakej Xpax 1Malaysia tu.

Mahal kan… apa nak buat.  Dah hidup dalam zaman benda-benda ini  menjadi satu keperluan.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Rebat RM 200 – 3 Pilihan Telefon Pintar 3G

  1. Semua hp hampeh.. yg agak ok cuma Huawei, HTC dgn ZTE aqua..

    Samsung galaxy grand bila keluar?? ada sesiapa yg tahu harga??

  2. smartphone pilihan saya adalah keluaran samsung. walaupun tidak secanggih smartphone lain yg jauh lebih canggih. ianya sebenarnya berbaloi dgn pendapatan bawah rm3k dan umur 21-30.

    tapi nampaknya pakej internet di negara kita masih lagi tidak setanding dgn harganya.

    saya sendiri ada streamyx di rumah.
    kemudian ada YES broadband yg diberi percuma SETAHUN kerana beli Proton Preve. Line nya lbh kuat di bandar2 utama.

    isteri saya ada broadband yg cuma 250mb,rm30 sebulan atas urusan kerja. kemudian data mobile smartphone utk post paid cuma 100mb. sbb sudah ada YES

    wife ambikkan utk saya sibawah pakej post paidnya. data mobile saya cuma 250mb.
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Bloglist Setahun Dari Ciklaili.comMy Profile

  3. untuk connection memang banyak keluar duit, setakat ini, postpaid 140/sebulan, streamyx pun 140/sebulan tapi bahagi tiga, jadi kira oklah sikit. Untuk yang lain, tablet ataupun bila travel, memang tethered dari phone je, tak terabis 5gb bandwith dia bagi.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Resolusi #3 : Aktiviti Luar dan KembaraMy Profile

  4. maza confirm x boleh nak apply skim itew… huhuhu

    dan skrg kena juga belanja utk beli satu lagi package broadband atau streamyx pula.. agar mudah berhubung dgn org rumah yg tinggal di Kuantan skrg.. huhuhuhu…

    yeap, kehidupan zaman millennium begitulah.. huhuhu
    Jom terjah post menarik dari maza ..Kuantan Dingin. Sejuk yang amat sekaliMy Profile

  5. untung la pelajar..boleh pakai telefon pintar kerajaan support..

    sy tgh membajet belanjawan 2013 untuk memiliki telefon pintar jugak..telefon yg sedia ada pun dah semacam penghujung usia..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  6. lepas baca post ni saya terfikir…boleh beli satu smartphone denga harga RM300 lbih kurg selepas rebat tu untuk dijadikan 2nd smartphone

    Lepas habis bateri 1st smartphone, charge sehingga full dan tukar sim ke smartphone 2nd..so ketahanan bateri lebih lama saya rasa sebab kalau kita charge kejap² bateri ni, dia akan cepat habis jangka hayat dia
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..iPhone 5 Gadget ImpianMy Profile

  7. saya tak ambik kot benda ni. sebab
    1. telefon yang sedia ada masih elok (walaupun pernah menyelam di sungai)
    2. phone sekarang pun punya dataplan + call dah boleh kata 100 juga sebulan. (sebab tak de net di rumah)

    kalau saya ambik juga;
    saya ambik asha.
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Port, Script KiddiesMy Profile

    1. powerbank tu tempat simpan power untuk bateri telefon.
      boleh bawa bila outing , bercuti… tak perlu risau smartphone yang bateri tak berapa nak smart tu habis.

      Kita cas power bank tu, isi power penuh², bawa dalam bandbag… oyeh!

      contoh, kalau bateri telefon kita power dia 1200mAh , dgn power bank 6600mAh ni bolehlah cas telefon 3 kali.

      harga juga bergantung pada saiz. Kak Jie beli rm 99.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Murtabak Mengkasar Pekan Murtabak Diraja My Profile

        1. Powerbank= bank kuasa

          Ia membekalkan kuasa untuk caj peralatan elektrik yang pakai rechargeable battery

          Tapi penggunaannya bergantung kepada kuasa yang ada di dalamnya

          Analoginya boleh dianggap bank bergerak,

          Contoh 1000mAh = RM1000, maknanya dalam bank bergerak kita ada RM1000 je

          Kita pergi mana² maksimum boleh pakai RM1000 je

          hehe..pandai² je buat analogi
          Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Vote dan Menang Hari²-29/12/2012My Profile

        2. yup,,, mcm charger telefon kita lah.
          power bank tu kita kena cas , plug kat soket ..isi power dulu
          dia ada ‘input’ dan ‘output’
          input dia ambil power simpan dlm power bank
          output dia keluarkan power ke telefon kita

          kat body power bank tu ada 2 lubang

          cucuk telefon kt power bank tu..mcm kita cucuk telefon masa kita cas

          dayah dah faham ke ni…
          Jom terjah post menarik dari Kujie ..Rebat RM 200 – 3 Pilihan Telefon Pintar 3G My Profile

Comments are closed.