Pos Insurans Raya
Pengetahuan Am

Pos Insurans Raya

Tadi saya beli Pos Insurans Raya untuk Plan Keluarga. Dua tiga hari lepas terdengar iklan mengenai skim insurans ini di radio. Kebetulan lalu depan pejabat pos, singgah sekejap.

POS Insurans Raya adalah skim perlindungan kemalangan diri sempena Hari Raya Aidilfitri bermula dari 15hb Ogos 2011 hingga 15hb September 2011. Skim perlindungan 24 jam sehari meliputi seluruh Malaysia bukan saja semasa saya memandu , tetapi termasukย  sedang menjahit baju raya atau mengguli tepung nak buat biskut raya di rumah.

Ada dua jenis skim yang ditawarkan iaitu Pelan Individu yang berharga RM 8 dan Pelan Keluarga ( 5 orang ) yang berharga RM 25.

Plan Keluarga termasuk pasangan yang sah ( suami / isteri ) dan anak-anak yang berumur 30 hari – 18 tahun yang belum berkhawin / bekerja atau sehingga 23 tahun bagi pelajar sepenuh masa termasuk anak angkat sah.

Perlindungan termasuk kos yang perlu ditanggung dalam mengganti dokumen seperti Kad Pengenalan, Lesen Memandu atau Pasport yang hilang akibat ragutan.

 

Kereta dan service, rumah tengah kemas…baju raya je tak beliยฒ lagi.
Intan MC hari ni, batuk dan selesema, esok ada Ujian Percubaan UPSR ( Sekolah)

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Pos Insurans Raya

  1. Pos Insurans Raya? Perlindungan nyer singkat sangat berbanding premium yang perlu dibayar. If beli insurance family utk perlindungan setahun lebih berbaloi kan??

  2. Sejak Ramadhan ni nak baca s/khabar online pun tak sempat…tapi adake berita2 macam ni disiarkan di akhbar ya…. nak dengar radio takde radio kat rumah…kat kereta jer ada…mana lagi nak dapat berita2 terkini yg sensasi macam ni…tu sebab hari2 kena singgah sini.

    Ya Allah limpahilah rahmatMu keatas mereka2 yg suka menyebarkan berita2 baik macam ni…errr..lailatul Qadr malam ni..ameen….

  3. Ada jugak insuran mcm nie…murah pun murah…tapi kalau ada yang takaful lagi cantik.

  4. sejak pengambilalihan Pos Malaysia oleh Tan Sri Syed Mokhtar, ada byk perubahan positif yang berjaya dibuat oleh pasukan beliau yg mana byk ke arah menjenamakan semula Pos Malaysia. langkah mewujudkan pos insurans raya ni mmg satu langkah yg bijak dan memperlihatkan intuisi beliau yg hebat dlm mengambil peluang sempena hari raya ini. sbb Pos Malaysia mungkin dah xbley nk tingkatkan hasil melalui kiriman kad2 raya yg makin kurang mendapat sambutan di zaman digital ni. jd kewujudan pos insurans raya ni mmg satu langkah terbaik utk Pos Malaysia ๐Ÿ™‚

  5. typo kak jie: termaksu = termasuk ๐Ÿ™‚
    insurans ada dah.guna prudential.pos malaysia ni ada jugak dengar tapi tak tergerak lagi hati ni nak apply ๐Ÿ˜€

  6. wah! dema betul2 buat duit sempena raya ya? hehehhe

    elok tu ambil insuran.. maza pun mau terjah sekejap lagi.. ahaks..

  7. wah. kak jie dah buat undian warna baju raya ๐Ÿ™‚ smlm nak masuk sni, ada warning malware. alhamdulillah hari ni dah xada..

  8. owh ni insurans utk tempoh sebulan lah ye. bagus juga ada benda2 camni. kalau terpotong jari masa sibuk2 nak memasak rendang blh claim gak ke hehe

  9. 15/8 – 15/ 9 tempun skim insurans ni… waktu ini anak2 agak aktif keluar masuk..ada yg balik kolej ada yang balik asrama… kak jie sendiri keluar masuk pergi kedai, beli itu ini…tu kita cerita bab dijalanraya

    tapi insurans ni meliputi 24 jam..dok rumah buat keje itu ini..tapi kalau main mercun mmg tak dapek lah …hihi

  10. sayang juge ye dia dgn kak jie
    dah blurkan pun belum selamat ye, ok kita tutup semua

    btw bab call melalui phone, kak jie adalah org yg paling pandai mengelak..hahaha

    kak jie beli utk anak2…musim2 cuti nak raya ni anak2 bujang tu akan keluar sentisa…ada yg ulang laik pergi soping, yg balik dgn bas ke asrama….utk diri sendiri pegi soping beli ayam, daging, ketupat..hahaha

    sebenarnya rasa berbaloi utk rm 25 sefamily..insurans ini mcm skim tambahan dgn apa yg sedia ada

  11. err.. kak,
    buleh ker paparkan no akhir IC kat laman web cenggini tuh?
    maner la tahu,
    kang ada stalker yg minatkan kak kujie kang,
    dia dapat phone no dan..
    ‘err, nama saya pocket, saya dari bank cimb, pertama nya saya konfomkan nombor ic kak dulu yer, nombor last is 5110.. so sayer ni nak citer pasal plan yang kami tawarkan kat kak… ‘
    bla bla bla ..

    tak pasal pasal sedikit demi sedikit mereka buleh ‘masuk’ rumah kak.

    komen sebenar : pocket nak beli gak lah!!
    tadi jatuh motor pasal lupa tongkat motor masa parking kat Petronas, so nak claim!! hoyeah!!

  12. Murah jugak tu, RM25 untuk satu famili (5 orang), lagi pun musim raya ni banyak kes ragut, peragut tau ramai je yang bawak duit raya ke hulu ke hilir.

    Eh, esok nak trial tu, kena sihat malam ni jugak! ๐Ÿ˜‰

Comments are closed.