Namanya Pisang Kaki tapi langsung tak ada iras atau rasa seperti pisang. Along cakap macam buah tomato. Mungkin sebab itu pada mulanya dia hanya pandang², tak usik pun. Saya pun baru setahun dua ni saja pandai makan Pisang Kaki atau persimmon fruit. Dulu selalu nampak buah jingga kemerah-merahan ini di supermarket tetapi macam takut² nak mencuba. Sekali mencuba terus jatuh cinta.
Pisang Kaki ini sebiji berharga dalam RM 1.50. Tak tentu bergantung pada musim dan bekalan. Dekat Giant, saya nampak buah ini diimport dari Korea. Bila beli bajet k-pop tegar aje!
Hari ini saya beli di pasar, sebiji RM 1.00. Katanya dari China. Beli RM 10.00 dapat 11 biji. Banyaknya……… tapi tak sampai satu hari dah tinggal 2 biji.
Cara nak makan buah pisang kaki ni tak perlu dikupas. Belah saja dan makan. Tetapi kalau nak buang kulit pun tak ada salahnya, kulitnya tak adalah keras macam kulit manggis. Hati-hati dengan biji yang seperti biji buah ciku, takut tercekik.
Rasa Pisang Kaki ini seperti buah pear atau epal, manis dan rangup. Pisang Kaki juga boleh didapati dalam bentuk kering.
Namanya Pisang Kaki, tapi rupa dan rasa tak seperti pisang. Kenapa? Cari di wikipedia mengenai Persimmon menyatakan bahawa nama “pisang kaki” berasal dari perkataan ‘kaki’ dalam bahasa Jepun. Di pasaraya Australia, buah ini dikenali sebagai Fuyu Fruit.
Saya jarang nak ambil tahu khasiat buah-buahan secara khusus, selagi ianya buah-buahan, tentu bagus untuk kesihatan. Selagi kita makan dengan kadar yang berpatutan, ianya sudah tentu baik. Maklumat ini sudah cukup untuk saya.
©kujie – Cuti² sekolah macam ni, saya agak kurang beronline, jadi kadang² email yang lama saya terlupa nak balas. Sila hubungi semula jika ianya penting.
sepertinya buah ini tidak asing namun saya kurang begitu tahu namanya kalau di Indonesia
nak makan buah nie fresh2 g la medan dekat berastagi tak payah susah nk g jepun ke china ke korea, besepah2 buah nie kat situ..
first time dengar dan first time tengok buah ni hhihihi
memang namanya pelik. tapi rasanya memang sedap. dah lama tak makan pisang kaki
Dulu pelik jugak kenapa nama buah ni ada ‘pisang’ sedangkan rasa dan rupa tak sama langsung macam pisang.
seperti buah kesemek nih..
Kak Jie…kat kampung mak mertua di Perak depa panggil buah cerepu…
pisang kaki? err 1st time dgr huhu
nti g pasar nak cari, kalo adalah hehe
lama tak jenguk kak jie..suka gk ngn pisang kaki ni..nak2 yg rangup..
makan pisang kaki sambil senyum kak jie…fuyooo masam tapi terbaik, saya suka
eh bentuk dia mcm tomato lah
Selama ni saya ingat pisang kaki ni spisis tomato… rupanya tak ye..huhu
susah nak dapat pisang kaki nih. saya dulu orang bagi mula-mula tengok ingatkan buah untuk digulai lepas tu baru diberitahu itu pisang kaki namanya.
siyes tak pernah makan buah ni!!! huhuhu
PM tak pernah makan lagi buah pisang kaki tuh…pisang sebenar pun jarang makan…huhu
Sedappp terutamanya yang tak masak sangat. Rangup. Kalau terlalu masak, kurang rangup.
Pernah sekali jer rasanya makan pisang kaki ni, itupun bukan saya yang beli… bila terjumpa kat mana-mana kedai, tak pernah terdetik nak beli sendiri.
melihat dari bentuknya persis buah tomat, namun pada bagian dalam seperti apel .. saya baru tahu tentang buah ini 🙂
tak pernah makan lagi.. pasal nampak cam sayur je.. nak try la nanti ..
bukan ke pisang kaki nie pisang yang banyak org sebut dulu-dulu asal drp israel?
First time tahu mengenai Pisang Kaki, selalunya makan yang cavendish warna kuning jer. Haha.
Tapi pelik, kenapalah namanya pisang. Iras-iras pisang pun langsung takde.
Hai Kujie,
Ini buah kegemaran saya juga… memang lama tidak menikmati keenakan buah ni..
sekali tengok macam tomato. bila dah belah nampak macam ciku. tak pernah jumpa pula kat sini, atau…tertukar buah ni dengan tomato
kenapa ia di namakan pisang kaki…padahal ianya adalah rupa seperti tomato…kalo kaki takder kaki lak…rupanya…org jepun bagi nama buah ni yerk….1st time tgk ni huhu
kalau sedappp..makan banyak-banyak pun takpe. hehe..
Dari kenal buat ni puluh tahun dulu sampai sekarang masih terfikir-fikir kenapa diberi nama pisang kaki…
bagi saya dan keluarga makan pisang kaki perut kembong susah nak buang agin dan susah buang air besar, sebab tulah orang jepun dan orang luar negara minum jus pagi2,dia banyak makan pisang kaki. saya minta izin dgn iklas dari kak ge nak salin resepi
oooo…. pulak. tak serasi ye
kita ni makan sekali setahun, dua kali setahun mungkin tak rasa kesan ketara, kot.
p/s resepi apa yang nak disalin tu…
macam buah tomato bentuknya…
kalau dapat tau khasiatnya pun bagus kak jie..
tau juga sikit² bab khasiatnya, baca beberapa info tetapi tak adalah nak hafal sangat… kak jie ni kan jenis hidup yg simple..yg senang² je…
memang dah lama nampak buah ni terjual kat pasar raya dan penjual buah (terutamanya bangsa cina)..
seumur hidup baru pertama kali makan buah ni minggu lepas..tu pun baru sy tau minggu lepas sy makan buah pisang kaki sebab tengok gambar yg kak jie pos ni (sebab yg sy makan tu sudah dipotong2)..
hehehe… mesti tak dapat nak terima akal, buah bulat mcm tu dipanggil pisang, kan?
memang macam tak patut lansung nak dipanggil pisang..
tapi macam sedap jugak pertama kali makan tu..tak pasti la memang rasa dia camtu..tak terlalu manis dan tak pulak ada masam2 ke..
assalamulaikum k.jie,
buah pisang kaki ni banyak khasiat tapi kalau yg ada diabetes atau masalah berat badan, tak sesuai sbb kandungan gula tinggi. niza penah baca dekat 1 majalh ni tapi tak ingat so tadi google & terjumpa ni –
http://www.juicing-for-health.com/persimmons.html
waalaikumsalam niza
yup, kak jie pun ada baca pasal kandungan gula..tapi mcm kak jie cakap, jangan berlebihan, cukuplah.
semua benda pun, kan… 🙂
Salam. Selalu perasan pisang kaki ni kat pasaraya. tengok jer selama ini. ingat sejenis sayur2an. Rupe2nya Buah yea.
Lepas ni kena beli dan rasa…:)
Memang betul aku tak pernah makan buah ini. Pun aku macam tak pernah memperasankan dipasar-pasar hehe
lepas ni kena jengok bahagian buah-buahan ye… mesti cuba! masukkan dalam things to do list…hehehe
salam kak jie.. saya baru rasa pisang kaki ni jumaat lepas. Mak beli di kedai buah. Mula-mula takut-takut nak makan. (takut kelat/masam) Skali rasa sedap dan manis terus dua biji saya makan non-stop..
w’salam… kak jie pun baru kenal setahun dua ni
nampak kat Tesco, lepas tu adalah beli dua tiga kali
bila diluar musim, mahal sikit….skrg ni mcm musim dia kot
sedap buah ni. first time dgr nama pisang kaki pun rasa x masuk akal dibandingkan rupenye :p
hahaha.. itulah, sebelum ini terdengar² nama dia, tak dapat nak bayangkan rupanya langsung tak macam pisang
Tak berapa berkenan dengan kulitnya..
tetapi memang sedap.. ada ke orang buat jus buah pisang kaki ye?
erk… boleh kupas, buang kulit…lebih lembut isinya
Buah kegemaran saya. Bagi saya rasanya macam ciku, cuma rangup. Di Jepun rasanya sekarang ni musim kaki.
oooo… agaknya sekarang memang musim buah ni kot sebab tu boleh nampak banyak kat pasar tadi. kalau diluar musim, memang mahal sikit
Makan buah memang best. Besar nikmatnya berbanding makan benda lain. Tapi, tidak ramai yang suka dan menghabiskan duitnya untuk membeli buah-buahan.
Pisang kaki ni lain sikit, sebab nama pisang rupa tak macam pisang..sebab tu agaknya ramai yang takut² nak cuba
Pertama kali melihat buah pisang kaki. Sekali pandang macam buah tomato.
kulit dia lebih keras dari tomato… intan cakap rasa mcm ciku
Okay boleh bayangkan rasanya seperti buah Ciku.
Bahagian dlm nampak macam peach
betul betul…. nampak mcm keras je kulit dia
rupanya rangup
first time nampak buah ni.. sebiji macam buah tomato.. kena cuba juga ni..
betul, kena cuba sebab bukan mahal sangat … tapi mcm tak boleh makan banyak…entah…mcm gatal2 tekak
mmg sedap buah ni..cuma kenapa namanya pisang ya..?..hehe
sebab tak percaya nama dia pisang, kena cari info berjela2..takut tersilap bagi nama..hehehe