Apa nak buat sementara menunggu keputusan SPM ? Along dulu sambil bekerja sementara, dia ambil lesen memandu motor dan kereta. Bila sampai pada Angah, dia langsung tidak menunjukkan minat untuk keluar bekerja sementara.
Sementara nak tunggu 6 bulan lagi sebelum pengambilan ke IPTA/IPTS , tak kan nak duduk kat rumah main PS saja? Perlu juga buat sesuatu yang berfaedah.
takkan nak jadi tukang kebun mama je…kan?
Saya mula mencari infomasi tempat yang menawarkan kursus pendek kepada pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM. Fikir punya fikir, tercetus idea untuk bertanya kepada Kolej Komuniti.
Dulu Kolej Komuniti Hulu Selangor berada di Bukit Sentosa. Pergilah kami anak beranak selepas menghantar Intan ke sekolah. Merayau mencari tanya orang itu dan ini, lokasi yang di cari tidak ditemui.
Saya dapatkan nombor telefon Kolej Komuniti Hulu Selangor dan telefon
” kami dah berpindah ke Batang Kali sejak 2009″
Tuuuudia! sejak 2009 katanya. Tahun 2008 saya pernah hantar Angah ke kelas belajar berenang anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor di Kelab Golf Bukit Beruntung. Masa tu masih di Bukit Sentosa, belum berpindah.
Maklumat dari laman web, tarikh permohonan untuk menduduki kursus di Kolej Komuniti telah ditutup sejak 30 Nov 2011 lagi tetapi saya bertekad untuk mencuba nasib . Manalah tau ada kekosongan selepas pelajar yang menolak tawaran.
Gigihnya seorang mak , saya terus memandu ke Batang Kali pula. Kalau perlu merayu, saya tak akan segan silu untuk merayu untuk mendapatkan tempat untuk Angah.
Syurkur alhamdulillah kerana usaha kami tidak sia-sia. Walaupun tarikh tutup permohonan telah tamat, masih ada tempat untuk kursus yang ditawarkan.
Kepada anak-anak yang masih mencari tempat sesuai mengisi masa sementara menunggu result SPM, cubalah telefon Kolej Komuniti yang terdekat. Mungkin ada kekosongan.
Di bawah ini antara senarai Kolej Komuniti dan nombor telefon.
- Kolej Komuniti Arau, Perlis 04-986 9800
- Kolej Komuniti Baling, Kedah 04-470 8768
- Kolej Komuniti Bandar Bharu, Kedah 05-716 9539
- Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Kedah 04-918 2502
- Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor 07-822 5800
- Kolej Komuniti Bandar Tenggara , Johor 07-896 1361
- Kolej Komuniti Bayan Baru , Pulau Pinang 04-835 1111
- Kolej Komuniti Bentong , Pahang 09-231 9460
- Kolej Komuniti Bera, Pahang 09-250 2530
- Kolej Komuniti Bukit Beruang , Melaka 06-233 2770
- Kolej Komuniti Bandar Bahru, Kedah 05-716 3539
- Kolej Komuniti Betong ,Sarawak 082-471 830
- Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang 04-537 8349
- Kolej Komuniti Jeli,Kelantan 09-946 6669
- Kolej Komuniti Jerai, Kedah 04-447 1051
- Kolej Komuniti Kemaman ,Terengganu 09-8959 9330
- Kolej Komuniti Klang,Selangor 03-3373 2030
- Kolej Komuniti Kota Melaka,Melaka 06-336 1220
- Kolej Komuniti Kota Tinggi, Johor 07-882 1434
- Kolej Komuniti Manjung, Perak 05-688 4526
- Kolej Komuniti Muar,Johor 06-953 3966
- Kolej Komuniti Nibong Tebal,Pulau Pinang 04-508 2284
- Kolej Komuniti Pagoh ,Johor 07-686 9601
- Kolej Komuniti Pasir Mas,Kelantan 09-718 5902
- Kolej Komuniti Raub, Pahang 09-232 0399
- Kolej Komuniti Santubong,Sarawak 082-432 691
- Kolej Komuniti Semporna,Sabah 089-782 300
- Kolej Komuniti Shah Alam,Selangor 03-5511 4030
- Kolej Komuniti Tanjung Karang,Selangor 03-3269 2840
- Kolej Komuniti Tanjung Piai,Johor 07-686 9600
- Kolej Komuniti Chenderoh,Perak 05-773 3773
- Kolej Komuniti Gerik,Perak 05-791 6199
- Kolej Komuniti Hulu Langat,Selangor 03-8737 0037
- Kolej Komuniti Hulu Selangor,Selangor 03-6057 1717
- Kolej Komuniti Jasin,Melaka 06-263 1616
- Kolej Komuniti Jelebu,Negeri Sembilan 06-613 8381
- Kolej Komuniti Jempol,Negeri Sembilan 06-454 0075
- Kolej Komuniti Kepala Batas,Pulau Pinang 04-579 2300
- Kolej Komuniti Kok Lanas,Kelantan 09-788 0400
- Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak 05-777 3770
- Kolej Komuniti Kuala Langat,Selangor 03-3120 2030
- Kolej Komuniti Kuala Terengganu,Terengganu 09-620 4200
- Kolej Komuniti Kuantan,Pahang 09-572 1313
- Kolej Komuniti Kuching,Sarawak 082-313 321
- Kolej Komuniti Kulim,Kedah 04-490 0412
- Kolej Komuniti Langkawi,Kedah 04-955 5909
- Kolej Komuniti Ledang,Johor 06-978 9295
- Kolej Komuniti Lipis, Pahang 09-310 1380
- Kolej Komuniti Mas Gading,Sarawak 082-763 730
- Kolej Komuniti Masjid Tanah,Melaka 06-384 3703
- Kolej Komuniti Pasir Gudang,Johor 07-254 3150
- Kolej Komuniti Pasir Salak,Perak 05-655 2300
- Kolej Komuniti Paya Besar,Pahang 09-549 8811
- Kolej Komuniti Rompin,Pahang 09-414 0333
- Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan 06-685 8672
- Kolej Komuniti Sabak Bernam,Selangor 03-3216 3235
- Kolej Komuniti Segamat 2,Johor 07-949 8227
- Kolej Komuniti Segamat,Johor 07-943 1633
- Kolej Komuniti Selandar,Melaka 06-525 3122
- Kolej Komuniti Selayang,Selangor 03-6136 8200
- Kolej Komuniti Setiawangsa, Selangor 03-8737 0037
- Kolej Komuniti Sungai Petani,Kedah 04-441 2909
- Kolej Komuniti Sungai Siput,Perak 05-597 1440
- Kolej Komuniti Tampin, Negeri Sembilan 06-431 6029
- Kolej Komuniti Tapah, Perak 05-401 0072
- Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka 06-3152952
- Kolej Komuniti Tasek Gelugur, Pulau Pinang 04-351 1385
- Kolej Komuniti Tawau,Sabah 089-913 400
- Kolej Komuniti Teluk Intan,Perak 05-622 2134
- Kolej Komuniti Temerloh,Pahang 09-270 1552
senarai lain, sila rujuk portal rasmi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Setiap Kolej Komuniti menawarkan kursus yang berbeza, telefonlah sendiri dan tanya kursus yang ada. Kolej Komuniti Hulu Selangor menawarkan 2 program – Program Pengendalian Pelancongan dan Program Rangkaian Komputer.
Setakat ini ada sebanyak 178 program pengajian Kolej Komuniti yang telah mendapat Perakuan Akreditasi yang didaftarkan dalam MQR
Angah ambil Program Rangkaian Komputer dan akan mendaftar masuk pada 10/01/2012 selama 5 bulan. Yuran pengajian hanya RM 10 sebulan dan elaun rm 250 akan diberikan kepada pelajar yang layak.
Dapat elaun dapat kemahiran. Best kan!
assalamualaikum saya nak sambung tahap 2 mcm mana.
salam…saya nak tanya sama ada Kolej Komuniti Segamat ada tawarkan kursus jangka pendek bagi kemahiran trengkas. Jika ada, saya ingin membuat permohonan..terima kasih
telefon kolej untuk dapatkan maklumat sebab mungkin ada perubahan dari masa ke semasa
kalau ambil kursus jangka pendek boleh.. smpai ke diploma ke.. dan bagaimana nak daftar yea.. saya minat lukisan pelam senibina.. tapi umur 19 boleh masuk tak..
Ambil SIJIL KOLEJ KOMUNITI dulu. kalau nak ambil lukisan plan senibina kena
syaratnya – Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM / SPMV) atau setara dengan:
i) Kepujian dalam mana-mana satu (1) mata pelajaran.
Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti
i-Permohonan melalui UPU atas talian (ONLINE).
ii-Permohonan di atas talian (ONLINE).melalui e-pengambilan kolej komuniti pada pautan berikut:
iii- Secara Datang Sendiri (walk-in)
Terdapat EMPAT (4) program yang ditawarkan oleh Kolej Komuniti iaitu:
Diploma Kolej Komuniti (DKK)
Sijil Kolej Komuniti (SKK)
Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Kursus pendek di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat
kalau tak salah saya, diploma ada 2 saja
Diploma in games art ( Kolej Komuniti Selayang )
Diploma in televommuncation technology ( Kolej Komuniti Kuala Langat )
Syaratnya kena Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam Program Sijil Sistem dahulu…
paling mudah kena pergi sendiri ke Kolej Komuniti terdekat tanya kos tersebut ada ke tidak…sebab tak semua kolej tawarkan kos yang sama.
SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA ada di :
KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN, KEDAH.
KOLEJ KOMUNITI JEMPOL, NEGERI SEMBILAN.
KOLEJ KOMUNITI KEPALA BATAS, P.PINANG.
KOLEJ KOMUNITI KUANTAN, PAHANG.
KOLEJ KOMUNITI KUCHING, SARAWAK.
KOLEJ KOMUNITI SABAK BERNAM, SELANGOR.
KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT, JOHOR.
KOLEJ KOMUNITI ARAU, PERLIS.
KOLEJ KOMUNITI BETONG, SARAWAK.
KOLEJ KOMUNITI JASIN, MELAKA.
KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2, JOHOR
KOLEJ KOMUNITI TANJUNG KARANG, SELANGOR.
KOLEJ KOMUNITI TAPAH, PERAK.
KOLEJ KOMUNITI TELUK INTAN, PERAK.
KOLEJ KOMUNITI PENAMPANG, SABAH
saya seorang lepasan pelajar diploma pengurusan sunber manusia , boleh di usia sebegini saya mengikuti kurus kelas bahasa inggeris ,di kolej komuniti ini , kerana saya ingin mendalam dalam mebelajar bahasa inggeris .
saya seorang pelajar Diploma Pengurusan Sumber manusia, boleh kah saya mengikuti kelas bahasa inggeris di kolej komuniti ni ? keran asaya ingin lebih mempelajari lebih mendalam dalam bahasa inggeris ni . di kenakan bayaran ? barapa ?
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia!
Saya Pegawai Penerangan/Pegawai Perhubungan Awam di Kolej Komuniti Bandar Penawar, Johor. Kursus pendek ditawarkan oleh 86 kolej komuniti di seluruh Malaysia sekarang mengikut permintaan dan keperluan komuniti. Yuran hanya dari RM5-RM20 setiap kursus.Pelbagai kursus pendek telah ditawarkan :bidang masakan: pembuatan kek,roti,pizza….
jahitan :baju kurung/baju Melayu/Langsir..
Bahasa: Bahasa Inggeris/Bahasa Mandarin/Bahasa Korea….
Komputer:Asas/Photoshop/Pembinaan Website/Autocad…
Byk lagi sila melayari website kami atau kolej komuniti lain…semua kolej sama ..boleh menawarkan pelbagai kursus pendek dgn kadar yuran sama..
Sila rujuk link di bawah utk maklumat kursus pendek selanjutnya:
http://www.kkbpenawar.edu.my/lamanbpenawar/index.php/kursus-tawaran/kursus-pendek/maklumat-kursus-pendek.
Kolej Komuniti juga memainkan peranan untuk membantu lepasan SPM yg mendapat keputusan kurang cemerlang seperti hanya lulus Melayu dgn Gred f(8) untuk melanjutkan pengajian sehingga ke tahap sarjana muda di Universiti Tempatan!Elaun sudah naik ke RM300/sebulan,iaitu RM1200 semester dengan yuran hanya RM200 semester. Pengangkutan disediakan secara percuma kepada pelajar setiap hari ulang-alik dari kolej ke asrama/tempat penginapan/rumah asal.Sekarang terbuka untuk permohonan bagi pengambilan Sesi Nov 2013, boleh call pejabat 07-8225800 ext 230 untuk pertanyaan selanjutnya. :)Harap bantu!
assalamualikum.saya suka dengan bidang jahitan sejak kecil lagi.
Ingin mengikuti krusus membuat kek
kursus ape yg ditawarkan pade tahun 2013????
hai Nur
sekiranya anda mencari peluang belajar utk dapatkan diploma kolej innovatif
ada menawarkan tempat belajar disini.
kursus diploma 2 1/2 tahun
pendaftaran yang murah
loan belajar dari ptptn dan mara
asrama yang sangat selesa di sediakan
pengangkutan dari penginapan ke kolej disediakan
peluang pekerjaan disediakan selepas tamat diploma
peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara
berminat boleh hubungi saya 0196589636 Rusdi
kalau berminat nak belajar di KYPJ atau di MICOST boleh email saya untuk keterangan lanjut.. profoundknowledge@rocketmail.com
kursus kemahiran pun ada antaranya Automotif, Kimpalan, Elektrik dan Juruestetik (make-up). Kursus kemahiran ni ambik masa 6 bulan untuk tahap 1 siap ada elaun sara hidup… Terima Kasih!
salam.sy ni umo pon da tua da..bley ag ke join kursus pendek kt kolej komuniti ni yeaaa….
tiada syarat umur utk kursus pendek.
pada lepasan spm je ke..yang dah lama tinggalkan zman persekolahan leh x?i likes study..kata org nk cari ilmu biar sampai ke negeri China.hehehe
entri ini base pada pengalaman dan kisah semasa anak saya
baru lepas spm
mgkn kalau dia ada pengalaman lain akan dtg, saya akan kongsi ye
boleh ceritakan kepade sye aktiviti di kolej tersebut ?
untungnya rakyat M’sia.. 🙂
untung kepada orang yang mahu
MCM MNA NK MOHON MASUK CNI EAK???
ada iklan disuratkhabar atau cuba telefon kolej yang berminat.
tiap kolej ada kursus yang berbeza.
dulu saya plan lepas SPM nak buat kursus komputer.. typing and so on.. tambah skill.. tapi kena plak PLKN.. tak jadi… habis2 PLKN amik lesen kete motor pastu tepat2 je settle masuk matrik.. tak sempat nak buat short course ni.. memang penting..nanti kat resume kita ada additional skill..
betul tu. anak kak jie ada satu kemahiran lebih dari rakan sekolej sekarang. dia ambil rangkaian komputer dan sangat berminat. bila minat kita boleh mencapai tingkat yang lebih baik kerana ada usaha.
a’a bagus masuk kolej kominiti tuh untuk kursus pendek. saya pun kalau ada kesempatan join jugak kelas pendek buat kek dan kelas jahitan diorang buat untuk komuniti.
tahun 2013 kak jie dah kurang join kelas pendek tu sebab bertembung dgn jadual pengajian.
tapi memang seronok sebab kita dpt ilmu dah kemahiran dengan harga yang murah. pengajar juga baik
kursus2 pendek inilah rutin kerja harian isteri saya di kolej komuniti temerloh.
oh yer, lokasi kolej komuniti memang agak pelik jika dipandang pada namanya, sebagai contoh kolej komuniti temerloh tapi lokasinya di mentakab, kolej komuniti jasin lokasinya di merlimau…pelik tapi itu benar…haha
Sepupu Iza yangg tengah tunggu SPM la ni dah dapat panggilan MARA untuk buat A level. Persediaan ke luar negara katanya walaupun result SPM lambat lagi. Semua kos under mara. Dah start minggu ni pengajian dia.
Kursus pendek macam ni ramai bekas pelajar/ibu bapa tak tahu (sayapun tak tahu juga).. ni dah ada info bagus juga dikongsikan. Kalau kolej komuniti menyediakan kursus jangka pendek untuk mereka yang sudah bekerja pun elok juga.. contohnya macam guru-guru yang ada cuti lebih sikit boleh ikut kursus perniagaan, pengurusan, etc.. boleh manfaatkan masa cuti.
sebenarnya ada banyak program pendek bersesuaian namanya komuniti
ada program 2 hari spt menjahit, memasak, buat kek, cokelat dsbnya
kena call atau tinggalkan nama…
bila ada program, dia akan call kita
ada juga kursus 2-3 hari rupanya.. tu lah selama ni tak ambik tau pasal kolej komuniti ni.. insyaAllah lepas ni bolehlah saya cuba telefon.. mana tau ada kursus yang sesuai.. thanks Kak Jie 🙂
Dulu selepas mengambil SPM orang tua saya menghantar kelas komputer belajar Word, Excel dan Database. Seronok bila masuk kolej jadi pembantu kepada pensyarah kerana pengajian komputer baru lagi dipekernalkan ketika itu. Saya sungguh cekap mengunakan command code berbanding sekarang semua main klik mouse sahaja. 🙂
hehehe… betullah tu
masa zaman kak jie , belajar trengkas dan menaip
kemudian masing2 pergi kelas komputer belajar word, excel semua tu
skrg ni… intan masa tahun 6 dah lulus kelas komputer asas, bersijil lagi sbb sekolah dia mmg ada kelas komputer yang diajar oleh pihak lain.. seminggu sekali , ada ujian ada sijil
zaman angah skrg..belajar network, belajar set up komputer. boleh buka cc
Baru tahu nih. Adik saya ada yang baru lepas SPM. Bagus kalau hantar belajar bab-bab kemahiran nih…. Tenkiu Kak Jie
ini pengalaman kak jie – dishare untuk perkongsian dengan orang lain
thanks info ni..memang tercari2 program utk Ikram anak saya
terimakasih – telefon saja kolej yang terdekat
kemungkinan ada kekosongan lagi walaupun tarikh tutup permohonan dah lama tamat.
bagus sgt tu ambik kursus kemahiran … zmn skrg dan akn dtg ni insyaAllah…takkan sia2 skill bagai ni 😉 gudluck ye …
ada banyak peluang sebenarnya, kadang2 tak terfikir nak mencari
mengharap benda2 ni dtang depan pintu rumah…mmg ketinggalanlah
oh bagus tu , dpt elaun lagi , dapat ilmu lagi dr masa duk terbuang je ..
benda2 ni otometik kita akan cari bila dah sampai masa
contoh..masa anak nk masuk tadika, kalut kita cari info
yup sokong , kalau tak kena mengena malas ambil tahu , tp bila tiba masanya kita pun akan lalaui benda yang sama sibuk2 cari info .akan dtg ni ..
daripada duduk melengung baik masuk kursus camni kan?
anak2 buah saya pilih masuk kursus cidb.. takde sorang pun tunjukkan minat nak kerja sementara..
hari tu cari juga kat web cidb
budaknya yang tak mau, nasib dia nak pergi ke Btg Kali je, dekat
boleh naik komuter je
Nak seribu daya kan kak jie!
Bagus lah tuk angah, dpt knowledge, dapat sijil! Sblm sambungke IPTA
Kite pun dulu buat sijil dkt Kolej Komuniti dlm sistem maklumat.
Org kata advantage dkt org2 yg ada sijil dr KolejKomuniti ni..
staff kolej cakap, kalau datang pada hari pendaftaran, kalau ada tempat kami masih terima
sampai mcm tu…
byk peluang belajar kat Malaysia ni…antara nak ngan tak je…
kemahiran mmg bagus utk masa depan kita….
betul tu… kena carilah, usaha
sesat berkali² mcm kak jie cari hari tu pun, kira berbaloi.
Eh yuran 10 je sebulan?
Biar betul ni hahaha.
Pasni boleh lah suggest pada sapa2 lepasan SPM tu 😀
betul tu………jangan nak pensan pula kt sana!
hehehe……. lagi best, dapat elaun
kena check kolej tu tawarkan kursus apa je… kursus berbeza. kak jie pilih yg dekat² je, tak perlu nak duduk asrama lagi. ulang tiap hari. ( nak kepit anak bawah ketiak le ni…kehkeh )
Angah dah masuk KOLEJ la … Advance 6 bulan dari kawan2 sebaya dia …
Siap dapat elaun lagi tu … All The Best, Angah ! Moga ada yg dapat dikutip dari pengalaman di sana nanti.
p/s ; zaman kita baya depa dulu, ada tak benda2 mcm ni … ? Lupa la …
sebenarnya dia dpt program spc-mara, cuma kos yg ditawarkan tu dia tak minat. dia silap minta masa isi form dulu. kalau pelajar spc mara, januari dah masuk program fast track kar universiti – awal satu semester dari pelajar lain.
p/s – zaman saya dulu ambil kursus menaip dan trengkas. persediaan nk minta keje peon kat gomen. lepas spm mana lagi nak pegi….kecuali budak super genius, ipta/ipts sgt terhad.
Eh laaa. Camne blh silap?
Die nak kos apa? Dapat kos apa?
Takpe, InsyaAllah nanti lepas result SPM kuar ada rezeki lagi 😀
masa tick kos dan uni tu , tak byk infomasi
maklum dok asrama tak dak internet
sekali bila dah panggil… fikir sana fikir sini, bincang itu ini
dia nak kos lain, yg kat malaysia je
so..kak jie dgn gigih pun memandu ke uni yg dia nak tu
tanya itu ini nak dptkan gambaran jelas
mcm tu lah kalotnya mak mcm kak jie.. hehehehe
sy sebnarnya rasanya 2thn lepas mengikuti kak kujie ni.. masa tu anak sy dpt mrsm.sibuklh cari info dn sy jumpa laman k kujie ni masa tu anak kak kujie nk masuk mrsm jugk.(angah).skarg ni pulak nk cari tntg info spc.ygpelik nya sy dpt tahu anak k,kujie dpt spc pd buln Nov lagi.tpi anak sy baru2 ni tahu. ada senarai nama dlm laman web yg dia dpt dari kwn2nya bdk2 mrsm je tapi masih blum dpt surat tawaran lagi dri Mara.Aank sy dpt kt MSU buat medik tajaan mara.itu yg sy tngah bingung..dpt ke x dpt…bila cll mara spt yg k kujie kata tu..putus…boleh sy tahu apa nama angah dn dpt spc kt mana?
hoho. bagus tu. dapat something yang berbeza. 🙂
daripada melangut picit konsol kt ps , kan…
hmmmmm….memang zie ,ibu yang bagus…tak ralat nak tinggalkan zie lama lagi….he he he
tak pa… Intan ada lagi yg nak diuruskan.
dulu2 mak pun kalut sediakan utk abg juga, kan… kan…
terus sebak kat dada bila zie sebut mak dulu pun macam tu…sebab dulu mak la yang paksa abg ambil borang upu seminggu sebelum tarikh tutup dan sempat hantar tiga hari sebelum tarikh tutup.agak nya macam tu la juga perasaan mak yang ingin melihat anak nya berjaya.sekarang baru faham…saya saaaaaayang mak…..
Hendak seribu daya..Tak hendak seribu dalih..
Saya baru tau je tentang hal ni..Terima kasih kak jie 😀
kak jie lalui hidup mcm org lain juga…dari tatau kena ambil tau sebab perlu tau..kehkeh
mak2 sanggup nak buat apa saja utk anak2 dia
lagi2 kalau benda ni baik.
yg penting, usaha. dah tau tarikh tutup, usaha pergi atau telefon,sekurang2nya tidaklah menyerah awal
bagus kalau ada minat nak ambil kursus… ilmu tu banyak… tinggal nak tak nak je…
skrg.. mak dia pula yg kena ulang alik pergi hantar…
jauh tak jauh, dekat pun tak dekat lah juga.
takpelah… anak orang kata… memang menjadi ibu ni banyak pengorbanan…sebab tu darjat seorang ibu sangat tinggi…
bila dah selalu uruskan anak-anak
suatu hari nanti ‘ada org lain’ yg ambil alih
hehehe
wah,bagus jugak ni..5 bulan pastu dapat ilmu baru..tak sia-sia la tunggu nak masuk IPTA nanti..
mmg rugi kalau dilepaskan, yuran rm 10 sebulan saja.
dapat elaun lagi tuuuu