Jadual Cuti Sekolah Aidilfitri 2010
Pengetahuan Am

Jadual Cuti Sekolah Aidilfitri 2010

Tempoh cuti sekolah kekal dan Kementerian Pelajaran tidak akan mengubah takwim persekolahan sedia ada kerana berpendapat tempoh cuti perayaan yang diperuntukkan sudah memadai.

Cuti Pertengahan Penggal bermula pada 4hb September  hingga 12hb September 2010 selama 9 hari dan ia bertembung dengan tarikh Aidilfitri yang dijadual disambut pada 10 hb September 2010.

Ada sekolah dah ganti….


Kementerian turut mengambil kira kepentingan pelajar lain, terutama calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 21 hingga 23 September 2010.

Ramai ibubapa yang tidak berpuashati dan mememinta kementerian mengkaji jadual Cuti Pertengahan Penggal.  Tetapi bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan menghadapi UPSR, cuti hari raya bukan lagi satu keutamaan.  Masa ni perut macam ada rama-rama… :lol:

Sebagai ibubapa , pandai²lah merancang percutian mengikut jadual yang ada.

Sumber : Berita Harian Online

©kujie –  Saya pun tak raya, suami tak dapat balik dari luar negara! sob..sob…sob.. ku pujuk hati sendiri…. sob…sob…sob!:sad:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

53 thoughts on “Jadual Cuti Sekolah Aidilfitri 2010

  1. Memang betul, tak payah dilayan memang mereka tak akan mengenang jasa. Hati orang Melayu jugak yang masih terhiris dan masih belum diubati sepenuhnya. Malangnya nasib anak Melayu di tanah tumpah air sendiri.

  2. Ke mana perginya 4 hari cuti yang telah diganti oleh kebanyakan sekolah pada hari-hari Sabtu?
    Saya syak cuti ini akan dibawa ke cuti Deepavali utk kaum Hindi yg telah minta cuti Deepavali yg lebih panjang! Nak ambil hati kaum India.
    Inilah rupanya Kerajaan BN, semua tuntutan kaum Cina dan India dilayan. Bagi berjuta2 kpd SRJKC. Sekarang SRJKC yg rata2nya sudah mewah dgn ada segala alat2 kelengkapan dan dewan2 mahu dibantu lagi!
    Kononnya kalau beri bantuan kaum Cina akan mengundi BN di PRU13 nanti. Ini semua satu pembohongan. Tengok saja di Kuala Sepetang. Beri 1 juta kat SRJKC, kaum Cina tetap TIDAK menyokong BN. Tengok di SIBU, bagi lagi berjuta2 kpd SRJKC, BN tetap juga kalah! Dlm bajet yg akan datang, SRJKC sudah minta 1 bilion! Bagi jangan tak bagi. Komisyen PM dan Menteri mesti ada punya! Isi poket sendiri dulu. Tak apa duit rakyat aje.
    Di Sabah dan Serawak ada banyak sekolah2 ulu yg daif, kenapa tak bagi 1 bilion?

  3. dia bkan mlas ,cuma mungkin belum bersedia masa masih ada sebagai saudara berikan semangat kerana kata kata yang keluar dari mulut itu satu doa jadi doakan yg baik baik 😀

  4. ape2 pun utmakan pelajaran anak anak untuk mase depan kejayaan anak kejayaan ibu bapa juga raya dimane x penting yang pasti nye anak kita berada dalam keadaan sihat dan siap sedia menghadapi exam so dalam bulan yg penuh barakah ni bnyak2 le berdoa.doa ibu dan bapa doa yan paling berkat anak den pun exam juge tahun ni(untuk anak anak yang bakal menduduki upsr,pmr,spm,stpm dan yg sewaktu dengan nye selamat maju jaya )lps exm pn masih boleh raya. 😉

  5. apa kata kalau kak jie je yang pergi oversea bawak anak2 raya n cik abang kat sana..mesti gempak..nanti bleh amik gambar banyak2 post kat sini bleh kite share tengok..wah mesti suasananya sangat berbeza nanti kan kak jie.

  6. tadi akak pun dah dgr kat berita di sinarfm..(ehhee pomot)
    sepantas kilat tgk kalendar…
    ingat hati nak balik puasa kat kampung…

    tp anak yg sulung, gementar…dia cakap tak best raya..sbb lepas tu dia akan hadapi PMR…
    kita yg tua ni..ingat nostalgia berpuasa di kampung…
    Jom terjah post menarik dari kakzaa ..popia kukusMy Profile

  7. nasib ah kami xpnah bergadih balik raya, nmpk gaya mak cuti raya lama dari anak..
    Jom terjah post menarik dari Mummy Dasy ..Malu seyhhhMy Profile

  8. cuti raya tahun ni belah saya… pendek lah pulak raya ya..dah kena kerja balik
    memang ada rerama dalam perut tahun ni kujie.
    anak saya si harith, upsr…

  9. Sapa entah plan cuti penggal tu..Rasa malas nak balik sebab cuti hy dua hari….raya kedua dah kena balik….letih, kampung kita jauh. Nak balik awal husband lak tak cuti awal…uhkkkkssss 😕
    Jom terjah post menarik dari Ira ..FloriaPutrajayaMy Profile

    1. dari awal tahun lagi dah perasan takwim ni…tapi siapalah kita kan nak bising2…. dia org lebih cerdik pandai

  10. nasib baik dh hbs sekolah..wakakaka..tp sian dkt adik bongsu feez.. walaupun tak periksa, tp dia kena msuk sekolah awl laa plak..

    effect jgk dgn org kerja mcm feez ni.. kena msuk kerja jgk.. sob..sob..
    Jom terjah post menarik dari FeezMior ..Gathering Geng BloggerMy Profile

    1. walau tak sekolah…tapi cuti sekolah tetap ada kesan pada org yg tak sekolah…sbb berhubung kait dgn ibubapa…kan

    1. a’aha…sebab cuti panjang sebelum raya…alih2 time raya 3 hari je…dah sekolah

      budak2 tu belum hilang mood lagi 🙄

  11. Salam

    rasanya tahun ni , tak balik berayaaaaaaaaaa.
    Anak no 3 tu nak UPSR ….

    tapi tak tahu lah , mungkin rancangan boleh berubah

    1. dah masanya utk sambut raya kt tempat bermastautin kot… masa anak2 sekolah , kemudian ada peperiksaan utama – diri dia org kita bagi perhatian dulu, kan..

      harap2 tak ada rama-rama dalam perut nanti.. 😆

Comments are closed.