Hari ini genap umur Julie atau nama penuhnya Julie Remie 3 bulan dan waktu yang sesuai untuk berikan suntikan vaksin. Kebetulan saya bercuti minggu ini, pagi tadi saya bawa Julie ke Klinik Haiwan Kerajaan Daerah Gombak di Rawang. Waktu Rawatan dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tenghari sahaja, jadi kalau nak bawa kucing atau anjing, jangan datang petang.
Julie tak ada masalah kesihatan lain, cuma saya nak berikan suntikan vaksin sahaja tetapi semua ubat vaksin dah habis. Ini kali kedua saya datang ke klinik veterinar tersebut dan kedua-dua kalinya ubat yang diperlukan tak ada. Redha sajalah… tak kritikal sangat. Julie cuba makan ubat cacing saja tadi.
Lain kali sebelum pergi, rasanya saya perlu telefon bertanya. Nabis baik dekat, tak sampai 10 minit dari rumah.
Sambil-sambil tunggu di klinik, saya tengok juga senarai harga ubat untuk kucing dan anjing seperti yang dipamerkan. Tak ada perubahan dengan harga pada lawatan kali terakhir dulu.
Ini adalah senarai harga ubat untuk kucing dan anjing seperti ubat cacing, ubat sakit mata, ubat luka, ubat demam atau harga untuk suntikan pemandulan atau harga untuk pembedahan pemandulan kucing di klinik kerajaan.
HARGA UBAT DAN RAWATAN VETERINAR DAERAH GOMBAK |
||
---|---|---|
PERKARA | KUCING (RM) | ANJING (RM) |
Khidmat Perundingan dan Pemeriksaan Kninikal | 10-15 | 10-15 |
Ubat Bius Umum | 35-45 | 40-60 |
Pembedahan Bius Setempat | 30-60 | 40-60 |
Pemvaksinan | 30-55 | 40-60 |
Pembedahan Castration ( pemandulan) | 80 | – |
Telinga Bengkak (hematoma) | 150 | 150 |
Ubat Cacing | 5 | 5 |
Ubat Mata (botol) | 8 | 8 |
Ubat Keracunan (biji) | 0.80 | 0.80 |
Oribiotic -Ubat telinga (tiub) | 36 | 36 |
Ubat Berak Cair (botol) | 8 | 8 |
Nagusunt Powder | 18 | 18 |
Woundsarex ( spray biru) | 38 | 38 |
Cuci Luka | 10-30 | 15-30 |
Suntikan Kurap | 15 | 20 |
Ubat Kutu | 15 | 20 |
Suntikan Perancang Kebuntingan | 20 | 25 |
Antibiotic ( biji) | 1.5 | 2 |
Betamox (biji) | 1 | 1 |
Ubat Selesema (biji) | 2.5 | 2.5 |
Ubat Demam (botol) | 5 | 5 |
Ubat Tahan Sakit (biji) | 2 | 2 |
Ubat Sakit Kuning (biji) | 1 | 1 |
Surolan -ubat telinga (botol) | 23 | 23 |
Sirap Vitamin (botol) | 5 | 5 |
Krim Luka | 8 | 8 |
Maggot Wound ( Luka Berubat ) | 50 | 60 |
Setiap Jenis Suntikan ( antibiotic/vitamin ) | 10 | 10 |
Sekeliling rumah saya ada beberapa ekor kucing – Mak, Kecik, Tuxedo, Stokin, Nexus, Chichi dan Usain Bolt tetapi semuanya berada di luar rumah tak pernah disentuh. Kucing-kucing ini pun takut untuk didekati, apalagi si Usain Bolt tu…seperti namanya yang memecut laju apabila terserempak dengan orang. Dulu ada seekor nama Nenek, tetapi sejak beberapa bulan lepas, Nenek dah tak kelihatan, sesekali nampak dia datang bertandang. Mungkin Nenek dah jumpa tempat berteduh lain yang lebih selesa. Nenek adalah kucing pertama yang mendatang ke rumah ini bersama Mak. Lain lain memang lahir di sini.
Hanya Julie satu-satunya kucing yang boleh disentuh, boleh dibelai dan berada di dalam rumah kerana saya selamatkan Julie dari atas siling rumah. Kerana itulah Julie perlu mandi, perlu diberikan vaksi, perlu makan ubat cacing.
Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!
assalamualaikum kak kujie…
tumpang tanya klinik haiwan kerajaan kat rawang ni kat belah mana?
Waalaikumsalam shay,
Kat pekan Rawang depan Petronas belakan supermarket Jaya… utk haiwan peliharaan, dia buka dari kul 8.30 – 12.30 saj
harga sama macam private vet je plak. baik pi private vet
Saya ada bela seekor kucing terbiar. Saya ingin suntik vaksim untuknya tapi saya tak tahu berapa harganya.hanya rm30-35 saja
Mahal mana pun harga ubat kucing lagi bagus,sebab kalau kita bela kucing ada pahala,lebih lagi kalau beli ubat untuk kucing yang sakit
dari kita beli rokok yang memang dah merosakan kesihatan
Rasanya harga ni lagi tinggi dari harga klinik 1Malaysia. Jadi ubat haiwan lagi tinggi dari ubat manusia? Amboi.
ubat manusia ada disediakan subsidi ubat untuk haiwan tiada. sebab tu ubat untuk haiwan mahal,
Usaian bolt pun ada. Hehe. Mesti laju kucing ni lari.
fuh glamer sungguh nama kucing-kucing tuh yer…hehe
Anak2 pantang jumpe anak kucing, mintak nak bawak balik…nak bela…
tunggu anak2 besar sikit kot..baru fikir serius…hehe
terima kasih kak jie berkongsi
Assalam.
Rizal pun masa hari rabu baru je pergi klinik veteriner kat cheras. Ok, servis, murah jugak. Bawak budak bulus sakit cirit birit. Huhuu. Sekarang Alhamdulillah lari tong tang tang ting (sebab dok main main langgar sana sini, tu bunyi tong tang tang ting. Hehee)
Ada seorang sahabat Nabi SAW suka pada kucing. Tidak rugi kita tiru sahabat Nabi SAW
Dulu saya pernah gak bela kucing. Sekarang dah xbela lagi. Maklumlah dah keje, susah nak bela. Takut nanti xterjaga.
saya nak bela kucing tapi takut xda masa nak jaga
pernah habis dalam RM200+ untuk selamatkan stray cat yang kena langgar kereta…duduk dalam incubator 2 hari…tapi tak dapat diselamatkan…
sedih jugak walaupun bukan kucing kita mati…
Terima kasih atas info harga suntikan/rawatan kucing di Klinik Haiwan tu. Berkira-kira nak bawa juga kucing di rumah ni ke sana. Nak ambil suntikan cacing. TQ kak !
p/s: Kak, kita pun dok area Rawang juga 🙂
Dulu ada kucing tapi beri kat org sejak ada anak
julie dah jadi anak emas dahh. hehe..
sejak ada budak kecik dalam rumah, memang tak bela kucing dah …. sebab budak2 kecik nie geram dgn kucing. kesian kucing jadi mangsa.
saya tak pernah bela kucing……..hihi
Mak saya dahulu selalu hantar kucing di jabatan Haiwan untuk dapatkan suntikan. Selepas dapat suntikan nampak kesihatan semakin baik terutama masalah kulit dan kurap.
Mak saya suka sangat bela kucing tapi tak adalah sampai nak bawa ke klinik vet bagai, orang kampung macam tulah. Sekadar beli ubat kutu, guna ubat biasa yg kita guna kalau kucing luka…dgn kata lain mak saya kretif sikit la…
Banyak rupanya jenis ubat untuk kucing dan anjing.
Bagus jugak kalau buat lawatan secara berkala ke klinik haiwan ni..haiwan peliharaan pun bertambah sihat..
kucing biasa, domestic ni senang nak bela…. tak rumit pun
tak pernah hantar kucing pi klinik..hu3
sejak bela Julie je…. dialah kucing pertama kali bela betul
wah~ banyaknyer bela kucing… kucing saya ada 4 ekor jer kat rumah ni..
kebanyakkan bela bagi makan saja… kami berkongsi ruang bersama
Anak-anak punyalah minat kat kucing tapi emaknya takut dengan kucing jadinya tak merasalah nak bela kucing
kami pun selepas anak2 dah besar ni baru ada kucing
kucing saya tak buat suntikan vaksin..cuma dimandulkan je.
berapa umur sesuai ye?
rasa mcm nak biarkan Julie tu beranak sekali, baru fikir bab kemandulan.
Dulu ‘arwah’ kucing saya pun bawa klinik kerajaan juga untuk dikasi dan ada major surgery sebab dia cedera semasa bergaduh. Harga memang murah berbanding klinik swasta tapi dengar kata klinik vet di UPM harga pun tinggi sket dari klinik kerajaan.
Pernah bawa ke klinik swasta, ubat cacing sebiji rm 5 utk 2 kali makan setiap 2 minggu.
tadi ubat cacing jenis cecair , sekali makan rm 5 untuk 3 bulan..masalah satu saja, bekalan ubat susah nak dapat. ubat kutu pun tak ada.
Kat vet UPM mahal mungkin bukan sepenuhnya ubat dari kerajaan… atau perkhidmatan pakar/specialist…entah, agak je ..hehe
Boleh tahan gak harga – tanpa subsidi agak nya 🙂
harga untuk rawatan di klinik haiwan memang mahal…ni harga klinik kerajaan, kalau klinik swasta lagi mahal.
errr.. kucing dngan anjing je ek ? kalu haiwan lain.. ?
pernah nampak ada orang bawa arnab, tapi dalam senarai harga yang dipamerkan tak ada pula harga untuk binatang lain
boleh tak bagi nama dan alamat klinik yg murah disekitar hulu klang, setapak /gombak?. kucing saya demam dan taknak makan