Bacaan IPU Jerebu Terkini 24 Jun 2013
Pengetahuan Am

Bacaan IPU Jerebu Terkini 24 Jun 2013

EDIT :

 

 

 

keadaan terjerebu terkini
Ini keadaan jerebu terkini di depan rumah saya – Hulu Selangor pada jam 11 pagi 24 Jun 2013. Keadaannya lebih teruk berbanding semalam.

Senarai sekolah yang bercuti kerana jerebu, klik sini – Jerebu – Senarai Sekolah Yang Cuti 

Jerebu berlaku apabila kualiti udara tidak baik kerana terdapat partikel yang mencemar udara dengan menyerap sinaran matahari di atmospera. Sebab itulah jarak penglihatan menjadi kurang.

Untuk mengukur status tahap kualiti udara, ada indek yang digunakan yang dikenali sebagai Indeks Pencemaran Udara (IPU) atau Air Pollutant Index ( API ) atau Pollutant Standards Index ( PSI ).

IPU diukur bersadarkan kepada bahan pencemaran udara seperti bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

Kadar bacaan IPU dikategorikan nilainya kepada status kualiti udara yang memberi kesan kesihatan kepada manusia.

 

NILAI INDEKS PENCEMARAN UDARA ( IPU )

NILAI IPU KUALITI UDARA DISKRIPSI
0 hingga 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat Kumpulan berisiko mungkin akan terjejas
201 – 300 Sangat tidak sihat Orang ramai terjejas
Lebih daripada 300 Bahaya Orang ramai terjejas

sumber : www.myhealth.gov.my

Status Bacaan Indek Pencemaran Terkini

STATUS BACAAN INDEK PENCEMARAN UDARA (IPU) PADA 24-Jun-2013

NEGERI KAWASAN 7:00AM 11:00AM 5:00PM
Johor Muar 148 132 125
Johor Larkin Lama 111 107 108
Melaka Bukit Rambai 260 170 150
Melaka Bandaraya Melaka 182 141 128
Negeri Sembilan Port Dickson 335 292 193
Negeri Sembilan Seremban 153 169 171
Selangor Petaling Jaya 198 193 196
Selangor Shah Alam 157 162 171
Selangor Pelabuhan Kelang 296 288 319
Selangor Banting 178 180 209
W.Persekutuan Kuala Lumpur 191 198 189
W. Persekutuan Putrajaya 155 152 153
Pahang Kuantan 198 191 147
Terengganu Kemaman 249 253 197
Terengganu Paka 159 158 151
Kelantan Kota Bharu 108 114 114
Kedah Alot Setar 63 64 64
Pulau Pinang Seberang Jaya 79 79 88
Perak Tanjung Malim 128 137 152
Perak Seri Manjung 141 148 171
Sabah Kota Kinbalu 76 75 73
Sarawak Kuching 70 72 75

sumber : Jabatan Alam Sekitar

Jerebu akan memberi kesan kesiharan paling teruk kepada golongan yang berisiko tinggi, iaitu kanak-kanak, orang tua dan mereka yang mengalami penyakit seperti asma dan bronkitis.

Untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu, beberapa langkah boleh diikuti seperti

  • Kurangkan aktiviti luar
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air
  • Selalu membasuh tangan dan muka
  • Gunakan topeng pernafasan
Cumulative Hotspot Count Chart Malaysia
Maklumat Titik Panas  – Cumulative Hotspot Count for Semenanjung Malaysia sumber weather.gov.sg

Fenomena jerebu yang berterusan bukan saja memberi kesan kesihatan malah memberi impak negatif kepada industri pelancongan dan ekonomi.

semak indeks jerebu di telefon
App Android PSI Malaysia

Ikuti status semasa bacaan Indeks Pencemaran Udara IPU di telefon ( Android ) – PSI Malaysia – Haze

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Bacaan IPU Jerebu Terkini 24 Jun 2013

    1. Tak semua Perak cuti, hanya daerah Manjung dgn Perak Hilir..hari ni je. Esok sekolah kot sebab kebanyakkan tempat bacaan IPU semakin turun.

    1. dah…………carta tu hanya terdapat dalam weather.gov.sg < Singapura! meraban kak jie cari info, klik sana sini. sekarang ibubapa lagi pening dok cari info tentang sekolah buka atau tutup laman web /facebook kementerian tak ada info nak tel pejabat pendidikan negeri/daerah - bukan waktu pejabat Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bacaan IPU Jerebu TerkiniMy Profile

  1. Nampaknya kawasan johor dah berkurangan masalah Jerebu ni. Kalau minggu lepas mmg teruk sungguh. Rasanya jarak penglihatan tinggal 100-200 meter aje. Harapnya minggu ni hujan le. Dah tak tahan bau udara terbakar nie.
    Jom terjah post menarik dari Nasarudin ..5 Perkara Bawa Wanita Ke SyurgaMy Profile

Comments are closed.