Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita
Motivasi

Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita

Berita yang saya petik dari Berita Harian :

Seorang pemuda , Mat Mazarin Ramlee, 27 sempat merakam aksi seekor gajah melangkah penghadang jalan di Kilometer 27 Lebuh Raya Timur Barat berhampiran sempadan Kelantan-Perak, kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.

Tentu menarik kerana ini adalah kenangan sepanjang hayatnya yang tidak ramai yang berpeluang menempuh pengalaman berkenaan.


Kalau saya balik kampung melalui Lebuhraya Gerik – Kupang , saya akan melihat papantanda ini – dan berharap adalah seekor dua rusa yang melintas.

Di Algeria, penduduk tempatan berkuda di Algerian East-West Highway berharga US$11.2 billion. Gambar diambil oleh encik suami sewaktu Menteri Kerja Raya Algeria, Amar Ghoul merasmikan pembukaan lebuhraya di bahagian Setif sepanjang 36 kilometer. Tempat kerja suami sekarang. Seronok tengok langit nan biru.

Hari Isnin lepas, waktu menghadiri kelas Ustazah Salamah, ustazah ada berpesan – hindari menjadi isteri yang mempunyai sifat-sifat seperti binatang berikut:

1- Kuda – sebab suka berhias bukan untuk suami
2- Anjing – suka melawan suami
3- Keldai – malu untuk berbuat baik sehingga menjadi lemah
4 –Ular – suka berdendam
5- Kalajengking – suka mengadu dan mengumpat
6- Tikus – suka mencuri harta suami dan tidak mengaku
7- Unggas – amat cemburu buta
8- Singa – garang dengan suami.

Jadi sifat-sifat binatang apa yang agaknya sesuai untuk seorang isteri ikuti?

Nak tau ?

kambing

Itu gambar Intan sedang membelai anak kambing – jangan jadi macam Intan – macam kambing sebab waktu aqikah orang cari kambing, waktu nak korban orang cari kambing dan sifat kambing adalah untuk perempuan yang soleh , taat, mengasihi suami dan ahli keluarga suami.

Secara jujurnya saya mengaku ada juga beberapa sifat-sifat binatang tersebut walaupun sedikit di dalam diri saya. ( sendiri menilai, ngaku sikit je la..control ayu , sedangkan orang nampak -entah-entah sifat seekor  NAGA ) Saya berharap kita sama-sama dapat membentuk diri kita dengan sifat-sifat seekor kambing .

Jangan pula tak nak mandi sebab nak jadi macan kambing…. tak pasal-pasal suami naik hantu.:lol:

Kambing busuk?   Itu kambing yang dilepas bebas menyondol sana sini.  Kita jadilah seperti kambing yang dibela di kandang bersih dan disembur Estée Lauder.

p/s – Ustazah Jie nak keluar pagi ni, jadi sebelum out dari blog saya untuk blogwalking, apa kata  baca juga tentang binatang yang disebut di dalam Al-Quran di [sini]

p/s – Saya ke Ampang, jumpa kawan suami ambil hadiah kiriman dari Algeria – bukanlah segah hadiah harijadi Dato’ Siti Norhaliza tu,tetapi sangat  bernilai kerana saya tahu suami saya bukanlah seorang yang biasa membuat surprise dengan hadiah tetapi untuk kali ini, demi kami sekeluarga, dia dengan ghairahnya mencari hadian untuk kami :lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

74 thoughts on “Kenali Sifat Binatang Dalam Diri Kita

  1. Terkadang saya punya sifat pendendam, harus dipadamkan sifat seperti ini agra berakhlak mulia dan semakin baik mumpung hari ramadhan pas untuk merubah diri
    terima kasih

  2. tips yang bagus.. nanti balik bleh share dengan cik adik. bace together gether.. hehehe..

    ps.. sifat binatang kalau orang laki plak?
    1. Buaya – Tau nak libas orang jer
    2. Badak – Pemalas.. harapkan duit bini
    3. Kanggaro – Kasanova
    4. Harimau – Garang tak bertempat
    5. Kucing – Manja dan perlukan perhatian tak kena gaya

    bhahaha… just for fun.
    Jom terjah post menarik dari Kreuger ..INFO- Periksa akaun GMail anda dari sebarang kegiatan luar kawasanMy Profile

  3. kalau terjumpa gajah kat lebuh raya timur barat tu, memang pengalaman yang unik la. mmg situ kawasan dia, cuma agak jarang bertembung. kalau dia duk tengah jalan, memang kena berhenti, padam lampu dan tunggu dia lalu dulu. kalau tak, entah apa yang terjadi… 😀
    .-= beliamuda´s last blog ..(OST Cinta Balqis) Suara Rindu – Azad Jazmin =-.

  4. kesian… betapa bersusah payahnya beliau mengakrobatikkan kakinya melangkah untuk mendepani cabaran penghadang jalan tersebut. itu baru seekor. kalo jom melintas reramai… rasanya lenyek habis kena sondol penghadang jalan tersebut.

    dulu takder jalan raya untuk ke seberang…. sekarang terpaksa pulak melintas jalan untuk ke seberang sana. itulah dia penangan pembinaan lebuhraya… kena bubuh papan tanda gajah pulak lepas nih…

    awas! gajah melintas… jom melintas… pandang kiri dan pandang kanan..

    gajah takkan pandang kanan kiri dah… terus aje melintas…

    berjerela pulak komen patik. maaf bebanyaknya tuan tanah yer…
    .-= abdfatah´s last blog ..Kenapa perlu order air kosong? =-.

  5. emm isteri saya ni ada sifat kambing tak yek..

    dia tengah risau sekarang ni kerana bakal ditinggal 10 hari.. saya bagi contoh kak jie kene tinggal bertahun..dengan suami.. tapi dia jawab..

    “saya bukan kak jie..”

    heheh..
    .-= nuaeman´s last blog ..Leganya.. bila tunggul di kepala telah tiada lagi =-.

    1. @nuaeman, he he he…kena balik
      betul lah tu…dia bukan kak jie- kak jie bukan dia
      masa anak kecik2 macam dia sekarang ni pun kak jie mungkin rasa macam dia juga

      tempoh perkahwinan juga mempergaruhi tahap kematangan dalam hubungan perkahwinan .

      pujuklah – sayang berganda-ganda, rindu mengoda-goda :mrgreen:

      1. @Kujie, Jawapan kak jie tepat mengenai apa yang dia rasa.. alasannya anak masih kecik2 lagi.. serba salah juga..

  6. 1. Adik pernah terserempak segerombolan gajah putih di highway yang sama
    2. Lelaki lagi teruk terlalu banyak sifat haiwan dan ada juga yang badan manusia tapi jiwa haiwan….
    .-= denaihati´s last blog ..Penutup Contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    1. @denaihati, kak jie teringin nak jumpa rusa kat area papantanda tu je .. 😆

      sifat kebinatangan dalam diri manusia hingga hapuskan nilai2 kemanusiaan seorang manusia

      p/s – template byk sgt post – tak pasti mana post terbaru

  7. saye mmg antare pengguna yg selalu lalu ikut situ tp blum pernah jumpe lagi si gajah nie..ade sekali tu..de pakcik sorang nie cerite..ade sekali tu..sudah jer si gajah langsaikan kerja ‘membuang’..terus datang lelaki mane ntah kutip tahi gajah tu untuk dibuat ubat..ubat apela yer?? 😯
    .-= hafizmd´s last blog ..Apa nak tulis ni? =-.

    1. @hafizmd, ubat?

      oishhh………tapi lelaki agak obsesi dengan ubat jualan di tepi jalan

      kenapa ye?

      tak yakin dgn diri sendiri ke?

      :mrgreen:

  8. nice post! kebelakangan nie sket blogger yg tulis tazkirah (kte pun)..

    erm.. nak jadik unicorn ade? macho sket, ader sayap..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” =-.

      1. @Kujie, sondol kambing2… hahahaha, tak macho rr kambing, bahan buangan diorang bulat2 pastue kecik2.. haha!
        .-= samanosuke_04´s last blog ..Dunia Orang Takde Awek “DotA” =-.

  9. kita pun selalu nampak gajah kalau lalu highway grik ke ktan… best gak rasa macam thrill. boleh ke cam tu?

  10. 1 lagi artikel dr kak jie yang sangat berguna utk tpinky…. seronok singgah tpt kak jie ni..
    kak jie ada Facebook ker?? nak add 🙂
    .-= tpinky´s last blog ..Ujian Allah.. Sesungguh pasti ada hikmah disebalinya….. =-.

  11. Mungkin lepas ini boleh senaraikan sifat binatang yang ada pada lelaki.
    .-= Fahmishah´s last blog ..Setelah Sekian Lama =-.

  12. oo yeke kak jie…tp kalau lelaki lak macam mana…
    .-= dilot´s last blog ..awak dekat mana? =-.

  13. Salam kak jie..
    Xterpikir lak ader sifat cmtu..kalau sifat lelaki cmne lak ek kak jie?hehe..
    .-= oh!dawie´s last blog ..Tutorial : Menggunakan Action Scripts =-.

    1. @oh!dawie, lelaki kena tanya ustaz – pergi pengajian – tanya ye nanti
      lepas tu buat entri, share dengan kami 😆

      1. @Kujie, haha…takot ustaz xtau jer..kene tanye pakar haiwan la kot..hehe
        .-= oh!dawie´s last blog ..Tutorial : Menggunakan Action Scripts =-.

  14. kite selalu jhe sebut kambing kambing bile tensen.. upenyer jd kambing ni bagus ek.. hihi

    1. @samdaddycool,

      ahaks…. maza pun rasanya tertanya2 perihal sama.. kalau dibuat undi, bolehkan maza sokong usul samdady?

      wakakakkaka

  15. ermm..memang la kan..sifat2 tu mmg x lepas dgn manusia..huhu
    .-= zati´s last blog ..SILA TINGGALKAN LINK ANDA..macehs =-.

  16. Wah, bagusnya org ni dpt merakam aksi si gajah.
    Kena jadi cam kambing eh kak Jie?? :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Kempen Ribbon Blogger, We Care =-.

    1. @iza~de~bintang, sakit jiwa nak layan kucing parsi iza oiii…sesekali tak pa , seronok…kalau dah mengada2 tak sudah…. terpenyek kucing tu kena tendang :mrgreen:

Comments are closed.