Malam tadi tertengok rancangan Destinasi Ria sekmen Tomok dan isterinya, Ayu bercuti ke destinasi yang terkenal dengan Angkor Wat di Siem Reap, Kemboja. Bila tengok segmen tu di TV, terus bersemangat nak update gambar-gambar percutian di Siem Reap baru -baru ini. Dah balik 2 minggu tapi tak sempat nak update.
Hari kedua di Kemboja, kami bertolak ke Siem Reap dah lewat petang dari Phnom Penh. Sampai di Siem Reap dah malam, jadi keesokkan harinya barulah kami berpeluang melawat tempat-tempat menarik di Siem Reap.
Siem Reap adalah bandar perlancongan di Kemboja yang lebih moden dan tersusun jika dibandingkan dengan Phnom Penh. Selepas sarapan hari ke-3 di Muslim Family Restoran milik Haji Musa kami melawat komplek Angkor Worl Herigate.
Angkor bermaksud ibukota dan Wat adalah candi.
Tiket masuk ke Angkor Wat ialah 20 USD sehari bagi pelancong asing dan percuma kepada rakyat Kemboja. Kanak-kanak dibawah 12 tahun juga percuma. Kalau nak beli tiket untuk 3 hari harganya 40 USD dan 60 USD untuk 7 hari.
Berdiri mengadap kamere dan senyum.
Angkor Pass akan terus dicetak dengan gambar pemilik tiket. Maksudnya tak boleh bertukar tangan dan kena simpan tiket elok-elok.
Taman Arkeologi Angkor telah diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992. Letaknya lebih kurang 5 KM dari bandar Siem Reap. Bendera rasmi Kemboja mempunyai gambar Angkor Wat ditengah-tengahnya.
Angkor Wat pada asalnya adalah candi Hindu (abad-12) sebelum dialih fungsikan menjadi candi Budha. Kalau melawat ke sini, anggap saja kita melihat dan mengkagumi ketinggian ilmu manusia beribu tahun dahulu sehingga boleh membina struktur monumen teguh dan bersistematik seperti ini.
Angkor Wat pada asalnya adalah candi Hindu (abad-12) sebelum dialih fungsikan menjadi candi Budha
Angkor Wat juga candi yang paling besar dan terkenal di dalam kompleks Taman Arkeologi Angkor selian daripada beberapa candi lain seperti Angkor Thom, Banteay Kdei, Bayon dan Ta Prohm iaitu candi yang paling terkenal kerana filem Lara Croft: Tomb Raider.
Kalau berminat untuk mengetahu lebih terperinci mengenai Angkor Wat, bolehlah search Wikipedia.
Selepas melawat Angkor Worl Heritage, kami balik ke Restoran untuk makan tenghari. Selepas itu teruskan lawatan ke kilang memproses sutera di Siem Reap.
Angkor Silk Farm lebih kurang 30 minit dari bandar Siem Reap yang dibuka setiap hari jam 8 pagi hingga 5 petang.
Ulat-ulat sutera yang diberi makan daun malberi. Belum gemok lagi ni…tengah proses membesar.
Ulat sutera disusun di atas bekas besar macam ni dan kempompongnya membesar dan melekat sebelum dikutip untuk diproses bagi mengeluarkan benangnya.
Proses mengeluarkan benang sutera dari kepompong ulat sutera. Tangan kiri akan memusing gelung sutera mentah.
Sutera di dalam pelbagai peringkat proses penyediaan belang sutera sebelum melalui teknik ikat ( tie ) bagi mewarnakan benang .
Benang sutera yang siap diwarnakan dan akan sebelum ditenun. Kalau nak tengok video kecekapan pekerja menenun sutera, tengok kat Instagran saya – kujieins
Selepas lawatan ke Silk Farm, kami ke Tonle Sap Lake iaitu tasik air tawar terbesar di Asia Tenggara untuk menikmati sunset.
Saiz tasik berbeza-besa mengikut musim – kalau musim kemarau, saiznya akan mengecut agak drastik dan air akan melimpah membentuk tasik yang lebih besar apabila musim hujan. Katanya perbezaanya 6 kali lebih besar dari saiz asal. Ini adalah kerana Tonle Sap Lake terbentuk daripada takungan tasik dan sungai Mekong.
Tiket untuk sebuah bot 51USD berbaloi untuk kami seramai 9 orang.
Sewaktu belajar mengharungi tasik yang besar ini, kita akan melihat rumah terapung penduduk Kemboja yang kebanyakkannya berketurunan Vietnam dan sudah tentu kisah emosi kanak-kanak yang digunakan untuk menarik belas ihsan pelancong.
Sudah tentu semua pelawat ke Tonle Sap Lake akan sebuah sampan yang membawa seorang kanak-kanak perempuan menghampiri bot kita dan meminta USD sebagai perkhidmatan untuk bergambar dengan ular yang dibawanya.
Sepanjang perjalanan menyusui tasik, ada beberapa sampan yang menghampiri dengan menawarkan buah-buahan, makanan dan minuman.
Sekolah mereka juga terapung. Melihat kanak-kanak menjadikan permukaan air ini sebagai taman permainan, mendayung ke sana sini sikit sebanyak menimbulkan rasa risau dan cemas tetapi itulah kehidupan mereka.
Sebuah sangkar kolam yang menternak buaya untuk mendapatkan kulit buaya.
Selain dari pengalaman yang berbeza dari tempat kita, tiada apa yang ditawarkan disini. Tiada burung atau hidupan alam semulajadi yang boleh dilihat sepanjang perjalanan dengan bot.
Sunset di Tonle Sap Lake.
Setengah jam kemudian, kami dah kembali semula ke jeti dan teruskan balik ke hotel penginapan Ta Prohm Hotel sebelum keluar makan malam dan berjalan-jalan disekitar Night Market.
Pemandu tuk tuk sepanjang 2 malam di Siem Reap adalah Tawi. Tawi pernah datang dan bekerja dengan Haji Mas ( Yang menguruskan lawatan kami dari eQurban ). Apabila balik semula ke Kemboja, Tawi telah memeluk agama Islam. Sebagai tanda sokongan dan dorongan, Haji Mas telah berikan bantuan motorsikal untuk Tawi memulakan perniagaan tuk tuk di Siem Reap.
Nombor telefon Tawi – +85593570348… kalau sesiapa nak bercuti ke Siem Reap , bolehlah gunakan perkhidmatan Tawi.
- Musliam Family Restoran ( Haji Musa ) – berdekatan An-Nikmah masjid
- No Tel : (855) 12946220 / 11946220
- Alamatnya : No 074, Stoung Thmey Village, Siem Reap , Cambodia
- Signature Dish : Daging Lembu Naik Bukit
Selepas ini tak ada lagi entri tempat perlancongan tetapi entri berkaitan Cambodia Muslim Cooperative
Tak panjat tempat yang tinggi tu ya? Kami berpeluang panjat beratus2 anak tangga tu. Memang seronok ke Seam Reap sebab lebih tertumpu pada lawatan, tak kisah sangat nak shopping.
bestnyer
Angkor Wat slah satu tempat menarik di dunia, bestnya bisa datang langsung ke sana
Bestnya baca pengalaman bercuti di Kemboja. Boleh tahan jugak harga tiket untuk masuk Angkor Wat. Hehe…
Boleh la saya plan percutian ke Kemboja bersama isteri dan anak² 🙂
sekali buaya tu ngap….
ilang sorang blogger..heuhuh
Hanya mampu untuk tengok gambar sahaja dulu
kena bawak duit usd la nampak nyer, 20 usd x 3, keras gak belanja nyer tu.
wahhh.. Seronoknya dapat jalan-jalan. 🙂
menarik menarik. tapi semua pakai USD tu yang lemah sikit. Kalau pakai currency cambodia kan murah. Member ada cerita, pegi tengok Candi Borobodur, pon mahal.. bepuluh2 USD.
Nak pergi Kemboja juga. Boleh Kak Jie bagi itinerary tak? TQ
Peluang seperti ini bukan selalu datang. Pasti dipahat didalam memori supaya akan dikenang selama-lamanya.
Syoknya kak jie..bilala berpeluang nak pergi kemboja ni…
masa kak jie anak kecik2 mcm korang pun mana berjalan sana sini.. keutamaan kepada anak2 je dulu
bila dah anak2 besar ni baru je dpt nak rasa berhoneymoon berduaan…tu lah kena beranak awal2….heheheh
Banyak hal yang didaapat dariperjalanan ini ya Kak Jie, bisa lihat proses pembuatan ulat sutera. hmmm… kalau saya pernah lihat cuma di tv saja tu..
Btw, Selamat tahun baru 2014 untuk Kak Jie dan keluarga 🙂
Wahh, eloknya tempat yang macam candi tu… kereen makcik.. 🙂
Tak dapat panjat Lokasi paling tinggi kat Ankor Wat tu kan.. sebab ramai sangat orang.. phewwww.. tapi memang menarik!