Pertama Kali Julie Disuntik Vaksin Kucing
Kucing

Pertama Kali Julie Disuntik Vaksin Kucing

Hari ni bawa Julie pergi klinik haiwan untuk suktikan vaksin. Sepatut masa umur Julie 3 bulan lepas tetapi bekalan ubat yang dah habis.

Baca :

Harga Ubat Kucing Di Klinik Kerajaan

Nombor Telefon Klinik Haiwan Rawang

kad rawatan kucing di klinik haiwan

Comelkan kad rawatan kucing untuk Julie.  Tolong ingat tarikh lahir Julie ye, nanti hantar hadian harijadi.  Stok makanan atau shampoo kucing atau pasir kucing. hehehe

aksin kucing

Pucat jugalah muka Julie… jantung berdengup kencang.  Lepas suntuk, tak boleh mandi selepas 5 hari.

rekod suntikan vaksin kucing

Buku rekod suntikan vaksin untuk kuning milik Julie. Buku rekod di klinik mempunyai semua aktiviti seperti pemberian ubat. Buku rekod ini hanya untuk suntikan vaksin.

Biasanyanya kucing akan divaksin 3 bulan berturut-turut , macam bawa anak kita untuk cucuk 3 serangkai.

3 jenis vaksin  kucing

  • Feline Viral Rhinotracheitis (FVR)
  • Feline Chlamydia
  • Feline Panleukopenia

Kenapa perlu suntik vaksin kucing?

Untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria.  Kucing dulu hidup sihat dipersekitaran habitat semulajadi jadi dia mempunyai ketahanan yang terbentuk dari genetik kucing tersebut.

Tetapi kucing sekarang hidup ‘mengikut acuan manusia’ dan ada yang dikahwinkan dari pelbagai genetik sehingga melahirkan baka yang mempunyai  kelemahan yang perlu dicegah daripada penyakit melalui vaksin.

Harga Vaksin Kucing – RM 30 .  Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!

Nota : Minggu depan nak bercuti ke Terengganu, Julie pun akan ikut  🙂

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

34 thoughts on “Pertama Kali Julie Disuntik Vaksin Kucing

  1. Salam kak nk tanya ,klu p klinik goman vet Rawang ramai x org ? Lame ke kena tunggu ? Sy nk p la klu seekor rm 30 fr vaksin sbb saya bru Dpt cucu 5 ekor hihihi

Comments are closed.