Isu Semasa

Penanaman pokok vanila

Siapa pernah tengok pokok dan buah vanila ? Vanila adalah spesis keluarga orked yang memanjat yang berasal dari Mexico dan pengeluar utama vanila asli ialah Madagaskar dan Indonesia. Terdapat lebih 100 jenis vanila dan hanya 3 yang menghasilkan buah (komersil) dan yang paling sesuai untuk iklim di Malaysia adalah dari jenis `Planifolia Andrews.

Selain belangkas vanila juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi kerana 97% vanila dunia adalah sintetik. Estrak vanila asli amat diperlukan dalam industri tayar, cat dan ubat-ubatan kerana hanya vanila asli sahaja yang boleh mematikan bau busuk tayar, cat dan ubat. Jadi ia bukan setakat kegunaan untuk industri makanan sahaja dan ini menjadikan harganya tinggi dan stabil. Rata-rata buah yang ditanam di Malaysia mencecah grade A sekitar RM 50/kg.

Vanila biasanya ditanam menggunakan kaedah terbuka, netting dan ala fertigasi. Vanila akan mula berbunga lebih kurang 2 tahun dari masa mula tanam. Buahnya matang selepas berumur 8-9 bulan. Selepas itu pokok vanila akan berbuah sekali setiap tahun selama 15-20 tahun.

Buah vanila yang kering

Bunga vanila

Pokok vanila yang ditanam di Felda Air Tawar , Kota Tinggi.

Antara link yang mungkin berguna untuk dilawati :

  • www.vanillaplantations.com
  • www.rentaktimur.com.my
  • www.vanilla.com.my

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

30 thoughts on “Penanaman pokok vanila

  1. salam

    saya ada dua ekar getah. jika saya tanam vanila dalam kebun saya boleh ker? jika boleh bagaimana penjagaan nya. bolehkah penanaman di buat secara fertigasi.

    Bolehkah ia di tanam di dalam kebun sawit dengan cara yang sama iaitu fertigasi?

    sekian terima kasih

  2. kalau boleh saya nak tau lebih lanjut lagi berkaitan pokok vanilla ini. macam mana nak dapatkan benih & pasaran buah vanilla ni

  3. saper2 yg tahu camner nk tanam pokok ni… n kat maner nak cari benih nyerrrrr
    rase cam berst jer nk gak belajar tanam pokok niii heheheh.. kalau sudi berkongsi laaa k

  4. hello….lama tak masuk sini….vanilla ni ok ape…..kegunaannya pun boleh tahan gak….tak penah putus ler kegunaannya……

  5. tumpang lalu.. nak tanya.. pokok vanila yang kat Air Tawar tu… kat mana yerk.. boleh bagi details? tq

  6. ha.. baru pg td dpt call dr kwn yg keja kat hway durian burng kata jumpa pokok ‘Tiger Orchid’.. spesis terkawal.. nak tanam ….. tunggu..sdg diusahakan

  7. jeff awai pagi tu, lum sarapan..:d

    faisal mula sikit² dulu la…

    zana kak jie cari info ni sebab mmg berminat nk tanam

  8. rajin kak jie serve internet ek.. zana tgk agrotek arituh baru tau ada pokok vanila. hehehe.. sejibik je mcm dlm tb tunjuk tuuu…

  9. waaaa, mcm best je pokok ni kak..kalau senang penanamannya bleh sy try gak kak,hehee…emm, if akk dah start or ada lubang nak dapatkan pokok ni bagitaula sy kak ek..sbb sy takde byk kos sgt kak,hehe.,.maklumla sume yg sy buat cuma hobi je,hehee

  10. alaaa, ter-send pulak sebelum abis menulis ..

    (sambungan)

    dahlah sblum ni tak tahu yg vanila tu berasal dari pokok, ada kat Kota Tinggi pulak tu..

    tima kaseh la atas ilmu ni Kak Jie. dan semoga maju jaya dalam mengusahakan tapak vanilla tu. kalau ada launching bagitau ek, kita bawak bro KS sekali amcam ?

  11. owh…kesiannya …Kak Jie rasa gembira kerana dapat gembirakan korangkan semua dgn rasa vanila di blog ini..kehkkk..keh…

    Ada sesiapa volunteer nak belanja kakjie ais krim vanila? koman² pun vanila coke!

    😀

  12. Dialog standard di sebuah rumah:

    “saya rasa saya tahu vanilla ni datangnya dari pokok”

    “eh, kenapa tak bagitau yang awak dah tahu vanilla ni dari pokok?”

    eheh.

    i think i knew, i just don’t know when or how did i knew it.

  13. samalah kita ien,
    katak bawah tempurung

    aku pun selamani tak tau yang ada pokok vanilla.

    yang saya tau, pokok belacan je.

  14. kali pertama dengar pokok vanilla.. selalu dengar aiskerim vanilla ja..

    adeh lapar lak perut aku nie ngeh2

Comments are closed.