Gelang Ac Mizal – Fakta Atau Auta
Isu Semasa

Gelang Ac Mizal – Fakta Atau Auta

Awak tahu tak, apa isu terbaru blogger sekarang………..lupakan Konspirasi Fida Aishah, itu kes warna warni  dunia blog – hitam putih dan kelabu.  Bukan juga Konspirasi Upin dan Ipin.

Tapi isu penting ini membabitkan jutaan Ringgit Malaysia – saya dari dulu memang sangat pelik dengan ketaksuban orang² kita dengan sistem ini dan akhirnya ada makhluk tuhan paling seksi telah berani bangkit dengan bukti sains, biologi,  kimia dan sejarah ( sejarah …subjek wajib lulus SPM ) supaya kita semua buka mata dan minda.

Baca semua entri ini untuk faham – bukan untuk membuat tuduhan.  Buka minda untuk mendengar berbagai pendapat supaya apa pun keputusan akhir yang kita buat berpandukan fakta yang dibuktikan .   Saya tak suruh anda percaya, saya suruh anda berfikir.   Kalau ada hujah , sila kemukakan.

  • Gelang AC Mizal – Penipuan Testimonial Yang Amatur Sungguh!
  • Gelang AC Mizal – Kat Mana Fitnahnya Beb?

Terimakasih Dr. Muhd Aidid Muhd Addib.

Edit  10/11/2010 : Ac Mizal pun telah membuat laporan polis – sumber Harian Metro bertajuk AC Mizal dakwa diugut pesaing

Dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

*petikan – utusan online 10/10/2010

Saya baca berbagai teori illumination sana sini, video ‘Dunia Akhir Zaman’ tetapi bagi saya, kalau rajin ikuti pengajian tak perlu panik dan terkejut kerana semua kisah penyelewengan yang didakwa itu bukanlah baharu muncul.   Kisah iblis yang berjanji akan menyesatkan umat manusia . Bila kita faham , di dalam AlQuran dan Hadis sendiri banyak menceritakan segala konspirasi dan pembohongan golongan² tersebut.

Moral of the story : pergi pengajian, berilmu dengan guru bukan berinfo dari internet semata².

©Kujie – semalam terserempak Dato’ dan Datin Mr & Mrs AC kat Midvalley tapi lupa nak tengok dia pakai gelang sampai ke siku ke idak…:lol:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

43 thoughts on “Gelang Ac Mizal – Fakta Atau Auta

  1. kak jie..

    sy dan rakan2 dah buat pun demo gelang ni dengan menggunakan gelang biasa…

    saya n rakan2 test kat kawan yg tak tau pasal gelang ni ori ke x…. n hasilnya gelang biasa yg dikatakan ori ni bila di pakaikan kepada si kawan ni pun memberikan hasil yg sama seperti demo untuk gelang yang ‘ori’ tuh…

    point nyer di sini… sume demo2 gelang tu atas faktor psikologi jer… kita dah set mind kita gelang ni ade ‘something’… so kita leh buat demo2 tu bila pakai gelang apa2 pun asalkan kita diberitahu gelang tu gelang ‘ajaib’
    Jom terjah post menarik dari marhaen ..Rancangan Imam Muda dan Akademi Al-Quran Agenda Yahudi – Umat Islam Kena Ambil Perhatian!!!My Profile

  2. 1. Terima kasih kak jie kongsikan link artikel tu..
    2. Dah baca semua artikel, dah memang bukti2 yg ditunjukkan oleh penulis blog, mampu utk sekurang-kurangnya membuat sesiapa yg terfikir utk join mlm…sila berfikir dan fikir lagi..
    3. Agak terkilan dgn bahasa penulis blog…setuju dgn pendapat bro denai hati…

    Banyak kali diduga dgn cabaran dan desakan masuk MLM..alhamdulillah…semuanya dapat ditepis dgn baik… :mrgreen:

  3. setuju…tapi utk mencuba sesuatu itu, pada pandangan saya…perlu juga diperiksa dahulu apa yg nk dicuba…

  4. Fakta ditulis ada kebenarannya tetapi bahasanya agak keterlaluan bukan bahasa budaya Islam macam ada dendam peribadi sahaja.Untuk berjaya dunia akhirat kita mesti ikut akhlak Rasulullah bukan ikut emosi walaupun kita benar.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..7 Perkara Setiap Blogger Perlu TahuMy Profile

  5. bagi saya senang aja, nak senang mana ada jalan pintas, hmmmm let say kalau tetiba orang tak masuk, yang akhir masuk mesti akan mengalami kerugian yang teramat sangat lagipun harga barang mahal dan kegunaannya masih diragui….

  6. pernah dapat gelang tu dari seseorang, tapi sudahnye tak terpakai sebab magnet dia lama2 tanggal!

    sib baik bukan beli pakai duit sendiri..

    kalau tak ku amuk je konsortium tuuuu
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..coti deepavaliMy Profile

  7. tak tau la nak dibuktikan kesahihannye..tp kawan ade beli gelang ni dan dah join pun dgn si dato’ AC ni..

    cuma pd pendapat sy, nak beli tu boleh..cuma jgn taksub dgn gelang ke hape yg boleh ubat penyakit nnti lain yg jadi..terus jadi khurafat..huhu!
    Jom terjah post menarik dari makdara TERdiva ..chicken danceMy Profile

  8. Salam Kak Kujie..berkenaan isu ni, bidang sains yang sesuai dikaitkan dengan gelang ni ialah biomagnetism dan magnetobiology. setakat yang saya cari dan yang saya tahu, memang ada eksperimen dan kajian berkenaan kesan medan magnet berkuasa lemah sebagai rawatan alternatif, tapi setakat ni takde bukti kukuh dari aspek klinikal (penggunaan terhadap manusia) yang mencapai standard perubatan berasaskan bukti (evidence based medicine). Dalam bidang kesihatan, kebiasaannya pengetahuan dalam bidang fizik banyak ke arah aplikasi diagnosis e.g scanning, imaging macam MRI dan jarang sangat ada aplikasi untuk rawatan. Memang ada alat yang digunakan untuk tujuan rawatan macam pacemaker, tapi kalau yg membabitkan pemakaian gelang magnet setakat ni saya tak pernah jumpa lagi.
    Jom terjah post menarik dari karl ..You did what you did- because you need to feed your familyMy Profile

  9. Salam Kak Jie, dh lama sy jd silent reader. Ada isu yg saya nk tanya in private, sudi tak bg sy email address kak jie? Tq

  10. wow! pendedahan yang menakjubkan!

    Aku betul2 ingatkan bisnes AC tu seriusly kencang sebab asyik sebut juta2 je.. sampai sanggup tolak pengacaraan AF.

    Aku dah lama stop percaya pada MLM especially yang kena cari downline..

    TQ Kujie for the link..
    Jom terjah post menarik dari Pala Maldini ..POTONG RUMPUTMy Profile

  11. kasihan bila fikirkan orang Melayu yang senang terpengaruh
    cara yang paling terbaik untuk sihat ialah dengan pemakanan alamiah
    back to nature
    kembali kepada fitrah…
    apa guna pegaga, misai kucing, roselle, mengkudu, minyak ikan, minyak zaitun, buah kurma, buah tin dan banyak lagi herba-herba, ulam-ulam yang dapat membantu mengalkalikan badan kita, memberikan oksigen pada organ2 kita, membuang toksik dan asid dan banyak…
    bukan beli patch2 letak kat kaki..
    cara nak buang toksik ada pada 3 cara sahaja: peluh, berak, kencing..
    nak lagi ekspress? berbekam la jawabnya..
    Jom terjah post menarik dari Syafrizal ..Lemak trans yang membahayakan kesihatanMy Profile

  12. banyak lagi perubatan lain yang lebih baik berbanding gelang, kenapa lelaki lebih suka menyerupai perempuan bila pakai gelang tu konon2 utk perubatan..huhu

  13. lagi satu kak jie, orang geram dengan dia ni sebab cara dia bercerai, berkahwin dgn Mrs dan treat anak-anak dengan xwife. habis satu persatu apa dia buat diprosek (check kamus kedah, hehehe).
    Jom terjah post menarik dari zany ..Jawa dan SumateraMy Profile

  14. uish, kiranya kak kita ni menyoppping satu bumbunglah dengan Mr & Mrs AC.

    kalau nak tau auta or fakta, kena cuba gelang tu. Lepas tu faktakan ujian tu di sini. Boley? 😆
    Jom terjah post menarik dari zany ..Jawa dan SumateraMy Profile

Comments are closed.