Selepas saya post entri Fakta Menarik Mengenai Cuti Umum Malaysia 2013 siap dengan prob gambar kapalterbang , kot-kot encik suami faham makna tersurat. Apa lagi maknanya kalau suruh dia tengok cuti umum dan mula merancang cuti.
Akhirnya dia minta saya plan jadual anak-anak untuk ke Perlis.
Kenapa nak melawat Perlis? Apa ada kat Perlis? Saya dah pernah sampai ke Padang Besar makan pulut ayam , Ladang Tebu Chuping atau menaiki keretapi ke Langkawi dan turun di Arau. Dua kali tahun 2003 dan 2011.
Angah perlu mendaftar balik semula ke kolej di Kuala Nerang pada 3hb November 2012. Jadi kami merancang untuk bertolak awal untuk bercuti sehingga ke Perlis. Bila anak-anak berada dalam gred berbeza, seorang di univerisiti lain seorang di kolej lain dan seorang di sekolah menengah, jadual percutian serentak memang sudah untuk diurus.
Berkali-kali jadual percutian kami terpaksa dilupakan kerana tak dapat menjangkan masa akan datang jika menempah tiket penerbangan.
Saya post di group facebook untuk mendapatkan beberapa panduan untuk melawat tempat-tempat menarik di Perlis. Secara tak sengaja, ada yang berkongsi video youtube filem pendek Pasport Ekspres arahan Rewan Ishak. (Facebook Rewan Ishak. )
Menarik juga short film arahan Rewan Ishak kan? Boleh jadi calon Duta Perlis macam Datuk AC Mizal yang menjadi Duta Pelancongan Perak tahun 2012..hiks!
Filem pendek Pasport Ekspres sebenarnya adalah salah satu dari 14 filem pendek yang meliputi 14 negeri di Malaysia yang dihasilkan oleh 14 pengarah muda dalam projek ‘My Hometown Short Films’ . My Hometown Short Films disiarkan melalui saluran My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012
Lagu Ahmad Jais -Hidup bukan untuk derita dalam filem Pasport Ekspres ini sungguh menarik.
Kalau korang nak bercuti kat mana-mana negeri di Malaysia, apa kata cari filem pendek negeri-negeri lain seperti Hi, I’m Julia – Nadiah Hamzah ( Pulau Pinang ) , Assabiyah – Ramdan Che Hassan( Kelantan ), The Day The River Ran Red- Shanjey Kumar Perumal ( Perak ) , Penambang – Ariffin Zulkarnain ( Terengganu ) , Kuda Laut – Shuhaimi Zulkifli ( Kedah), Kampungku – Brenda Danker ( Negeri Sembilan) , Hikayat Hang Kway Teow – Andrian Lai ( Melaka ) , Gigi Putih – Shamyl Othman ( Selangor ) , Outpost – Mahen Bala ( Pahang ), Kudaku Menari Lagi – Norhayati Kaprawi ( Johor), Kampung Bangsar – Sharifah Amani( Kuala Lumpur ) , Lastik – Nadira Ilana ( Sabah) dan Berjalai – Uzair Sawal ( Sarawak )
Saya pikir apa ternyata sebuah film..
Saya akan coba cari di Youtube untuk menontonnya
Kalau sebut sahaja mengenai negeri Perlis yang terlintas difikiran saya adalah mangga harum manis. 🙂
Ooo, ada cerita pendek untuk negeri lain juga rupanya.
susah juga ye nak merancang bila anak2 dah besar ni..kadang2 tu, diorang pun ada plan sendiri..
setakatni saya tak pernah lagi sampai ke perlis..insyaAllah satu hari nanti…
Aina tak sempat nak tengok lagi…balik rumah nak skodeng jap kat opis nie banyak yg kena blok. Kat hp…ehehehe… HP cap ayam…
Menarik! Lagu Dato SM Salim dan Ahmad Jais mmg kena sangat…best!
Wah…nanti bolehlah kak jie pulak yg kasi preview…yeahh!
sekarang menetap di perlis. tiap2 hujung minggu boleh pusing2 perlis ni. hehehe :p
rasanya seumur hidup saya baru sampai perlis sekali..tu pun masa kecil..mungkin satu hari nanti kena pergi sane..kenal2 tempat dalam malaysia.
Perlis, antara tempat yang kami belum pergi bercuti..naik feri pergi Langkawi tak dikira laa…. Kawan cakap Perlis ni ada tempat makan ikan bakar yang terbaik..Adushh, ni yang buat nak terjah ni…
Kak jie rekomenkanla mana2 homestay yang menarik di Perlis…
kat kuala perlis banyak je restoran ikan bakar. tapi harga tak pastilah. hehehe
ladang tebu memang wajib kak jie kena singgah…rugi kalau tak singgah ambil gambar….
Dengar ceritanya, ladang tebu ni bakal diganti dengan tanaman getah?
mmm.. ila dah lama tak cuti.. baru2 nie sempat ke pantai masa adik ipar kawin kat pd.. heavennya rasa hihi
hehehe..
cuti2 malaysia kami anak beranak terpaksa ditangguhkan tahun ini.. sbbnya kena bersihkan rumah di kuantan semula..
tahun kembali bujang gelendangan.. uhuk!
ya allah..
pernah ikut rombongan masa kat Matrikulasi ke Gua Kelam..;)
Kepada yang rajin berjalan tu boleh tulis review dah kongsi di blog Kembara kami yang akan dilancarkan tak lama lagi …
wow..menarik ni..mungkin boleh cuba. 🙂
Salam kakjie ,
saya nak cari video ke cherating 🙂
saya dah dua tiga kali ke perlis , sbb adik saya ada kawin dengan orang perlis , tp part yang best .. suami adik saya pun tk tau nak bawak kami jalan2 kemana kecuali padang besar je ..
alamak………… bila bee sebut Cherating, baru teringat. kak Jie tak tanya lagi pasal semalam tu. Esok kena buat ni
haa okay ..bila dah tahu rate bape cepat2 waksup naa
Jalan-jalan dan kenal negeri orang mmg seronok. Bagi saya yang paling seronok ialah part “jalan-jalan”. Destinasi tu nombor dua.
La, gambar kapalterbang.. Ingatkan gambar kapal sebab saya perasan gambar kapal je..
cis cis…. penat bini dia bagi hint, tak faham2 juga ni… hehehe
bestnya dapat cuti-cuti…sy br sekali je pergi perlis..ada peluang mmg nak g lagi..
selamat bercuti kak n family.
kebetulan anak kedua kali kat Kolej Mara Kuala Nerang, ambil peluang untuk menjelajah utara
selamat bercuti….jauh tu perlis
kampung kak jie kat Kedah je :p
🙂
selamat bercuti kak..
(awal wish nih..)
awai sungguh..
hehe..
🙂
Ya Allah cantiknya pemandangan.. sejuk mata memandang..
masa kat ladang tebu lagi…………sayup seluas mata memandang.
Owhh, baru tahu ada filem pendek sebegini, negeri-negeri lain pun ada… lepas ni kena luangkan masa tonton filem sebegini sebelum nak ke mana-mana… 😀
*tengah berfikir-fikir nak ke mana jer cuti sekolah hujung tahun ni*
ye lah… kira seronok juga kita nak melawat sesuatu tempat ada panduan
kadang2 tempat yang dipromosikan bukan minat kita sangat pun
dari kuala nerang terus ke sepadan ..terus ke Koh Samoi pun tak jauh…