Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 Dan Januari 2013
Isu Semasa

Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 Dan Januari 2013

Beberapa kawan-kawan saya sedang alami krisis bekalan air yang kritikal. Bayangkan Puan Bee tak ada air sejak seminggu. Bagaimana nak menguruskan rumahtangga dengan tiga anak. Itu belum baca komen yang dia terima… oklah kalau suruh bersabar, itu ujian tetapi kita pun kena berusha untuk selesaikan ujian kita.  Tentunya buat aduan dengan pihak yang menguruskan perkara tersebut.    Senanglah cakap kalau tak ada sehari, ini dah seminggu.  Kain baju pun tak kan nak basuh guna air mineral ?  Logik la kan………

Saya pernah menulis dan mengepos beberapa keping gambar Empangan Sungai Selangor ( Empangan Kuala Kubu Bharu ) yang kering kontang pada 12/10/2012. Baca entri berkaitan di sini – Gambar Empangan Sungai Selangor yang kering.

Hari ini 5/1/2012, saya ke Empangan Kuala Kubu Bharu lagi.  Saya follow up kisah yang pernah diceritakan.

Dan inilah keadaan sebenar  paras air di Empangan Sungai Selangor.  Air telah memenuhi empangan pada paras normal.

empangan kuala kubu bharu
Gambar pada 6hb Oktober 2012
empangan sungai selangor
Gambar pada 5hb Januari 2013
empangan sungai selangor yang menyusut
Air di  Empangan Sungai Selangor 6hb Oktober 2012

 

air di empangan sungai selangor
Air di Empangan Sungai Selangor pada 5hb Januari 2013
empangan kuala kubu bharu kering
Pemandangan dari atas jambatan 6 hb Oktober 2012
empangan kuala kubu bharu
Gambar dari atas jambatan pada 5hb Januari 2013

Secara teorinya, empangan memang dikeringkan pada bulan Oktober supaya tidak berlaku limpahan pada takungan apabila tibanya musim tengkujuh bulan Disember. Empangan yang kering pada bulan Oktober bukan disebabkan kurangnya sumber/punca air tetapi plan untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

Jadi, kenapa berlaku krisis bekalan air sekarang?    Rumah pam rosak?  Air mentah banyak, tapi air terawat yang disalurkan kepada pengguna yang bermasalah.

Apa pun masalahnya, moga perkara ini cepat diselesaikan. Kesian Puan Bee  dan puan-puan yang lain.  Susah tau nak menguruskan rumahtangga bila tak ada air.

©kujie – saya ada gambar-gambar empangan ini sejak tahun 2009.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

33 thoughts on “Gambar Empangan Sungai Selangor Terkini – Beza Bulan Oktober 2012 Dan Januari 2013

  1. Saya juga antara mangsa krisis air minggu lepas. Ia benar-benar menjadi pengajaran buat saya. Sekarang guna air tahap minimum dan sentiasa sedia untuk menyimpan air.

    Empangan selain dari berfungsi simpan air, ia juga jadi pusat penampan air waktu musim tengkujuh. Apa pun alasannya, hargailah air. Walau nampak banyak kalau ada gajah bercakaran biasanya kancil yang bijak pun akan mati tersepit.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Sukarnya Mengembalikan KepercayaanMy Profile

  2. Pam air rosak…gajah sama gajah gaduh kancil jd mangsa..sengaja dikeringkan demi menghadapi musim tengkujuh ujung tahun…apa yg saya salute gambar crop gambar yg agak tepat…gempak la kak…!!
    Jom terjah post menarik dari Fauzi Blues ..Blogger Raja BE Nuffnang.My Profile

  3. La la la la la la nampak dua ekor gajah sedang berebut kawasan … kancil jadi mangsa. Gajah yg ini kata dia yang betul dan Gajah yang itu kata dia yang betul … la la la. 2 – 3 bulan lepas kawasan Serdang dan Cheras berbulan tak dok air .. ni giliran kawasan lain pulok.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Social Media Awards 2013 pengundian bermulaMy Profile

  4. Kalau betul-betul diperhatikan, betul-betul disiasat mudah untuk sesiapa sahaja betulkan apa yang salah. Ia menjadi rumit kalau sekadar bising menyalahkan satu pihak. Kalau pihak ini nak menyiasat pun susah kalau semua duk pressure dari tepi.

    Bab air sepatutnya menjadi kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat, kerana ia keperluan asas.
    Jom terjah post menarik dari Izzat Aziz ..Tinggi dan Rendah Moral ManusiaMy Profile

  5. mgkn juga kerana masalah fahaman politik di selangor..tp yg menderita rakyat sendiri..mmg kesian..lg2 yg duduk dkt flat @ apartment..

Comments are closed.