Duit Syiling Baru Tak Laku
Isu Semasa

Duit Syiling Baru Tak Laku

duit syiling baru malaysia

Saya ada cerita ‘pelik’ mengenai duit syiling Malaysia yang baru ini. Kejadian ini berlaku dalam negara, bukan di Uganda, Kazakhstan atau Pakistan.

Jumaat lepas saya dan suami menaiki komuter ke Nilai dan meninggalkan kereta kami di pekan Rawang. Selok sana, belek sini kami berdua tiada sekeping pun duit syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin bayar dan peraga tempat letak kereta.

Saya terpaksa tinggalkan kereta tanpa bertiket untuk membeli sesuatu di kedai sekitar stesen komuter bagi mendapatkan duit syiling yang mencukupi. Kami terpaksa membeli jajan murah secara berasingan supaya memperolehi syiling yang mencukupi. Kalau nak minta tukar terus dengan pekerja, tak ada pekedai yang sudi.

Kelam kabutlah juga kerana komuter telah berada di landasan yang akan bergerak pada bila-bila masa. ( Rawang adalah stesen terakhir perjalanan komuter dari Seremban, biasanya akan berhenti 10-15 minit sebelum membuat perjalanan semula )

Cukup saja syiling dalam gengaman, saya berlari lari anak gajah ke tempat letak kereta untuk membeli tiket bayar dan peraga. Saya dah tak fokus berapa syiling yang ada dalam gengaman, rasa macam cukup pun dah lega.

Saya masukkan sekeping demi sekeping syiling yang berada di tapak tangan…. sampai syiling yang ke 3, duit tersebut bergolek keluar. Cuba lagi kali ke empat, ke lima… ke enam… syiling tetap bergolek keluar.

Nilai yang tercatit hanyalah 30 sen yang tidak melayakkan saya ‘menyewa 1 jam’ petak letak kereta. Saya tekan butang untuk keluarkan semula duit di dalam mesin, bunyi berdenting tetapi bukanlah di luar petak untuk dikutip semula. Mesin kekenyangan menelan 30 sen saya yang berharga.

Baki syiling berkilau di dalam tapak tangan saya tidak berharga, tidak laku untuk diguna pakai di dalam negara sendiri.

Dalam keadaan terdesak setelah mencuba untuk menjadi warga negara yang bertanggungjawap,  saya bertekad dan bertawakal meninggalkan kereta tanpa memperagakan tiket.  Saya bukan buat dengan sengaja.

Kesemua syiling  yang tidak diterima oleh mesin bayar dan peraga tersebut adalah syiling baru Malaysia yang  memenuhi standard kualiti duit syiling seperti garis panduan yang dikeluarkan oleh BNM.

 

duit syiling baru sumber : http://www.bnm.gov.my

Walaupun saya yakin, masalah tersebut berpunca dari duit syiling baru yang tidak diterima oleh mesin , tetapi saya masih juga ingin membuat penyiasataan terperinci untuk mendapatkan jawapan yang menyakinkan.

Semalam,  sekali lagi saya mendekati mesin bayar dan peraga yang lain semata-mata ingin memastikan perkara tersebut. Manalah tau kalau-kalau mesin pertama dulu yang rosak.

Saya mencuba dua mesin lain di dua tempat yang berbeza dan kedua-dua mesin ini juga menghasilkan jawapan yang serupa.

Duit syiling baru yang mempunyai bentuk corak anyaman suku kaum Mah Meri ,tema sulur kacang atau pun bunga melur  tidak boleh digunakan untuk urusniaga.

Sementara kesemua mesin yang berorentasikan duit syiling diubah suai untuk memenuhi perubahan kepada penggunaan syiling baru ini, terpaksalah kita berakit-rakit dahulu, berenang-renang kemudian…..

Bagaimana dengan mesin air atau telefon awam ?  Eh ! bila kali terakhir korang pakai telefon awam yang menggunakan syiling ?

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

73 thoughts on “Duit Syiling Baru Tak Laku

  1. Ada Agenda tersembunyi disebalik penukaran siling baru ini.. yg pasti banyak mesin yg terkini perlu ditukarkan dan mengakibatkan kos yg tinggi memandangkan setiap mesin itu telah serasi dgn duit siling lama yg mempunyai ukuran yg standard Malaysia.

    Apa Agenda BNM melakukan perubahan sedemikian rupa..

    Saya percaya duit siling yg baru ini akan ‘ditarik balik’ daripada edaran orang ramai sedikit masa nanti.. percayalah..

    Bila ‘minda pihak yg bertanggungjawab ‘celaru’ mengakibatkan sistem perjalanan urus niaga dalam masyarakat menjadi huru-hara dan bercelaru juga..

    Saya 100% tidak bersetuju dengan perubahan mendadak pihak BNM yg tiada perancangan dalam mengatasi masalah urusan orang ramai yang telah sedia ada menggunakan siling lama ini.

    ..apa pun tak boleh.. apa pun tak boleh.. apa pun tak boleh..!

  2. Mmm lama tak bertandang. Perihal cerita kak Jie di atas…saya dapat rasa itu satu masalah antara banyak masalah bila sesuatu perubahan dibuat tanpa langsungan perkaitan dengan sesuatu yang sewaktu dengan perubahan dibuat. Terlepas pandang atau dipandang remeh..tak dapek nak den tontukan. Tapi macam sama dengan masalah…buat projek perumahan lebat-lebat dulu…jalan keluar masuk fikir kemudian. Ini ada kaitan dengan kepenggunaan. Tahap kepekaan mungkin kurang disitu….Sebelum tu saya pernah ada masalah bila nak masuk cash dalam ATM masa duit RM50 baru sikit lampau.

  3. tukar duit tapi tak tukar mesin sangat serabut.. sama macam kat sini,nak guna mesin basuh mana boleh guna syiling baru.. lagipun,kalau nak tukar mesin punya specs dah kos lagi.. aish~
    menjajau cari syiling lama.. rasanya syiling baru masih tak meluas..
    Jom terjah post menarik dari izwanyusof ..Fotografi Menjadi Hobi Baru Bersama Canon EOS 600DMy Profile

  4. rasanya semua mesin jualan, telefon, mesin kira wang syilling dll perlu diubah suai untuk menerima wang syilling yang baru. Sudah tentu memerlukan belanja dan tempoh tertentu. Saya pun tak pasti bagaimana mesin ni berfungsi dan dapat mengesan wang tulen. Mungkin daripada saiz, dan berat wang. Mungkin juga ada scanner. kalau duit syillingbaru ni memang terlalu ringan. kecil pula tu terutama 50sen
    Jom terjah post menarik dari Norasikin ..Koleksi Duit Syilling Malaysia LamaMy Profile

  5. biasa la. saya ada dapat gek dari plaza tol. duit baki. duit tu memang cantik. tapi saya tak gunakan lagi kat mana2. saya nak simpan dulu buat koleksi. bile semua robot lapar dah ok baru saya akan gunakan.

  6. saya ada menggunakan duit baru untuk telefon public..memang duit syiling tak boleh pakai..mungkin sistem dia tak update untuk duit syiling baru..
    susah jugak..

    lagi 1, duit syiling baru mempunyai saiz yang hampir sama walaupun mempunyai nilai yang berbeza..tak suka tak suka..keliru..

    last, warna duit syiling baru luntur..tak best

  7. teruk juga duit syiling baru ni tak laku lagi. mungkin sebab mesin tu belum di program baru. masih ikut syiling lama. mungkin dari segi saiz ka berat ka. saya tak tengok lagi syiling tu tapi memang itu la kemungkinan dia. jadi dalam beberapa bulan, terpaksa tunggu beberapa bulan untuk penerimaan syiling baru di perkihdmatan awam. saya kali terakhir guna telefon awam lima tahun lepas..hehe
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..SKMM celcom sim prepaid broadband (pengalaman sebagai pengguna)My Profile

  8. Hurmm baru terfikir akan hal ni, dah la duit 20 sen sama besar je ngan duit 5o sen, banyak mesin rasanya yang masih tak tukar setting terima syiling baru.. huhu adakah BNM terfikir akan hal ini semua?? huhu
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Single terbaru Sayugia pada 4 April 2012My Profile

  9. Semua jenis mesin pembayaran yang menerima siling contohnya telefon awam,mesin belian air minuman.parking dan lain-lain belum lagi di set kan beratnya kepada siling baru.Untuk pengetahuan anda semua mesin penerimaan siling menyukat berat setiap siling yang dimasukkan dan bukan saiznya besar atau kecil.Sekiranya berat tidak mencukupi siling tersebut akan di keluarkan .begitu juga sekiranya tabung simpanan siling sudah penuh ianya akan dikeluarkan juga kepada pengguna.

  10. Selalu je guna mesin air gedegang tu… Masalah yang sama, duit shiling baru tu memang tak boleh diterima waima seasli mana pun duit tu… Mesin tiket komuter KTMB dan mesin dobi pun mengalami masalah yang sama juga.. (^_^) Mungkin mesin-mesin tu yang tak di “setting’ kan untuk menerima duit shiling baru tu kot…
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..TOGETHER OR BEING ALONE ?My Profile

  11. Saya pernah menerima duit syiling baru pun 2-3 kali belek sebab was-was kerana ia ringan dan bentuk pun sudah berubah. Ambil masa juga hendak menerima kehadira duit syiling baru ini.

    Harap mesin yang mengunakan syiling telah disetkan dengan spesifikasi duit syilingbaru kalau tidak memberi masalah.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjayaMy Profile

    1. kalau syiling 50 sen lagi terkejut…eh betul ke …eh betul ke

      saiz apa pun sebenarnya kita boleh terima… kita ni bukan berkira sangat kalau pihak berkenaan nak membuat perubahan mengikut zaman

      cuma…………cuma…perubahan tersebut perlulah mengambil kita keperluan kita, rakyat yang akan terkesan secara langsung.

      fikir lebih panjang…………
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apesal Entri Ini Tentang Apesal?My Profile

  12. Setakat ini adalah 2-3 kali dapat duit siling baru ni. Kami lebih selesa guna kad tounc&go bila naik komuter, lrt juga parking di tempat parkir terpilih jadi tak fikir nak cari duit kecik atau siling.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Bila MARAH buat apaMy Profile

    1. kalau tempat parking ada touch n go mmg guna yg tu…tapi dlm kehidupan biasa mcm saya yang pergi parking kat majlis perbandaran bukan dewan bandaraya…mmg guna sistem bayar dan peraga. sejam rm 0.50
      tak terpilih terpilih… itu saja yang ada.

  13. Pada saye, duit syiling apa gaye pun, ttp duit syiling. Apa yang lebih mustahak ialah tahap efektif penggunaannya nanti.

    Jadi, sekarang dah nampak ianya tidak efektif dan bakal ‘menyusahkan’ org ramai andai semua mesin autoteller tak nak terima syiling baru.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..5 Rahsia Sebenar LELAKI KACAK Untuk IsteriMy Profile

    1. masalah ni bukan utk kak jie saja, ramai sebenarnya org yang terlibat
      kadang2 kita terfikir, bila dah keluarkan syiling jenis baru dgn bentuk , saiz dan berat…. mesti banya mesin lain yang terkena masalah

      kita bercakap secara menyeluruh sebagai rakyat biasa – bkn orgn kaya yg ada pemandu , parking kat lot yang disediakan….

  14. memang tu la hakikatnya kak…
    dorang tak fikir banyak perkara perlu diubah setelah menghasilkan syiling baru…
    mesin parking, telefon awam, LRT utk beli tiket, antara perkara penting yang perlukan penggunaan syiling.

    Hattakan kalau student2 yang nak basuh baju guna mesin tu pun tak boleh diterima pakai.
    Dan kadangkala ia mengelirukan bila sampai part nak bayar tol. kelam kabut nak mengasingkan duit sbbnya duit 20sen baru dah macam 10sen lama. dah tak boleh dah nak meraba2 duit syiling, kena tgk betul2 baru boleh bagi.

    harap2 mslh ni selesai la hendaknya ye.
    Jom terjah post menarik dari Cik Norfa ..Looking for housemateMy Profile

    1. dia org nak keluarkan saiz besar mana pun tak kisah sebenarnya
      tapi – pastikan releven dengan penggunaan orang ramai.

      mesin yang sah di majlis perbandaran tetapi tidak sah menggunakan duit yang dikeluarkan.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Monday Morning : Perangai BloggerMy Profile

  15. benda ni sama macam not rm50 keluar dulu… klu nak bank-in duit guna mesin… mesin mmg tak bole baca… merata la cari not 50 lama dulu… 🙁

    tukar syiling baru kalau diorg buat mcm tukar duit syiling rm1 dulu kpd duit kertas… ok juga kot… terus kuat kuasa suruh tukar dibank… kalau kaedah tu rasa nya cepat sket proses tukar penggunaan siling + tukar sistem mesin… skrg ni syiling lama ada, syiling baru pun ada… kita pun selalu keliru 50sen dgn 20sen… lebih kurang je rupa + saiz dia…
    Jom terjah post menarik dari Maria ..kenapa saya suke pegi IKEA?My Profile

    1. mesin untuk bayar parking tu ada berpuluh ribu untuk satu majlis daerah, kesannya bukan kepada seratus dua orang saja… kesan dia besar.

      nak tukar baru tiap tahun pun tak ada masalah kalau part2 lain pun tidak menimbulkan masalah. isunya bukan tukar duit baru…tapi kesinambungan selepas duit baru ada di pasaran.

  16. salam..

    duit baru tu memang penuhi standard keselamatan segala bagai. tapi dari segi saiz, berat boleh buat pengguna tersalah. 50sen dan 20sen same besar.

    perlukan masa yang panjang untuk dapatkan mesin yang terima duit baru..

    mood: menungguu…….

    1. silalah tunggu setahun dua dan bersedia untuk disaman kerana mesin tidak menerima duit yang diakui sah oleh kerajaan malaysia. 😀

      1. jangan lepas ni mesin tak dapat terima duit kertas baru sudah la kak jie. merana hidup. hihihi.. syieda sampai sekarang masih belom dapat pegang duit kertas RM20 tu. hukhuk..

  17. Sy dah agak dah hal mcm ni akan berlakum.bila tgk saiz n berat duit syiling yg berbeza dgn yg lama pasti memberi masalah bila nak guna vending machine..kdg terpikir jgk..adakah brg yg bernilai rm0.20 perlu dibayar dgn duit rm0.50 jika diukur mengikut berat syiling? Kalau begini, harga terus jadi meningkat.

  18. Johny rasa lama lama barang semua harga genap seringit 2 ringgit parking minima seringgit naik bas tak ada sen sen dah semua main seringit dua ringit air pun dah jadi 2 ringgit air kosong seringgit sekrang nie pun dah kurang tepon awam mesin parking pun sok sok mainringgit ringgit jer

  19. Tak boleh kak. saiz duit tu tak sama syiling sekarang. mesin takleh baca nilai nya. tunggu mesin baru…:)

  20. saiz dah berubah, kadang-kadang terkeliru gak…tambah duit 50 sen tue…kecik sangat…main seluk poket ingatkan 20 sen..

    dan ada juga peniaga yang masih kurang arif dengan syiling baru nie…same issue, dia pun pening nak terima or pulangkan baki…

  21. sejak daripada diorang umum saya dah tak setuju. saiz dah berubah. maka memang saya dah fikir, mesin autoteller akan ada masalah.

    berapa tahun diorang jangka SEMUA duit syiling lama dalam edaran akan tukar kepada syiling baru? 3 tahun? maaf saya rasa akan lama dari itu.

    ada mesin tak mahu terima dua dua terus. ima baru waima lama. lagi gila.
    standard saiz duit syiling tu dari dulu sama je. corak baru corak lama je. aleh2 saiz ditukarnya. design… ah malas cakap

    ok cukup masin dah :p kalau tak jadi entri
    Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..laman ini dalam pemindahanMy Profile

    1. kan…………. kita ada ckp kt twitter , kan.

      sebenarnya ada juga fikir macam tu… banyak benda lain yang akan terjejas kerana pertukaran bentuk , saiz dan berat tapi tak mengalami sendiri.

      sebulan dua tu syiling belum menyeluruh dalam pasaran…sekarang ni dah banyak syiling baru.
      contoh yang kak jie alami sendiri…………….dalam rm2, hanya 30 sen saja syiling lama.

      so… akan ada tender baru untuk supply mesin baru ke…hehehehe
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..UPU Fasa 2 : Parlimen P094 Hulu Selangor Tiada Dalam SistemMy Profile

      1. setakat ni saya masih terima majoritinya duit lama haha. even di pasaraya. mungkin tempat saya aura benda tu tak sampai lagi kot.

        ps yang dalam simpanan, bawah bantal, celah kapet tu macam mana nak tukar?

        pernah tak diorang terfikir walaupun sekali, perubahan saiz akan menyebabkan orang yang tidak nampak (buta) akan keliru dengan praktis yang mereka guna selama ini?

        owh mungkin orang buta akan guna eDuit kot.
        Jom terjah post menarik dari Syafiq Лomoтехн ..Kalau Kene Dekat Orang Lain?My Profile

  22. Benda baru, biasalah tu kak. Dia punya changeover lambat sikit. Dekat KL ni pun, tak semua TVM yang dah support duit baru, even TVM untuk LRT or KTM tu still guna duit lama.

    Btw, respek dekat MBPJ, semua TVM untuk parking diorang dah compatible dengan duit syiling baru tu.
    Jom terjah post menarik dari Omar ..Pandangan Pertama Windows 8 Consumer PreviewMy Profile

    1. kadang kadang atau selalunya – cuak juga nak masukkan syiling dalam mesin, nak nak time kita ada syiling cukup cukup je…

      selalu berlaku mesin yang rosak, telan duit…udah lah itu je syiling yang kita ada.

      biasanya kak jie akan masukkan syiling yang nilainya lebih kecil…masukkan yang 10 sen dulu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Gambar Pertama Kali Keluar Di Blog Kujie2My Profile

  23. Tapi memang dah dengar banyak cerita pasal duit syiling baru ni memang tak diterima hampir semua jenis mesin. Kadang-kadang, kita tak faham apa tujuan diorg nak tukar duit baru, tukar saiz duit tapi macam tak fikir implikasinya…macam kerja sekerat jalan kan? kan? kan?

  24. alahai… malangnye nasib.. nekad je tinggal.. besok kalau kene saman.. jangan lupe ajak saya pegi hempuk pejabat majlis perbandaran ye.. hahaha.. saje kasik tambah kicap kat situ kan.

        1. kena pasti kenapa di keluarkan mata wang baru…
          * mengelak dari duit palsu yg berluasa di pasaran.

Comments are closed.