Bayar Deposit Proton Saga FL Hasil Iklan Innity
Isu Semasa

Bayar Deposit Proton Saga FL Hasil Iklan Innity

“Ambil yg mana?”
Paling mahal – auto metalic Cafe Latte
“Hadiah dari abg utk sayang”
“Deposit nak guna duit dari iklan kat blog”
“Deposit jer, yg lain guna duit abg…ooo nak kredit juga yer”

* macam SMS  dengan suger daddy je…seketul International SMS tu RM 0.50 …. patut kalau SMS mahal , taiplah satu entri blog! :lol: Tadi dah keluarkan RM500 dari akaun Innity untuk deposit Proton Saga FL.

Saya suka warna ni – Cafe Latte. Carian kat google image, keluar secawan kopi susu.  Nampak manis.  Proton Saga FL dikeluarkan dengan warna Cafe Latte dan Blue Rock .

Dua tiga hari lepas, kami berwindow shopping lagi, window shopping jarak jauh melalui talian. Saya memang dalam perancangan nak beli kereta baru. Rancangnya waktu suami balik Malaysia Jun lepas, tetapi tak sempat nak uruskan, dah kena panggil balik ke sana lebih awal.

Berkenan sungguh encik suami dengan Proton Inspira. Rasanya semua orang pun suka dengan kembar Lancer tu.  Kalau nak beli tu boleh tetapi bila dah tua² macam ni, keperluan kereta hanya sekadar kenderaan.  Tak perlu berkereta luxury kalau yang sederhana sudah cukup. Anak-anak membesar perlukan lebih perbelanjaan masa depan.

Along di kolej tu , yuran pengajian untuk 2 setengah tahun RM 21K tidak termasuk kos sara diri , penginapan, pengangkutan dan kos itu ini begitu begini.

Angah tahun 2011 nak ambil SPM. Tahun 2012 mungkin akan ke IPT. Memang ada pinjaman tetapi sebagai ibubapa menjadi tanggungjawap kita untuk menyediakan keperluan anak².

Takut nak ambil pinjaman pengajian sekarang ni – umur 18 tahun dah dibebani dengan hutang. Bila dah kerja berhutang beli kereta dan rumah pula.

Internet di Algeria yang semput kesejukan ditimpa salji menyebabkan suami tak dapat nak akses laman web proton edar yang berat loadingnya. Jadi saya terpaksalah share gambar-gambar Proton Saga FL di sini.

Saya suka Proton Saga FL yang baru dilancarkan – sesuailah untuk kehidupan kami yang serba sederhana ni. Keselesaan kereta bukan terletak pada jenama atau reka bentuk tetapi pada 4 biji tayar yang berbentuk bulat! Kan? Bayangkan tayar tu empat segi…selesa tak?

Seperti biasa, kalau bab kereta mesti rujuk laman web paultan.org. Segala maklumat terkini mengenai kereta boleh didapati dengan mudah. Kemudian saya cari info dari laman web proton edar.  Tapi pening juga baca banyak sangat komen dari forumer yang serb bijak pandai…. ♫ ku jadi keliru……♫

Saga Facelift (FL) adalah produk dari keluaran Proton Base Line Model (BLM) atau Model Gantian Saga.

Cermin sisi yang dilengkapi dengan lampu LED sebagai pemberi isyarat haluan dan pemantul belakang.

Harga Proton Saga FL

1.3 Standard M/T         RM37,998
1.3 Standard A/T         RM40,998
1.3 Executive M/T        RM40,698
1.3 Executive A/T         RM43,298

kredit : www.paultan.org & www.proton-edar.com.my

© kujie – sekarang memandu Pajero – gedabak untuk berdua dengan Intan.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

37 thoughts on “Bayar Deposit Proton Saga FL Hasil Iklan Innity

  1. Rasa tertinggal sungguh setelah lama meninggalkan Malaysia buat sementara sehingga taktak tau pulak Proton dah lancar Saga FL. Memang nampak menarik sungguh.
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..10 terkaya Indonesia 2010My Profile

  2. Saya pun nak booking sebuah hari ni … Alhamdulillah dapat bonus sikit dari Score-A Programme.
    Jom terjah post menarik dari Kuwi ..HomeMy Profile

  3. Mmg lawa BLM baru nie…yg penting praktikal & ekonomi..Kereta tahun baru nie Kak G…jgn tak beli pulak…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..CAR ALARMSMy Profile

  4. Eh. tersilap la plakkk..innity..kuikuikui…mintak izin nak termalu jap 😳 ….ooo…Kira Innity lebih best la erk. Hmmm…baru tahu ni..2 bulan 500…..2 bulan. Dah baper bulan buat Innity…hehehe…korek korek :mrgreen:

  5. kalau nak tunggu nuffnang….. nak dptkan rm 500 deposit tak pasti berapa bulan….dgn innity rm 500 tu tak sampai 2 bulan kumpul 😆

  6. guna duit dari nufnangggg…sah sah masyukkkk niiii….Hm…Lawa la kereta ni. Yang penting. Malaysia sendiri punya design. hehe

Comments are closed.