Semalam ikut suami pergi site di Hospital Tanjong Karang.
Saya bersarapan makan tengahari di Tanjong Karang dengan soto, pecal, nasi lemak, meehun sup dan sate kerang. Makan kerang…sebab itulah semalam mabuk laut….. gatal ! Gerai² ini hanya di buka Sabtu & Ahad . Kak Jie tak de nombor Izzah, kalau tidak boleh kita berhavoc kat pekan Tanjong Karang semalam.
Perjalanan balik singgah di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Dah lebih 10 kali saya datang sini. Dulu² boleh bawa kereta sendiri memandu hingga ke atas puncak tapi sekarang hanya dengan trem.
Suami ada urusan dengan abang ipar di Kuala selangor, jadi saya temankan anak² menjelajah.
Nak tahu sejarah asal usul nama negeri Selangor?
Kalau yang rabun tak dapat baca dari gambar tu..mari saya cerita serba ringkas versi nasi tambah.
Nama Selangor adalah sempena dari nama Sungai Selangor. Perkataan Selangor wujud dari beberapa kisah antaranya :
Nama Selangor berasal dari seekor langau ( sejenis serangga merupai lalat tetapi berwarna hijau). Kisahnya bermula apabila seorang pahlawan dan pengikutnya dari Melaka dalam perjalanan ke utara berehat di tepi sungai. Belum sempat beliau melelapkan mata, seekor langau telah hinggap dihidungkan dan kerana marahkan langau, dia menampar sekuat hari langau tersebut.
Tapi langau tak mati pun..malah boleh terbang sambil mengejek² sang pahlawan tersebut yang sedang menahan sakit yang amat sangat. Bayangkan macam hidung si kucing Tom yang membengkak lepas kena ketuk dengan tikus Jerry. Toing…..toing…berpinaulah pahlawan tersebut kerana selama ini dia tidak pernah dikalahkan. Tercalarlah ego seorang pahlawan.
Tersungkurnya seorang pahlawan ditangan seekor langau. Atas sebab itu, pahlawan tersebut memerintahkan pengikutnya terus tinggal dan menerokai kawasan tersebut dan diberi nama Se-langau dan kemudian menjadi Selangor.
Kisah kedua…Nama Selangor berasal dari Pokok Mentangau ( rujuk gambar ) yang banyak terdapat di pinggir Sungai Selangor sehingga pedadang² menyebut Kuala Mentangau kemudian menjadi Kuala Selangau dan Kuala Selangor.
Kisag ketiga – Perkataan Selangor berasal dari perkataan Salang dan Jemur. Dulu-dulu kawasan ini dijadikan tempat penyiksaan para penderhaka yang disalang dan dijemur hingga mati.
Dalam buku sejarah yang ditulis oleh orang² Portugis, Belanda dan Inggeris nama Selangor ditulis sebagai Salengor, Solongor, Sorlangar, Sara Hongar ( Barbosa 1516 ), Chalangor , Charanguror dan Challongor ( New Bold 1839) mengikut catatan peta di British Museum , London.
Andai kumiliki semalam
Dan bisa aku ubah menjadi esok
Takkan kuubah apapun
Kerna aku tahu engkau tetap indah
Tanpa sempadan masa
Aku bahagia seadanya
Search – Andai Kumiliki Semalam
Sy duduk Klang dr kecil. Tahun ni baru 1st time pergi sana.huhuhu
wah, ni kampung saya ni kak jie.. semua monyet-monyet tu sangat mesra.. dulu masa boleh drive, selalu pergi. tapi sekarang kena naik trem, lama dah tak singgah. Arwah bapa saya suke ke sini, dia kata tenang melihat keindahan alam dr atas bukit melawati tue. Selamat Datang ke Kuala Selangor! hehehe
monyet2 dkt bukit malawati tu mcm2 spesis adew……. 😀 😀 😀
sangat geram dengan itu cendoll lorhhh
Richies last blog post..Panduan Cinta Untuk Wanita
@Richie, ………..bermimpilah dulu 😆
eh.sedapnye cendol.dah lama aku tak g bukit Malawati.dulu time kecik2 slalu g dgn abang aku.
ilhamputras last blog post..aku dan kebuntuan? masalah melanda
@ilhamputra, pergilah skrg…tgok perbezaannya…
terimakasih singgah blog kak jie 😆
Pernah pergi sekali.. satu masa dahulu.. tapi tak teroka abis…Pada pendapatan K. Jie, tempat ni menarik ke, atau menarik sangat-sangat… bagi ler rating sikit..
samdaddycools last blog post..Youtube Gambar Fasha Sandha mandi
@samdaddycool, lawatan setengah hari boleh…. setakat tengok monyet…tapi kalau kak jie dan anak2 yang minat membaca dan terokai muzium..satu hari pun tak kisah
rating… sebanyak dapat dipandang bintang dilangit
@Kujie, dah lama tak pergi muzium.
…Banyak sunggOh rating K. Jie tu!!!! 😯
samdaddycools last blog post..Sensasi Fasha Sandha di Youtube
Kak Long tak pernah lak makan sate kerang. Tapi pandang gambar kat entri ni je, dah terliur dibuatnya.
Kak Longs last blog post..Biarkan ia berkembang
@Kak Long, kak jie pun pertama kali gak tu
sampai lupa kaki dok sakit…mlm tu mabuk
gatal2…..sakan!
cendol tu nampak sodap…slurppp…
tempat ni yang ada kediaman rasmi menteri besaQ tu kah kah kak jie? kalau ya pernah lah pi masa darjah 6, rombongan sekolah. makan tengah hari kat umah menteri tu… dayang2 dia ja yg layan 🙄 Kalau tak betoi, komen ni terpaksa di abaikan 😆
@iza, erk..tempat lain kot..kt situ penduduknya hanyaalah encik monyet saja…
he he ..tp mgkn masa iza p tu thn 1840 kot 😆
Teori pertama tu rasanya yang tepat sebab yang lain-lain tu, lame bebenor bunyinya. Tambah Salang dan Jemur tu. Macam mana boleh jadi Selangor? Patutnya, Sajemur ler… Sajemor… huhu… sedap lagi SeLangau. S-E-L-A-N-G-A-U. Selangau… dah aku tak leh berhenti sebut selangau dah… huhu…
ODs last blog post..Selamat Hari Jadi Bonda – 11 April 2009
@OD,
tak der lah tak logiknya…
hehehe
sebabkan manusia dulu, kini dan selamanya mengalami evolusi….mungkin juga lidah dia org terkehel ke apa ke, kaedah menulisk ke hapa ke….. lalu terjadilah perkataan…
Salang dan Jemur menjadi Selangor lepas tu……hehehhe
psst: katanya bahasa melayu sentiasa berkembang dan berevolusi, jadi teori itu juga diguna pakai..
cuma ada sesetengah pihak kat mana entah di negeri antah berantah ini, yg tidak yakin langsung dgn bahasa Melayu boleh disyumulkan semula lalu kembali menjadi bahasa lingua franca… wakakaka
mazas last blog post..Nada Tak Sekata
@maza, tu salah seorang pejuang bahasa dan bangsa dh dtg bagi penerangan..terimakasih ye maza 😆
@Kujie,
den sebonar eh, bukanlah pejuang bahaso yg tulen … tapi memang cintokan bahaso melayu nie ha, walaupun kekadang lidah den berbolit2 menyebut eh, kekadan terpakso gak lah belek kamus tu ha…….heheheh
erk! tapi yg pasti den nie kaki sakat kat blog ekau nie ha…..
wakakakkaka
psstt: sapor raso tahan bebonar, kato org dah ampuh gitewww.. boleh ler singgah ke rumah maza di alamat http://www.mazaaida.blogspot.com
hehehhe
(psst: tumpang promosi jerk)
hgehehhehee
mazas last blog post..Nada Tak Sekata
wah sikit punya dearing nampak…..makan pun kemain sedap lagi hang yea..
huhuhu
che pernah sampai kat Kuala Selangor ni.. dan sempat menyelusuri sungai Selangor sambil melihat kunang2 di malam hari bersama beberapa pengiring bidadari..
Ada cerita di sebalik sungai Selangor yg besar itu….
kisahnya ada tercatat di sini …
http://mazaaida.blog.friendster.com/2008/05/kuala-selangor/
senang2 jom ler ke situ.
(uiks! che baru perasan. hang pun dok sama promosikan zoom malaysia…hehehe baguis la ni hang……..hehehhehe)
@,
walamak ehh……tuan tanah…..sorry…..terlupa nak letakkan namo den tu ha… (anonymous pado maza)
huhuhuhu
mazas last blog post..Nada Tak Sekata
@maza, Ish..!!
Pokcik ni sengaja buat2 lupa !!
Dia tengah merempit la tu… konon2 nak jadi pengomel terhangat !! 👿
Ties last blog post..Orang Kuat
@Tie,
uiks….
tak perasan lah pulak niat di hati tadi nak merempit menjuarai carta pengomel tercomel dua bulan berturut2…….wakakakkaa
mazas last blog post..Nada Tak Sekata
@, maza…sebenarnya mmg ada byk entri mengenai cuti-cuti malaysia….ada byk gambar…..msh dlm simpanan…tp entri2 lama dah ada.
kuala selangor tu dlm laluan kami blk kg…..sabak bernak
abg ipar pun duduk kat kuala selangor, dia ada kilang IKS kat belakang komplek PKNS……yg tercerok tu….jln msk kat tepi balai polis.
korang rempit ikut suka hati…..tak de road block sini
kalau guna anonymouse….tak msk dlm list dia tie
aiseehhhh, tk roger2 kami pun. hehe..
ada cuba nasi ayam restoran bagan yg terkenal tuh?. betul2 dpn bukit kt sblh mesjid. 🙂
@cikgu jawe, alaaaaaaaaa cikgu org sana…pejam mata je tak nampak pun bukit tu
Aderrk…..! Tak pernah jumpa satay kerang ni…..
Rasa macam mana ek ?
Satu lagi……penduduk tetap bukit melawati tu tak gigit orang ke ?? Takut laa…. hu hu..
Ties last blog post..Orang Kuat
@Tie,
rasanya macam rasa tupai dicicah dengan budu…..
wakakakkaa
mazas last blog post..Nada Tak Sekata
@maza,
Ooiitt !! Tie tak makan budu ! Tupai pun Tie tak pernah makan….. erk….rasa macam mana ek ??
Ties last blog post..Orang Kuat
@Tie,
rasanya macam kerang jugak….cuma kerang itu dibakar dgn bara api….mcam satay gak…
sesetengah tempat di goreng kerang itu berbanding dibakar..
kemudian ia dicelup dgn macam sira sambal gak ler atau sambal kacang….hehhhehe
mazas last blog post..Nada Tak Sekata
huhuh ada peminat search dikesan disini ya haaa klasik lagu tu
twenty-sixs last blog post..Download Marilyn Manson The High End of Low
@twenty-six, kak jie hidup zaman rock kapak 😆
owh selangor tu asalnye se-langau eik… 🙄
entri ni menarik… ada info yg kite kurang tau…
manjes last blog post..Melakar kekalahan…
@manje, kak jie malu nk buat entri ‘kosong’
mcm membebel di angin lalu 😆
pergh satay kerang. kene try neyhh
@ubey, try jgn tak try….. sedap juga
1st time rasa
waa best best… kalau ada peluang nak pergi gak la… sedapnya sate kerang… tak pernah makan lagi…
Adrys last blog post..ABPBH Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008
@Adry, bile nak turun Kl adry
Langau asalnya, patut lah ramai yang menghurung, termasuk lah mcm saya yang sesat dari N.9 ni. tapi bpk org Selangor, kira ke? Masuk setengah lah ya? selalu masuk suku org N.9 ni
kruel74s last blog post..Men are more trusting of women than women are of men…
@kruel74, sama lah kita….
tapi kita yg langau ke…negeri ni yg langau
hahahaha
Jie, terliur tengok cendol.
abgputras last blog post..The Web is not ready for Chrome yet!
@abgputra, kena pula tgh panas terik………..sejuk je turun kt leher
cerita mana satu yang betul agaknya ye..
nuaemans last blog post..Senarai Program “Paid to Blog” yang mesti disertai
@nuaeman, semua tu la kot..sbb tu dicatat secara rasmi dlm muzium…rasanya itu pun dah ditapis
kalau tak..ada 1001 kisah
“Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia.” (Al-Anfaal 8:74)
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq
@fuad, terimakasih…. tapi lebih manis kalau komen mengenai entri saya…bukan spam setiap entri saya dgn copy paste spt ini
Se langau?? hehehehe..mcm busyuk jer asal usul Selangor nihh..
Agaknya langau tu dah pindah mai Klang kut..patutla banyak gagak..
sallys last blog post..Bingung aku!
@sally, he he he…. lalat aka langau ni agak sensitif dlm dunia blog …fofuler
hehe selangau?
bunyi pun mcm sengau ja! hahaha
err sate kerang?
sedapkah?
:p
yonnas last blog post..berehat sebentar 😀
@yonna, pertama kali juga mkn sate kerang
tu yg telan sampai 28 cucuk
mlm tadi…mengatal sakan la….
ooh, macam gitu kisahnya 🙂
@Mak Su, saya pun pertama kali juga tau..tu yg xcited nak share dgn kawan2
tak pernah sampai la ke bukit melawati, Sara Hongar…;)
Lan Bingkas last blog post..PC Fair 2009
@Lan Bingka, Sara Hongar tu….
dapat beli ikan kat Pasir Penambang pun ok juga
pergh…
nmpk sdap je cendol kt atas tu…
nsb bek jauh..
kalu x, sure ptg ni nk pekena satu…
hohohoho…
GeNeRaSi MaLaYSias last blog post..Perlumbaan..
@GeNeRaSi MaLaYSia, cendol tu mudah kot nk jumpa
sate kerang tu yg susah sikit…
owh, inilah tempat yang buat mama ‘mabuk’. 😆
bai sendiri pon baru tahu asal usul nama selangor.
nama je dok selangor bertahun².hehe..
tapi kod kat IC KL. 😀
fiezabaiduris last blog post..Forward email – Ayahku dan si"dia"
@fiezabaiduri, hehehehe…entri mabuk tu ramai yg mabuk sama 🙄
mmg….ramai yg tatau