Tambatan D’raja Dan Menara Tinjau
Percutian

Tambatan D’raja Dan Menara Tinjau

lokasi tambatan diraya kota bharu

Kami sekeluarga anak beranak memang peminat muzium, tidak pernah melepaskan peluang menjejak muzium kalau berkesempatan. Kesempatan singgah di Kota Bharu sempena cuti raya baru-baru ini,  kami juga  merancang untuk melawat salah satu daripada 6 muzium yang terdapat di bandar Kota Bharu.

Jadual yang singkat kerana kami juga mengunjungi rumah seorang rakan blogger saya di Pasir Mas dan rakan sekerja suami di Ketereh. Itupun ada seorang rakan blogger yang merajuk kerana saya tak beritahu dah sampai Kelantan.

Jangan risau, saya pasti akan ke Kelantan lagi kerana kami hanya berpeluang melawat Muzium Perang . Muzium Negeri , Muzium Kraftangan, Muzium Islan, Muzium Adat Istiadat dan Muzium Diraya belum berkesempatan singgah lagi.

Dua kali kami mengelilingi bandar Kota Bharu untuk mencari lokasi Muzium Perang. Kali ke-2, kami singgah di Tambatan D’raja di pesisir Sungai Kelantan untuk bertanya arah kepada seseorang.

Malu bertanya sesat jalan… hiks!

Tambatan diRaja Kota Bharu

Dari jauh ternampak seseorang dengan tenang sedang memancing di Tambatan D’raja.

” tuuuu……. itu bangunan muzium. Encik terus saja…” Rupanya bangunan Muzium Perang tidaklah jauh cuma kami tersalah belok ke kiri.

Menara Tinjau Tambatan Diraja

Bersebelahan Tambatan D’raja  adalah Menara Jam Tambatan D’raja atau dikenali sebagai Menara Tinjau Tambatan D’raja.

Kalau musim tengkujuh, kerap saya mendengar mengenai Tambatan D’raja kerana lokasi ini adalah salah satu tempat menyukat paras air sungai untuk memberi amaran kepada penduduk mengenai banjir.

sukat air tambatan diraja

Paras air di Tambatan D’raja Kota Bharu meningkat melebihi paras amaran… !  Model penyukat paras air banjir..hihi

Entri akan datang kita melawat Muzium Perang pula ye…

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

21 thoughts on “Tambatan D’raja Dan Menara Tinjau

  1. ya…ya…sy pernah pergi kat sini..memang sedap dan indah..tenang jer fikiran bila melihat tambatan ni..rasa megah bila berada dibawah ni..tapi syg sy bukan warga kelantan..warga terengganu..terengganu pun hebat juga..hehe

  2. Assalamualaikum,
    Panjat tak menara tinjau tambatan di raja tu? Bayaran masuk RM1 je…boleh lihat sebahagian pemandangan KB

  3. Tambatan diraja biasanya akan tenggelam setiap kali banjir melanda Kelantan biarpun tiada hujan di kawasan Kota Bharu. Betul spt kata sdr Maza, tambatan diraja dahulunya digunakan sbg jeti utk kapal/perahu diraja berlabuh.

    1. perkataan ‘ tidak boleh ada pada url permalink, nanti dia jadi $%^&# sebab tu tajuk ada D’raja dan url letak Diraja 🙂

  4. Sangat menyenangkan bisa sering bepergian seperti anda,, dan selalulah bagikan pengalaman menarik ke semua pembaca anda

  5. nama Tambatan Diraja adalah sempena lokasi tersebut dahulunya menjadi tempat berlabuh kapal atau perahu raja untuk naik dan turun ke darat.

    Sekarang jadi pusat pelancongan selain tempat menyukat banjir….

    hehehe

  6. saper la yer blogger yang merajuk tu yer hehe, tambatan diraja tu kalau musim banjir jadi pesta kat situ

    em lagi satu muzium kat situ dekat2 je, muzium perang, muzium bank kerapu 🙂

    1. mmg kami pergi muzium perang..tu entri bulan depan…
      cuti sehari, bahan utk entri sebulan..kehkeh

      p/s – kak jie call korang nyenyak tido dah

      1. hahaha sorry kakjie, malam tu dr kelantan ke labis, johor…jln jem dkt kelantan 2 jam sblm nak ke terangganu, siap tidor dkt petronas muadzam shah hampir sejam, sampai labis 5.30 pg, lepas tu tidor bangun pukul 3 ptg hehe mmg tak dgr la callnya

Comments are closed.