Urusan nikah kahwin kenduri kendara kedua – dua belah pihak sudah pun selesai dengan selamatnya.
Hari ini saya dan intan mengikut suami pulang ke Hulu Terengganu ( Tasik Kenyir ) habiskan cuti sekolah sebelum balik dengan bas ke KL.
Selepas perjalanan180KM melalui Lebuh Raya Timur Barat di Gerik, kami berhenti makan tengahari nasi kukus yang keras tak cukup air di Jeli.
Ini sebahagian gambar sepanjang perjalanan tersebut.
Selamat tinggal Baling!
Memasuki Lebuh Raya Timur Barat di Gerik.
Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat. Ada kisah menarik di sini. Saya akan tulis entri kemudian.
Lebuh Raya Timur Barat dihubungkan oleh dua jambatan yang melintasi Pulau Banding.
Spillway Empangan Pergau.
Selamat datang ke Jeli.
Bandar Jeli.
Kami akan meneruskan perjalanan ke Tasik Kenyir melalui Dabong.
Capaian internet akan terputus sepenuhnya apabila berada di tengah belantara Hulu Terengganu.
Rindunya dengan blog! Ada typo abaikan ye… saya menaip dari S3 sementara suami memandu ditemani lagu-lagu siam dari siaran radio Thailand!
Wah di gunungnya ada tulisannya, sudah seperti hollywood
thanks buat sharingnya
Perjalanan pulang sempat lagi buat aktivti cuci mata..hehe
saya belum pernah lalui tempat begini…cantiknya….
seronok jalan-jalan begini..
berbagai jalan dan medan dah dilalui dan semua tinggal menjadi kenangan manis..
selalu tengok je tugu tu
tak tahu pulak ada ceritanya..tapi mestilah ada cerita di setiap tugu peringatan kan?hehe
foto yang sangat indah
Pergau… penuh kontravesi…
Beberapa kali dok lalu jalan ni asik tdo je. Cantik rupanya view sepanjang jalan ni.
Rentas timur dan barat. Tentunya perjalanan yang menarik..
Semoga selamat dalam perjalanan. Keindahan alam akan dirasai jika dihayati. Subhanallah!
senengnya berlibur.. bisa nyantai sepuasnya..hehe
balik nanti mesti lebih banyak moment dan picture indah bisa disharekan
Gambar last sekali tu lawa.. Kadang2 bila kita berjalan ni kita x sedar pun masa berlalu sebb asyik sangat tgk pemandangan yang cantik! Best 🙂
Wah , menarik-ii . ^^ . Rabu ni baru je balik dari kuala terengganu ..
selamat bercuti utk kak jie sekeluarga…moga lebih byk momento indah di tasik kenyir dan sepanjang perjalanan 🙂
dekat nye…. hanya sekali baling dah sampai….
tenggelam timbul-tenggelam timbul acik ni ye. hehehe bile balik ke kl tu?
p/s: sempat usha BW, mujur kaler hijau same dengan tema header. kekeke..
semoga selamat perjalanan!
tenangnya suasana
miss so much Lebuhraya Timur-Barat ni. Dah lama tak lalu. Dulu masa belajar kat Sintok,Kedah, adakalanya memang akan pilih jalan ni nak balik Pahang kalau mak abah ambik saya pakai kereta. Kalau balik naik bas, biasanya ikut Perak,KL,Pahang ikut tol. Balik ikut kereta,memang lalu highway Timur-Barat. Sebab nak elak tol kat PLUS. Tapi jauh ya amat,macam merentas Semenanjung Malaysia. ..:)
lama dah tak lalu jalan ni..dulu masa belajar..selalu lalu lebuh raya ni..
nasi kukus keras tu konfem memotong selera melahap sebab disebutkan sekali tak cukup air. nampak frust disitu.. :p
lama sudah tak lalu jalanraya itu…
selamat bercuti kakjie sefamili
Last aina guna jalan ni zaman belajar kat Besut dulu2, dah hampir 15 tahun tak lalu jalan tu. Khabarnya lebuhraya Timur-Barat kaian selesa.
Belum pernah lagi saya menggunakan lebuh raya timur barat ini. Pemandangan indah.
cantiknya langit,, seronok tengok pemandangan tuh
Selamat bercuti kak jie..jangan lupa bawa balik ole2 untuk eyriqazz..hihihihi….
SEeronoknya berjalan kak jie.hUtan pun hutan la janji puas berjalan dengan family..kan,,..hehe
Baru semalam angah lalu kat sini..tapi masa lalu tu malam..gelap gelita tak nampak apa..ada jugak perasan Tugu Peringatan Lebuh Raya Timur Barat kat tepi jalan tu..
Dah rancang dah…lepas ni kalau nak lalu, kena lalu waktu siang cerah terang benderang..baru nampak klea..
siaran radio ThailanD ? sawadekap…
Semoga selamat sampai kak…seronok tu dapat jalan2 😀
Amiin.. selamat sampai tujuan.. 😀
“..nasi kukus yang keras tak cukup air di Jeli…”
resepi terkini tu
Kehijuan dan kebiruan memikat hati serta mendamaikan. Boleh bayang kesejukkan air diwaktu pagi sehingga mencengkam tulang.