Kami sampai ke Padang Besar lebih kurang 2 petang selepas mendaftar di homestay di Kuala Nerang.
Selesai kempiskan beg duit , recharge tenaga dengan Pulut Ayam yang menjadi Brand Padang Besar. Sebelum ini hanya mendengar cerita dari orang tentang sedapnya pulut ayam, tak terfikir macam mana rasa dan rupa.
Wow! Memang sedap. Mesti cuba. Pulut, ayamg goreng, bawang goreng dan sos dengan harga RM 4.50
Selain Pulut Ayam, Pulut Durian pun sedap dengan harga Rm 7
Akhir sekali, kami mencuba Pulut Mangga . Harganya Rm4
Semualah sedap… Pulut kat sini sedap, saya beli beras pulut 2 kilo.
Posted with WordPress for BlackBerry.
gulp..!
teringat pulak..
mmg betul..pulut kat sana sdp kan..
Pasti sedap sekali…
Membuat saya jadi laper nie
pulut manga. wahh, lama tak makan ni..
Berbanding makan pulut durian, saya labih suka makan pulut dengan serawa… hehe (^_^)
Tapi pulut ayam tu memang rasa nak kena pi cari ke sana tu.. huhuhu
Jarang makan pulut berlauk camnie…. kak jie dah kasi idea baru untuk saya buat slot HAZMAN vs FOOD laa… thanks…. biasanya orang cakap makan pulut nie cepat rasa ngantuk….
..tengok lama-lama, terasa mau makan pulak.
Dah tengok pun rase terliur…lapar tiba2 je rase…ha3
menariknya kerana ini kali pertama jumpa pulut ayam
puluh pansuh lagi sedap kak jie..nak try ???
mana nak cari?
beli online ada tak ? hihi
pulut durian,pulut mangga dah try.. panas badan balik kampus.. kitorang ada program kat sane.. balik2 sume demam gara2 pulut.. 😆
pulut dia sedap…. wangi! kami anak beranak mmg kaki pulut
nak nak dengan durian…
bukan setakat wangi. besar2 kalah beras. masa saya makan pelik betul tengok pulut besar camni. tapi memang sedap,tak macam pulut2 biasa…
Jauh betul Homestay.. dari Kedah sampai Pdng Besar.
Dalam 3 pulut , terliur sekali tengok pulut durian tu.hehe
sempadan kedah dgn sempadan perlis bukan jauhhh…lagi pun dah alang2 kat sana. kalau nak ikut jauh , jauh lagi perjalanan kami pergi sana – 400+ km lebih tu
Saya lebih suka Pulut Mangga berbanding pulut ayam !
ada kuah santan lemak berkrim, kan
Rasanya itu petuanya kan kak 🙂
SMTI..:-)
bagi peminat pulut macam saya ni apa pulut pun semuanya sedap belaka..
walaupun hanya pulut dengan kicap pun memang menyelerakan..
samalah…kalau pulut sambal bilis tu memang selalu masak, anak2 suka
ini pertama kali makan pulut kat sempadan….pulut dia sedap
jenis kot….gred A
pulut ayam tak pernah rasa tapi pulut mangga memang sedap. dapat lagi mangga manis ranum.
sebelum ini ada kawan yang bercerita pasal pulut ayam ni…dan syukur sebab kami singgah di gerai yang betul…dapat merasa
Assalamualaikum,
Pulut mangga…masih terkonang2 tak sempat belasah kat Bangkok dulu…bila balik makan sini, rasa macam tak puas, mungkin sebab mangga tak manis sangat kot. Kena pergi Perlis jugak ke baru puas hati?
Waalaikumsalam
pulut mangga tu bergantung pada jenis mangga, kan… lemak berkrim saja
durian , sebab diluar musim jadi berganda-ganda rasa sedapnya tu…
perlis bukan jauh pun….kalau dah teringin nak makan pulut mangga tu , apa salahlah…lagi pun boleh buat aktiviti lain…membeli belah :p
Adeh kak ujie..saya tak jumpa lagi pulut mangga tu.. Memang teringin sangat..
kedai tepi jalan sekali…yang last
kami kebetulan pergi kedai yang betul… memang melantak
pulut dan mangga..pertama kali makan rumah pak sedara kat perlis..adeh tak boleh telan,tapi sedap…pulut ayam tu mmg tak pernah cuba.
biasa buat juga pulut durian tapi durian tu dibuat bubur..bukan dikopek dan makan fresh mcm ni
yang pulut ayam tu, kali pertama juga jumpa
suka pulut kuning cicah kari.. lama tak makan woooo… hik3
trylah pulut manis – inti kelapa
pulut mangga? err..
sedap tu…cubalah lain kali kalau ada kesempatan
dapatkan jenis mangga yg sedap
Semuanya berasaskan pulut harap tidak badan tidak merasa panas.
kongsi anak beranak tu………… semua jenis yang dijual kat kedai tu kami order
nak merasa….jauh2 pergi , mestilah dapatkan pengalaman baru
wah pulut mangga tu yg sodap tu.huhuhu
kan………. memang sedap… durian pun
tapi di luar musim, agak mahal
tapi berbaloilah sebab dia melancong, kan…kehkeh
saya orang perlis he3 slalu gak makan tanbah2 dengan mempelam harum manis he3
kan………. orang perlis memang biasa
kami yg pertama kali….sedap!
saya suke makan pulot ,tapiii x bole bnyak sakit perot trus hehehe
kalau tak leh makan banyak, kita merasa…. jgnlah merasa pun seperiuk, tu memang cari nahas le tuuuu
saya nak komen benda lain,tpai bila terbaca “Titiplah sebaris kata bukti kehadiranmu ….”
terus larik idea nak komen.puitis sangat.hehe
erk……….. tersentuh pula kak jie dgn komen ni
tapi………… kat dapur ni dah tak de pulut, lain kali ye…hehe
Malangnya…
Saya dah tak boleh makan pulut. Durian pun dah tak boleh sangat.
Sedangkan ini merupakan favorite saya 🙂
ooooooooooo… kalau makan sikit pun ada kesan ke?
tak payah makan, rasa jeeee….
yup memang keistimewaan negeri perlis pulut ayam dan bulan 5-6 pulut harumanis selamat mencuba
pulut dia sedap…mungkin sebab beras pulut yang baik, fresh dan gred A+
kami beli 2 kilo beras pulut..nak try buat sendiri
pulut dgn mangga tue kak gie adoiiii mmg tak tahann tgok
jom kita masak pulut………..
makin lapar perut tgk gambar makanan macam ni….hehe
pulut tak boleh makan kerap2 sgt, sesekali bolehlah..
Assalam…
Memang sedap…
Kalau kempiskan beg duit kat wang kelian, lagi berbaloi-baloi murahnya…
Tak bawak balik harum manis ka?
la ni musim harum manis…
waalaikumsalam
kami pi sini sebab , itu je tempat /nama yang teringat
nak tanya org pun senang
jumpa jpj buat sekatan jalan pun boleh tanya, mana jalan nak pi
aduiii memang nampak sedap lah… pulut ayam belum pernah makan yang biasa dengar pulut ikan masin dan pernah rasa, itu pun sedap….huhu jadi terliur ni…hehe
pulut ikan gelama masam tu……………..aduihhh… nak nak kalau time hujan
memang sedap sgt
saya tengah lapar ni kak jie..hehe
hulur pinggan… kehkeh