Semalam saya dan Intan datang ke Nilai. Kemudian buat kejutan untuk Iza. Kami melawat rumah baru Iza dan bergolek-golek sampai malas nak balik. Akhirnya terus bermalam.
Tumpang gembira dan kagum, awek tu boleh beli rumah rm 180K !
Pagi tadi kami buat lawatan cik kiah ke Putrajaya. Ramainya orang – berbagai jenis pelancung meluangkan masa hujung minggu di Dataran Putra yang sedang dalam proses pembaikan.
Saya pernah melawat dan bersolat di Masjid Putra atau ‘Masjid Pink’ yang terletak di Dataran Putra bersebelahan dengan Pejabat Perdana Menteri dan Tasik Putrajaya.
Untuk kali ini, kami mengambil keputusan untuk ke Masjid Besi kira-kira 2.2 kilometer jaraknya dari Masjid Pink.
Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin atau pun lebih dikenali sebagai ‘Masjid Besi’ dirasmikan oleh DYMM Sultan pada Jumaat 11 Jun 2010 terletak di Presint 3, bersetentangan Istana Kehakiman atau ‘Palace Of Justice’.
Uniknya masjid ini yang pertama kali saya temui adalah ruang solat lelaki dan perempuan tiada sekatan atau mempunyai bidai atau tabir. Solat secara terbuka dengan jemaah lelaki berada di segenap ruang agak kurang selesa, apalagi bila perlu menukar telekung untuk berganti tudung.
Lokasi masjid di tepi Tasik Putrajaya turut dikelilingi kolam air yang sudah tentu menyejukkan dan mendamaikan.
Alhamdulillah, satu lagi pengalaman baru yang berharga hari ini.
Inilah ruang wanita yang mempunyai 2 almari telekung, satu rak penyidai dan satu cermin. *Gambar dari telefon
Dalam perjalanan balik, berlaku satu kejutan ‘nak luruh jantung’ di plaza tol Nilai. Esok saya cerita…nak golek-golek , lepak-lepak dulu. Sekarang masih kat rumah Iza, petang nanti baru nak balik US ( Ulu Selangor ).
nice masjid. tak prnah lagi g sini.. huhu
ada tingkat atas lagi ke kat situ?
tak tau pula…
kebiasaannya yang saya nampak, yang perempuan solat di tingkat atas which is lagi privacy.
selalu nampak makcik2 nenek2 solat jumaat dekat tingkat atas tu.
Gambar yng cantik… 🙄
perkhh.. cantik gambar org tgh duduk santai dan mengadap ke jambatan sana tu.. hehehe.. hebat sehh..
masjid besi tu maza sekadar lalu2 aje, belum berkesempatan menyinggah.. lagi pun besi, kan, takut melecur kulit nanti di tengahari buta gitew.. hehehe
Terima kasih Incik Ijad, Iza dah buang link berkaitan, harap2 warning tu tak muncul lagi. Kat blog Iza memang takdak trafik/kurang sangat sebab “jalan kampung” saja
Terimakasih kerana singgah…jangan serik 😆
Insyaallah
kami kenal rapat, dia pun dah pernah dtg bermalam kat rumah kak jie..jadi memang selesa
masjid besi…jangankan masjid besi pun dah ada..masjid emas pun ada gak…tapi yang betul2 terpesona masjid kubah emas kat Brunei Darussalam…memang terkedu gak tengok keindahan masjid kubah emas… 😆
Kak ipar sulung kita pun duduk kat Bkt Mahkota, Seksyen 6
kolam kat masjid tu dah kotor…
penah pegi sekali masa kawan wife nikah kat sana. kolam tepi masjid tu agak membahayakan coz nampak cam lantai je. ada kes orang termasuk dalam kolam tu.hehehe
kak jie pi nilai 3 ke? umah saya kat bukit mahkota je, dalam 3 minit je ke nilai 3.
Tempoh hari ada nampak Masjid Besi dari tepi jalan semasa ke Cyber Jaya. Ingatkan hendak solat Jumaat disana tapi kawan yang memandu tidak tahu jalan
tol2..memang xde tirai..terkjut gk mula2..hehe..
k.jie xamek gambar kalimah ALLAH yg ada kat syiling ats?
adeih encik ijad, masalah ni
sebab dari komputer Kak Jie tak ada pun warnin tu
semalam update guna laptop dia pun tak ada warning
kenapa takde screen pemisah ya..? segan pula nak buka telekung..
mungkin masalah pemisah bahagian lelaki dan perempuan tu pihak masjid ada jawapannya..
salam kenal.. rajin2, ziarahlah blog hamba (AKU SEBUTIR PASIR) kalau nak baca pengalaman hamba travelling ke 45 buah negara.. 🙂
1km dari rumah saya tu..hehehe
Saya baru nak melawat blog Iza, tapi ada warning “this site may harm your computer”… huhu
*kena bagitau Iza nih.. nanti traffik lari…
mmg mendamaikan kak bila duduk masjid tuh..
rasa angin dtg dari seluruh sudut..hehehe~
klu dapat buat rumah macam tu kan best..
Oh.. pertama kali gak dengar ruang solat masjid terbuka lelaki dan pmpn.. Kalau kat ganu, masjid kristal.. kt putrajaya masjid besi lak.. 🙂
lama dah tak pergi putrajaya.. 😥
salam ziarah
singgah sini dari blog eyriqazz 🙂
Baru je pergi sana tengah hari semalam. Lain kali kita jumpa di tempat lain ya 😎
bergolek2 – malas – tidur sana terus.. hehe.. best jer..
nak torailah cara nie..