Semalam saya ke Tasik Perdana atau Lakes Gardens atau nama barunya Taman Botani Perdana. Tak dirancang pun, kebetulan saya nak ambil barang dari Blogger Blog Orang Dewasa . Dia ada anak kecil , lokasi ini tempat yang paling sesuai nak bawa anak-anak kalau di Kuala Lumpur. Taman Tasik Perdana ada 2 taman permainan kanak-kanak yang besar dan cantik.
Kemudian Blogger Umur 40 pun nak ikut bawa isteri dan anak-anak. Pertama kali jumpa isteri dan anak-anak beliau.
Nak jadi cerita, adik saya dari Tanjung Malim pun turun KL dan ajak jumpa. Sekali harung kami berkumpul. Tak ada syarat apa pun, datang saja bawa perut. Kalau ada rezeki tu adalah minum petang di taman. 🙂
Kami ni mak-mak… biasa kalau keluar bawa anak-anak mestilah nak bawa serba sedikit makanan. Sambil duduk-duduk sembang sembang makan makan makan makan… Bila nak balik, pakat bungkus bawa balik macam bertukar-tukar juadah bulan puasa.
Saya suka mangkuk tingkat ni, sangat praktikal bila nak bawa. Kat kampung saya panggil mangkuk sia ( bunyi se’a )
Mak-mak bawa anak-anak naik tren di Tasik Perdana. Tambang untuk dewasa RM 2 dan kanak-kanak RM 1
Seronok sagat sebab kali terakhir saya masuk ke kawasan Tasik Perdana ni mungkin 21 tahun lepas. Masa baru-baru kahwin. Banyak sangat yang dah berubah. Tak sabar nak ajak suami datang ke sini pula.
Tasik Perdana ini juga lokasi popular kepada pasangan pengantin kerana semalam kami kira ada 8 pasangan pengantin yang buat outdoor photography. Ada macam-macam fesyen dan warna baru – warna merah, kucing, biru dan paling banyak warna turquoise.
Bagi saya Taman Tasik Perdana ini lokasi untuk aktiviti hujung minggu yang murah berdekatan dengan Taman Okid Kuala Lumpur dan Taman Burung Kuala Lumpur.
Taman yang sangat menarik anak-anak dengan aneka permainan yang ada. Memberikan pengalaman yang sangat berkesan dalam memori anak-anak.
macam cantik je baju kahwin warna ‘kucing’ hehehe
Memang seronok makan secara berjemaah. Semuanya jadi sedap. 🙂
Wahhhh.. last pegi Tasik Perdana 20 tahun lepas. Tak de pon tren macam ni. Menarik ni. Bleh bawak anak2 next time.
Kak Jie kali terakhir Aina naik tram pusing2 tasik perdana tambang hanya 50 sen kanak2 dan Rm1 dewasa. Tapi memang best sangat dapat pusing dengan tram anak2 paling teruja. Tak pergi taman kancil dalam kawasan Tasik Perdana kah?
Salam kak Jie…alhamdullilah dapat juga akhirnya berjumpa akak..mmg dah lama nak jumpa:),suka baca blog akak,tp kadang x sempat nak komen sbb busy dgn anak2…insha allah ada masa&umur kita jumpa lagi ya kak…sedap mie kari akak…
seronoknya akak…nak join sekali..hehe
Kadang-kadang aktiviti yang spontan macam nie lebih seronok dan menjadi…. teringat dulu pak sedara penah usik saya suruh eja SIA nie dalam bahasa jawi…..pening kejap…
Bestnya bila ‘piknik’ ngn mak2 ni..mesti ada bekal =)
Terik tak akak? Saya bercadang nak lepak2 di taman. Tapi macam tak kena gaya je dgn cuaca sekarang.
Tasik Perdana ada banyak pokok rimbun
semalam cuaca tak panas, redup aje
Intan juga yang seronok sebab dapat jumpa budak2 kecil kan..
hahahaha…dia seronok naik tren tiket kanak-kanak
sampai 2 kali dia naik.
lagi satu…dok usim amirul azhar sampai kena gigi
tak pernah pula pegi.. tapi nampak meriah tu
Senang ada mangkuk sia ni, boleh gi tapau makan kat kedai
mangkuk sia tu senang nak bawa, rasa mcm kompiden je..
nampak meriah…. eh hidangannya….
Nak balik tg malim pagi nie.. tapi kereta rosak la pula
kereta tu mmg dah waktu dia kena service kot
sesekali nak dimanja
Sekejap sangat rasa semalam, lenkali kena dtg awal sikit boleh melepak lelame hehehe…mee kari sedap, dinner dok pulun mee kari jer dgn anak lelaki.
iye lah..rasa kejap je
tapi bestlah sebab dpt luangkan dgn family naik tren mcm tu
kita kenal family kawan2 kita, senang
memang seronok betoi la semalam. bila boleh melepak dengan kawan-kawan, lepas tu boleh lepas anak main. rasa sungguh selamat dan selesa. tapi dalam tu, dok risau gak si along tu, takut merayap jauh sangat. sekali sekala dok nak kene tengok jugak. tak boleh nak biaq sangat. hahahah taw taw la sapa yang ada anak super aktif.
Along tu cergas bukan main…tak padan baru baik demam
kita kena selalu buat aktivit mcm ni..simple je udah
tak perlu teringt dgn plan plan janji janji….