Dari #SBB2013 Ke Bukit Gambang Waterpark
Percutian

Dari #SBB2013 Ke Bukit Gambang Waterpark

Seperti yang diwar-warkan dalam entri live blogging, saya bercuti bersama keluarga di Bukit Gambang Waterpark. Balik dari majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 di Hotel Singgahsana, terus memandu ke Kuantan berdua dengan Ingan.

Along jemput adik ipar saya sekeluarga dari Melaka di Stesen Bandar Tasik Selatan, kami bertemu di hentian Petronas Bentong dan bergerak bersama-sama. Suami saya bergerak seorang diri dari Hulu Terengganu dan kami bertemu di Kuantan. Mak dan ayah saya memang telah sampai ke Kuantan sejak pagi Jumaat.

Kami bermalam dan hadiri majlis kenduri kahwin adik blogger Hairul Azni. Tentu ramai yang tak tahu, Blogger Hairul Azni adalah sepupu saya. Mak dia dan mak saya adik beradik.

Selepas majlis, kami ke Gambang. Saya dah buat tempahan homestay melalui ibilik.my.  Rumah Semi D dengan harga RM 200 semalam cukup selesa untuk kami 13 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.  Rumah dilengkali set BBQ, dapur , peralatan memasak, pinggang mangkuk, peti sejuk, meja makan, ruang tamu bersofa , TV astro dan tiga bilik tidur berkatil sais queen.

bukit gambang water park

Hari Isnin 28/1/2013 , kami ke Bukit Gambang Waterpark yang terletak kira-kira 1 Kilometer dari homestay.

tiket masuk taman tema gambang

Kami sekeluarga yang teruja nak berkubang. Mak ayah, suami, anak-anak, adik-adik, ipar duai juga anak saudara – 13 dewasa dan 1 kanak-kanak.  Gebu-gebu semua tangan tuuuu…hiks!

gambang waterpark game

Coco Beach – pantai yang berombak.

game di gambang waterpark

Tak ramai orang, kami anak beranak main Family Raft Ride 4 kali.  Pelampung saiz besar ini boleh  muatkan kami sekeluarga.

gambang waterpark

 

Belum nampak lagi, dah dapat dengar jerit pekik keluarga kami.  Dah boleh agak.. ni  mesti dia orang!  Pertama kali naik, saya memang tak buka mata.  Sepanjang laluan yang berlekok dan meluncur laju , saya pejam mata.  Kena ejek dengan anak buah yang berumur 6 tahun… hahaha

gambang theme park

Seronok mandi manda suka gurau senda… orang tak ramai di Coco Beach, boleh mandi sampai kecut.  Masing-masing tunggu ombak yang belum datang.

journey of ice gambang

Puashati kerana dapat main semua game yang disediakan tanpa bersesak-sesak.  Selepas penat , menyusur laluan sungai yang tenang dan berombak .

harga tiket masuk gambang waterpark

 

Harga Tiket Masuk Bukit Gambang Waterpark ( Januari 2013)

  • Desawa RM 23.90
  • Kanak-kanak RM 16.90 ( berumur bawah 12 tahun dan ketinggian dibawah 90cm adalah percuma )

Waktu Operasi Bukit Gambang Waterpark

  • 10.30 pagi hingga 6.30 petang
  • 9.30 pagi hingga 6.30 petang ( cuti sekolah, hujung minggu dan cuti umum)
  • Di tutup setiap hari SELASA kecuali cuti sekolah dan cuti umum

Lokasi Bukit Gambang Waterpark.

  • Dari Kuala Lumpur lebih kurang  230 KM .
  •  Melalui Lebuhraya Pantai Timur dan exit di Persimpangan Gambang.
  • Melalui Lebuhraya MEC terus hingga jumpa simpang empat.
  • Ambil laluan ke kanan. Kat sini dah ada papantandan Bukit Gambang Resort City.

 

evalue

 

Semua urusan pembelian makan minum atau penyewaan pelampung/tube tidak menggunakan wang tunai di dalam waterpark.  Kita perlu ada kredit yang akan ditolak setiap kali membeli.  Bila dah keluar dari waterpark, kita boleh redeem semua baki yang tidak digunakan pada hari yang sama.

Harga makanan/minuman dalam waterpark memang mahal, jadi makan secukupnya sebelum masuk. :p

Balik dari waterpark, masa sedih pilulah pula… kami berpisah di Plaza Tol Gambang.  3 Kereta bergerak balik ke KL, hanya suami memandu seorang balik ke Hulu Terengganu.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Dari #SBB2013 Ke Bukit Gambang Waterpark

  1. Assalamualaikum, nak tanya ni. boleh bawa makanan masuk x kat situ n makan kat cabana tu?

    1. sebenarnya kami tak luangkan masa mencari makanan sangat sebab dah isi perut sebelum masuk… cuma beli air tin dan sosej.. tapi dari info org lain, dia org ckp mahal.

    1. genting taman tema dia konsep lain, ini konsep waterpark
      mainan dia tak lah banyak..tapi oklah dibandingkan dengan harga

  2. blm pernah smp di gambang ni. teringin juga nak pergi tetapi sebenarnya saya dan isteri agak kurang gemar dgn aktiviti sebegini. untuk anak2 mungkin takpe

  3. perkhh.. maza anak beranak sudah lama mengidam ke sana… dah dua kali plan, semuanya tak menjadi.. harap2 kali ini menjadi ler.. hehehe

    tengok gambar tu terasa sampai ke tekak meriahnya.. ahaks

  4. memang syok habis berkubang dalam tu..nampak gaya tempat macam besar..skali masuk brape lama tu baru kena halau keluar??ke main sepuas-puasnya sepanjang hari??

    1. mmg dah agak , jadi makan sebelum masuk dan selepas keluar. kat dalam tu belilah juga burger untuk alas perut sorang sikit.

    1. Gambang Waterpark ini antara yang murah dan dekat … jadi itu saja yang mampu..hehehe

      kebetulan memang ada urusan lain di Kuantan, ambil peluang berkumpul keluarga

  5. huissshhh… memang seronok main air di Gambang water park tu kan kujie… teringat kunjungan suri dn family ke sana 4 thn lepas… waktu tu tempat tu baru2 jea dibuka… org sesak x hengat… tp taim tu hotel dia msh ada promosi..so msh murah lg.. skrg ni dh mahal dh… should amik homestay mcm kujie buat kan… ok.. next time nk carik homestay gak… hehehehe…

  6. Bestnye! Semua nampak macam dah nak menggigil dalam air =)

    Sesekali bercuti ramai2 camni mmg best, cuma yg tak bestnya bila dah nak kena balik sini balik…huhuhu

    p/s. thanks kak jie kongsikan entri ni…mmg ada fikir2 nak cari info pasal Gambang WP ni…terbaiklah!

  7. memang seronok kalau tak ramai orang, tak perlu nak bersesak dan menunggu giliran..

    p/s : domain problem sikit, jadi harap maaf kalau tak dapat nak diterjah

  8. Double Happines nampaknya,lepas SBB2013 terus ke Kuantan.

    Cadang nak pergi CHNY ni,Makanan ok tak Kak Jie?.Selalunya water park makanan tak byk pilihan.:)

Comments are closed.