Share image wallpaper desktop korang, jom!
Hari ni sekolah Intan cuti Pesta Tanglung. Saya akan bercuti sehingga Ahad. Tak pergi jauh pun, memandu lebih kurang 40 kilometer dari rumah….. tinggal di Legend Hotel 2 malam.
Disember 2009 pun saya bercuti di tempat yang sama – dan berkesempatan melihat jaluran pelangi di celah Menara Berkembar Petronas dari The Mall
Saya tak bawa laptop kali ni, bawa beras, gula, garam, telur, bawang besar seketul kerana bilik kami dilengkapi ruang tamu lengkap, microwave, periuk nasi, peti sejuk, pinggan mangkuk sudu garpu.
nota : saya booking hotel dah sebulan lepas dan tak tau pun sekolah Intan cuti hari ni… kebetulan! Saya tanya dia 10 kali, betul ke cuti…betul ke cuti…hehe
“mama ni tak percaya dengan anak sendiri ke?” – sudah ! kena fire balik.
p/s – pertama kali pergi holiday bawa pet – Princess Mia saja, King Kenny dah mati
©kujie – blogger area KL, jom mengeteh!
pernah bercuti sekali di legend hotel kt the mall tu kan, duk kat studio apartment, tu pun dpt coz member kt hotel legend tu, kalau tak mmg xmerasalah duk studio apartment…ehehe, memang best semua lengkap, dah mcam duk umah sdiri siap blh masak2 bagai, yang best dpt tgk pemandangan KL 😆
now dah xdapat dh percutian mcm tu kt legend hotel tu coz kena tipu dengan staffnya, dia jual bilik kt org lain, kononnnya duit tu kita dpt, pedahal dia dh bawa lari..hari tu jadi kes gak, hem xleh komen bnyk..ehehe
punyalah frust sampai xmo teruskan keahlian, duit burnt mcm tu je, mls nk fikir 😡 cerita 3thn lepas…ehehe
rajin benor kak jie g jalan2 yerk, nnt kak jie kena bawa sy berjalan gaklah cmni. hehe
😐 jlous ar…alif nk cuti pun tak dpt
Selamat bercuti Kak Jie.. Nanti post gambar percutian tu k..
tak jemu nak jenguk kak jie selalu!
Gambar wallpaper ada logo Ying and Yang. Selamat bercuti Kak Jie dan keluarga. Susah Cik Abang nak pantau apabila laptop pun tidak bawa 🙂
yeah cuti blog pn best gak.. masa untuk bermalas-malasan.. 😎
haha pandai anak2 sekarang fire balik ek..tu tanda anak2 tu bijak
Selamat bercuti…
🙂
hmm..bestnya pegi bercuti bersama dengan family…saye pun nak pegi bercuti gak…nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu di waktu pagi..yahooo!! Jom pegi bercuti ramai-ramai…..
selamat bercuti..
wallpaper guna Win 7 default je…
maklumlah blogger fofular seMalaya giteww…
ganas gambar wall paper tuuu…ala2 Mortal Combat…selamat bercuti kak jie…
jangan tunggu lama2 Jai…
nnti bini marah bro…hehe
senang jer…tgk kat key bord sebelah kanan atas…..prt sc….kemudian paste @ctrl v kat Paint
macam mana ye nak ambil gambar satu skrin laptop tu?? 😐
selamat bercuti kak kujie… 😛
teruja ek.. mesti jarang dapat jalan2 ngan anak2 ni.. 😉
Seronoknya bila dapat bercuti dengan family kan… Tgu turn pulak nak ada family sendiri nnt…he3
wah..wallpaper kak jie cm backtrack OS. bestnyer dapat bercuti kak hotel walaupun dekat..hehe 😆
assalamualaikum kak kujie,
wah bestnya,dapat bersama dengan keluarga
adalah saat-saat indah.
selmat bercuti ya.
hati-hati tau.
wahh nak ikut…
Selamat berehat, Kujie. Drive defensively – Safe journey.
p/s balik nanti kena cari a new ‘prince’ utk Mia. KING tu dah tua gamaknya.
kak..bercuti dekat kl ke?hehe
ape jek yg ade kt kl tuh kak..hehe
alamak.. dah dekat tu kak kujie, tapi saya balik kampung lak.. Melaka, here I come!!
selamat bercuti kak
Bahaya gak tu,kena awasi sentiasan kalau-kalau ada peranti asing terselit mana-mana ceruk tu..
uiks. kena jengah2 juga. mana tau ada jerangkap sama paparazi mahu skodeng.. hahhaha
Salam…
Bestnya bercuti….nak ikot….
Dah lama tak bercuti macam tu…
wahh…seronoknya dapat bersantai dgn anak2 ni..