Berlagak Macam Merak Di Taman Burung Kuala Lumpur
Percutian

Berlagak Macam Merak Di Taman Burung Kuala Lumpur

Disebabkan semua orang dah buat entri wordless, hari ini nak buat entri cakap lepas.  Semalam dah wordless, dah tak kira hari apa dah.

Walaupun sekarang memang cuti sekolah, bila membabitkan cuti umum seluruh negara terasa jugalah perbezaanya.  Jiran tetangga sunyi sepi.  Kami berdua anak beranak ni pun terasa nak mensesakkan diri dengan orang ramai untuk bercuti.

Pagi Ahad telefon kakak ipar nak ajak pergi Taman Burung KL, rupa² dia dah semalam tidur kat hotel di KL.  Kelakar pula bila orang pinggir KL bercuti tempah hotel bagai kat KL tu.  Memandu dari rumah tak sampai 1 jam pun.

Kemudia saya telefon blogger tuan punya blog orang dewasa, ajak pergi berfoye-foye sekeluarga.  Dia ada anak kecil, memang seronok untuk pergi taman burung dan boleh tunjuk pandai dengan anak-anak, boleh tanya patlima puluh kali  –  ” burung apa…… burung apa…. ? “

sebab lebih utama, dia ada kamera besar…. boleh berposing lawa-lawa

” Taman Burung KL tu kat mana Kak Jie ?, saya tatau kat mana….”

Rasa nak sepak laju-laju sampai keluar ke sempadan Pahang.  Dia jadi warga kota key el ni dah bertahun-tahun, dari zaman bujang sampai dah jumpa pasangan hinggalah anak dah tumbuh gigi.

Sebelum keluar rumah, key in   GPS coordinates : N3 08.581 E101 41.294 .  Memandu dari AU2 tu tak sampai 15 minit pun…ye encik!

Akhirnya kami berjanji dengan kakak ipar untuk sama-sama melawat Taman Burung.  Sejam bersiap dan memandu, saya dah pun berada di ruang letak kereta depan Bukit Aman.


Yang menarik semestinya burung merak. Cantik dan berkarisma tersendiri. Ada berpuluh-puluh ekor burung merah yang hidup bebas dalam persekitaran hampir semulajadi. Taman Burung Kuala Lumpur adalah tempat tinggal hampir 3000 ekor burung dari 200 spesies tempatan dan luar negara.

Boleh berjumpa burung ini dimerata tempat dan sangat aktif.  Pantang diacah sikit, mulahlah mengigal  tunjuk lagak.  Burung-burung ini agak aktif sebelum jam 12 tengahari.  Mungkin itu waktu makan.


Taman ini dibahagikan kepada 4 zon;

  • Zon 1 dan 2 zon adalah zon bebas
  • Zon 3 Taman Enggang
  • Zon 4 di mana burung ditempatkan dalam sangkar yang berasingan dan galeri mini .

Pertunjukkan burung diadakan setiap hari di Zon 4 pada jam 12.30pm dan 3.30pm.

Harga tiket Taman Burung KL

  • Warganegara RM 20 ( warga asing – RM 48 )
  • Kanak-kanak RM 10 ( warga asing – RM 38 )
  • RM 15 kepada pemegang kad Jusco AEON J Card, Metrojaya MJ Card , Real Rewards Privilege.

 

Maklumat terkini :
Laman web : www.klbirdpark.com
Tel : 03 – 2272 1010
Fax : 03 – 2273 5428
Email : info@klbirdpark.com

 

Selesai melawat Taman Burung, kami solat Zohor di Masjid Bukit Aman. Tak ada rancangan lain, kakak ajak kami singgah ke bilik hotel mereka.

Lepas kena pujuk dan tergoda dengan rayuan, kami pun check in hotel City Villa juga, dapatkan tingkat yang sama.

Tak merancang pun, sehelai sepingganglah kami bercuti dan bertambah seronoknya Intan kerana dapat membeli belah baju besar baju kecik persalinan baru di kawasan Chow Kit.


Seronoknya, hotel berada ditengah-tengah pasar Chow Kit – kami beli banyak buah-buahan.  Beli nasi lemak  80 sen dan kuih 3 keping seringgit.

Esoknya check out,  memandu 30 minit dah sampai rumah.  Agak kelakar bercuti tanpa dirancang, di KL pula tu!

* tip sampingan – pastikan cukup stamina untuk menjelajah taman seluas  20.9 ekar! takut semput,  anak tanya lima kali ” burung apa ?” dah naik angin…hehehe

Baca Juga

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Berlagak Macam Merak Di Taman Burung Kuala Lumpur

  1. tak clear sangat jalan kat peta tu nak cam..ni yang dekat2 taman tasik perdana? hari tu pusing2 cari taman tasik perdana sesat ke taman burung.. chow kit pasar dia memang murah..mak saya datang pelik tengok daun pisang pun orang jual..kat rumah biasa cantas je pokok.. 😆

  2. perghh…siap GPS kordinat sekali tu.hehe… 😀
    rasanya lepas ni kalau orang tak tau jalan je,bagi je kordinat GPS tu.hehe 😀

  3. kakjie , sy pun tak pernah sampai taman burung ni , walaupun selalu melintas2 je .. tk singgah .. belum masa lagi anak kecil , malas betul nak dukung anak untuk berjalan di taman yang luas tu .. 😛 😛

  4. zaman dulu…zaman muda mudi dulu, dari bas stand klang tu jalan kaki je kalau nak pi chow kit. skrg ni mcm dah tak mampu. :mrgreen:

  5. patut pun ……. pergi masa ada virus. semua org takut nak dekat, bukan dengan burung je…dengan orang yg pakai mask pun orang takut. 😆

  6. ramai pelawat warga asing kat sini walau tiket mereka lebih mahal…

    he he he… dah banyak kali pergi, kak jie duduk je , biarkan anak2 yg menjelajah..tak larat nak ikut kaki…dah lah kawasan berbukit 😆

  7. Kali pertama dan terakhir melawat taman burung ni semasa sekolah menengah rendah, pasti banyak dah berubah sejak kali terakhir pergi tu kan… Nak kena tunggu ada anak plaks aa kot baru lerh gi… walaupun taklerh nak tiru kak jie nak tanya ini burung apa, itu burung apa, sebab saya sendiri tak kenal banyak sangat burung… huhuhu

  8. dulu pernah pergi taman burung. masa tu pelik kenapa tak ramai orang. bila dah dalam tu baru terfikir. masa tu kecoh pasal selsema burung, patut lah tak ramai orang

  9. Dulu saya berjalan kaki sahaja dari Kampung Baru ke jalan Tuanku Abdul Rahman. :-)Sekarang ini tak tahulah mahu lencun baju basah dengan peluh.

Comments are closed.