Cuti lepas, sewaktu melalui Lebuh Raya Timur Barat dari Baling untuk balik ke tempat kerja suami di Tasik Kenyir, kami melalui Dabong. Kali pertama melalui Lebuh Raya Timur Barat dulu kami melalui Kota Bharu, bercuti semalamam sebelum meneruskan perjalanan ke Hulu Terengganu.
Kali ini kami melalui lain lain iaitu jalan Jeli – Dabong dan Sungai Sam.
Bagi yang tak biasa melalui jalan raya persekutuan , beginilah keadaan jalannya. Kecil dan sunyi bukan seperti lebih raya. Jadi jangan terkejut kalau laluan yang tak pernah kita pergi itu boleh buat pengambaran sambil baring-baring atau planking.
Sepanjang jalan kita akan dihidangkan dengan kehijauan bukit bakau, langit yang biru bersama awan putih menggebu. Kita akan jumpa beberapa nama kampung yang unik dan menarik perhatian seperti Kuala Balah, Kampung Pak Abu, Kampung Slow Pak Long, Kampung Slow Temiang dan lain-lain.
Selepas Kampung Sungai Batu, dari jauh mata akan terpandang arah air terjun di atas Gunung Stong . Lokasinya di Dabong iaitu sebuah pekan kecil yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Kalau dari arah pekan Dabong, air terjun ini boleh dilihat beberapa kilometer jauhnya.
Tak jauh dari jalan utama, kira-kira 500 meter adalah Air Terjun Jelawang yang terletak di dalam Taman Negara Gunung Stong ( Gunung Stong State Park (GSSP).
Gunung Stong setinggi 1433 meter merupakan puncak yang tertinggi di Kelantan teletak di dalam hutan simpan Dabong. Terdapat 7 air terjun di Taman Negara Gunung Stong dan Air Terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut merupakan ait terjun tertinggi di Asia Tenggara. Air terjun yang paling tinggi berada dari aras laut.
Kami hanya singgah dalam perjalanan, sekadar melihat disekitar lata air terjun di kaki Gunung Stong. Terdapat surau, bilik air, gerai makan dan resort di kaki Gunung Stong.
Sebelum memulakan pendaki, pelawat perlu mendaftar di kaunter dan dikenakan tiket RM2 seorang.
Selain jalan raya, Dabong boleh dikunjungi melalui keretapi yang akan melalui Stesen Keretapi Dabong.
Pelawat boleh boleh menginap di Rumah Rehat Majlis Daerah Dabong yang terletak kira-kira 500 meter dari stesen keretapi. Harga sewanya antara RM 20 – RM 60 bergantung kepada bilik yang berlainan saiz. Boleh hubungi Pak Din : 09-9663345. ( sumber : Majlis Daerah Dabong )
Selain Taman Negara Gunung Stong, Dabong juga memiliki tempat menarik lain yang boleh dikunjungi seperti Gunung Ayam, Gua Ikan,Lata Kertas dan Air Terjun Lata Rek.
Sesiapa yang melalui jalan ini, ambil masa untuk mendekati keindahan Air Terjun Jelawang ini.
Bagi mereka yang berminat mendaki, boleh masukkan Gunung Stong didalam lokasi yang mesti dikunjungi.
air terjunnya tinggi juga
lokasinya2 masih sangat rindang dan asri, dipenuhi banyak semak dan pepohonan hijau, bikin mata jadi segar. btw Kak Jie tidak menyempatkan mampir ke air terjun itu ya ??
suke benar ambe tengok gambar2 yg kak jie kongsi…mmg rasa “ada jiwa”
belum pernah lalu ikut dabong ni..tunggu anak2 besor2 sikit..hehehe
Air terjun stong pun popular di kalangan tourist mat saleh tau. Tempat menarik tu
kena bersedia kalau nak mendaki ke air terjun tu
kalau tak merancang atau ada anak2 nak berkelah, kat bawah tu pun best juga
batu besar2…air sejuk juga 🙂
waa bestnya. Saya suka sangat air terjun. Tapi saya tak pernah sampai lagi ke Kelantan. Bila la rezeki ke sana huhu
ada rezeki sampailah tu… dapat anak menantu orang sana ke…” hehe
suka suasana di Dabong melalui penceritaan di blog ini. dengarnya cikgu-cikgu yg bertugas di sini kena bangun awal pagi bagi memulakan satu perjalanan ke sekolah pada hari berkenaan……
betul betul.. kami ambil masa masuk persimpangan ke stesen keretapi kerana tahu cerita2 mengenai kesusahan, perngangkutan kat sana… singgah masjlid
mgkn sebab kami ni jenis nak selidik je nak tau je apa benda yg dijumpa…biasalah perjalanan tu ada mcm2 cerita
air terjun dabong antara yg terkenal kat kelantan..
biasa pelancung biada biasa bukan hard core cuma melawat kawasan pantai dan membeli belah saja… kawasan Dabong ni pun menarik
entah..mungkin kak jie suka tengok hijau…hehe
dabongg!! even sy ore kelate ni pon tak pernah sampai situ lg… thanx for this entry kakjie
ramai pun tak pernah lalu sini… kebanyakkan orang lebih tumpu pada kawasan pesisir pantai…sana ada tempat shoping kat sempadan..hehe
Semasa remaja dulu, penah gak daki gunung stong tu…memang terbaik air terjun tu..dulu sebelum nak daki, kena naik sampan..mungkin sekarang dah ada jambatan…
oooo… tak pasti ada sampan ke tidak sebab tak mendaki pun
kami lalu area situ je.. pertama kali melalui laluan ni
dulu sampan tu lps turun dr kereta api dabong menuju ke seberang tuk ke jelawang gunung stong tu dgn menaiki van/kereta tambang.
sekarang xlg sbb dh ada jmbatan.
Sungguh asing tempat ni….tapi udara segar…kalau tak ada hal,mmg tak sampai la kat Dabong ni…
kebanyakkan orang ke Kelantan, jadi dia org lalu Jeli – KB
kami nak ke Hulu Terengganu, cuba laluan ni utk pertama kali
seronok sebab akan nampak view yang bukan biasa kita nampak
tak baring lagi ke kat tengah jalan??
ha ha ha …tu pesen utk remaja je
ni dah warga emas…agak-agaklah …kan nanti orang cakap masalah mental pula
wahhhh madam, sakkan menyejukkan mata ya, cantik bila hijau di sana sini hehe
bergantung pada orangnya kot..ada org suka life bandar
kami ni suka view mcm ni
tinggi benor…kalau bawak anak2 kecik payah gak ni…tp nmpk seronok
kalau dgn family mcm tu..boleh je berkelah kat kaki gunung tu… kalau mendaki tinggi mcm tu utk hard core
Dah ke sana…hampir 20 tahun yang lepas.
wah… pergilah la lagi…. mesti ada yang berubah
tenang je pemandangan tue kan.. hijau je~
laluan tak sesak.. yg best langit cantik ada awan yang cantik juga 🙂
Tinggi betul kedudukan air terjun.
dari jauh dah boleh nampak…bagi yg pertama kali melalui jalan ni dan nampak
sangat teruja nak tau ….
dalam gambar tu nampak rumah pencawang api yg di panggil SSU Dabong, itu salah satu tempat saya berkerja di kawasan Dabong ni. Dari situ nampak air terjun Stong yg seakan2 muka org sedang menangis.
ooooo.. pernah kerja kat sini lah
kat simpang tiga depan tu beli tembikai 4 biji rm 10
cantik pula tu…
wahhhhhhhhhhhhhhh…. ada gambor lebih dekat tak?
benda yang cantik , akan nampak indah walau dipandang dari kejauhan… hahahah…macam bulan!
Saya yang dulu dah bertahun2 dok Kelantan tak pernah lagi sampai tempat ni.. Sekarang dah keluar dari Kelantan memang takde peluang dah nak pergi..
alaaa…………….. korang pergi tempat glamer je..
tempat soping…. hihihi
Lawo gambar. 🙂
Seronoklah Kak Kujie travel ya. 😉
sebenarnya ni bukan cuti makan angin
mcm mana nak cerita ye
suami kerja sana – cuti kak jie yg pergi sana
Oooo …
Okay, nice.
Ambo oghe klate pun dok sapa lagi kak
Hehe
ha ha ha.. mu orghe putrajayeeee , kan?