Mangkuk Sia Blogger Di  Taman Tasik Perdana
Blogger

Mangkuk Sia Blogger Di Taman Tasik Perdana

Semalam saya ke Tasik Perdana atau Lakes Gardens atau nama barunya Taman Botani Perdana. Tak dirancang pun, kebetulan saya nak ambil barang dari Blogger Blog Orang Dewasa .  Dia ada anak kecil , lokasi ini  tempat yang paling sesuai nak bawa anak-anak kalau di Kuala Lumpur.  Taman Tasik Perdana ada  2 taman permainan kanak-kanak yang besar dan cantik.

Kemudian Blogger Umur 40 pun nak ikut bawa isteri dan anak-anak.  Pertama kali jumpa isteri dan anak-anak beliau.

Nak jadi cerita, adik saya dari Tanjung Malim pun turun KL dan ajak jumpa.  Sekali harung kami berkumpul.  Tak ada syarat apa pun, datang saja bawa perut.  Kalau ada rezeki tu adalah minum petang di taman. 🙂

mangkuk tingkat

Kami ni mak-mak… biasa kalau keluar bawa anak-anak mestilah nak bawa serba sedikit makanan.  Sambil duduk-duduk sembang sembang makan makan makan makan… Bila nak balik, pakat bungkus bawa balik macam bertukar-tukar juadah bulan puasa.

Saya suka mangkuk tingkat ni, sangat praktikal bila nak bawa.  Kat kampung saya panggil mangkuk sia ( bunyi se’a )

tren tasik perdana

Mak-mak bawa anak-anak naik tren di Tasik Perdana. Tambang untuk dewasa RM 2 dan kanak-kanak RM 1

Seronok sagat sebab kali terakhir saya masuk ke kawasan Tasik Perdana ni mungkin 21 tahun lepas.  Masa baru-baru kahwin.  Banyak sangat yang dah berubah.  Tak sabar nak ajak suami datang ke sini pula.

Tasik Perdana ini juga lokasi popular kepada pasangan pengantin kerana semalam kami kira ada 8 pasangan pengantin yang buat outdoor photography. Ada macam-macam fesyen dan warna baru – warna merah, kucing, biru dan paling banyak warna turquoise.

Bagi saya Taman Tasik Perdana ini lokasi  untuk aktiviti  hujung minggu yang murah berdekatan dengan Taman Okid Kuala Lumpur dan Taman Burung  Kuala Lumpur.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Mangkuk Sia Blogger Di Taman Tasik Perdana

  1. Kak Jie kali terakhir Aina naik tram pusing2 tasik perdana tambang hanya 50 sen kanak2 dan Rm1 dewasa. Tapi memang best sangat dapat pusing dengan tram anak2 paling teruja. Tak pergi taman kancil dalam kawasan Tasik Perdana kah?
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Peluang PekerjaanMy Profile

  2. Salam kak Jie…alhamdullilah dapat juga akhirnya berjumpa akak..mmg dah lama nak jumpa:),suka baca blog akak,tp kadang x sempat nak komen sbb busy dgn anak2…insha allah ada masa&umur kita jumpa lagi ya kak…sedap mie kari akak…

Comments are closed.