Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay
Blogger

Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay

empangan puah hulu terengganu
Empangan Hidroelektrik Sungai Puah yang sedang dalam pembinaan

Selama genap 2 minggu saya berada di beberapa lokasi di utara, timur dan tengah Semenanjung Malaysia, akhirnya pagi tadi selamat tiba di rumah selepas mengharungi perjalanan dengan bas dari Kuala Dungun.

puncak bukit bauk, dungun
Bandar Dungun dari puncak Bukit Bauk

Banyak visual-visual menarik yang terakam dalam kenangan sebagai pengalaman hidup. Suami saya seorang juru ukur tanah ( land surveyor ) yang sudah tentu bidang dan lokasi kerja bukan tetap di bilik pejabat. Juru ukur biasanya menjadi individu pertama yang menjejak ke sesuatu tempat yang sedang dirancang pembinaan. Kerana itu, kami sekeluarga biasanya menjadi antara orang yang berpeluang melihat dan mengutip pengalaman yang tak ramai orang lain perolehinya.

matahari terbenam
Perjalanan ke Empangan Hidroelektrik Sungai Tembat

Gambar ini terakam sewaktu kami menjelajah melalui jalan pembinaan berliku terumbang ambing dan bergaung dalam lebih kurang 10KM dari tapak projek Empangan Sungai Puah ke Empangan Sungai Tembat.

pemandangan laut di pantai timur
Pantai Teluk Lipat – Dungun, Terengganu

Dalam banyak-banyak kisah dan peristiwa, ada sesuatu yang sangat terkesan yang ingin saya kongsi sebagai seorang blogger yang mencatit rentetan hidup untuk perkongsian bersama.

Sewaktu di kampung, saya bertemu seorang pengusaha Homestay. Saya bertanya bagaimana keadaan dan perkembangan perniagaan yang sedang diusahakan beliau.

Menurutnya, homestay yang telah diusahakan sejak lebih setahun itu sangat memuaskan dan beliau agak terkejut kerana mendapat tempahan melalui telefon. Apabila ditanya kepada pelanggan,  beliau diberitahu bahawa mereka mendapat maklumat dan nombor telefonnya apabila membaca sebuah blog.

“peliklah… saya tak pernah pun tulis kat internet”

“sebenarnya… sayalah yang tulis tentang homestay tu kat blog dan letakkan nombor telefon Ja”

Awak nampak tak apa yang saya lihat?

  • Perkhidmatan yang baik akan menjadi ‘iklan mulut ke mulut’ – jangan berkira atau membezakan pelanggan anda kerana anda tidak tahu siapa mereka.
  • Kepada penguasaha atau perniaga online – jangan kedekut untuk mengeluarkan modal RM 300 – 400  untuk mengiklan produk/perkhidmatan anda dengan menempah satu entri post ( advertorial post )  kerana kesan positifnya akan datang untuk jangka masa yang lama.  ( Contoh email kepada pengiklan ) Carian kata kunci (keywords) yang sesuai tetap bernilai selagi laman web tersebut ‘hidup’ di atas talian.  Ramai yang takut untuk mengeluarkan modal membeli satu post entri kerana harganya lebih mahal berbanding menyewa satu ruang kecil banner.
Aurora di langit
Subhanallah, cantiknya cahaya yang terpancar dicelahan awan dengan merah, biru , hijau seperti pelangi. Adakah ini aurora?

nota : saya terlepas beberapa email pengiklan kerana berada diluar capaian internet dalam tempoh 2 minggu tetapi saya mempunyai kualiti masa yang sangat bernilai bersama keluarga.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

56 thoughts on “Kesan Sebuah Entri Blog Seorang Blogger Kepada Perusahaan Homestay

  1. Kuasa internet dan blog memang hebat. Sekarang ramai yg akan search informasi di Google sebelum mengembara ke destinasi yg mereka pergi.

  2. Jadi Kak Jie sangat menyenangkan, bisa bepergian melancong ke tempat mana pun yang indah2 tu..
    Terus sharing ya 😀

  3. Betul tu saya setuju… Ada rakan-rakan yang meminta Bisnes kad Pak Ya Homestay daripada saya..

    Saya bagi tahu dekat rakan tersebut, saya tiada Bisnes Kad Pak Ya Homestay, tapi bisnes kad lain adalah…

    Lepas tu rakan saya bertanya, bagaimana saya mempromosikan pak Ya Homestay?

    Setakat ini saya hanya mempromosikan Pak ya homestay menerusi blog sahaja… Syukur Alhamdulillah… Dengan sedikit pengetahuan SEO telah membantu saya mendapatkan pelanggan menerusi hasil carian Google.. 😉

  4. Betul tu kak jie..pengalaman kak jie ni tak semua orang akan dapat..kadang2 saya sendiri pun jeles gak..hahaha..nak gak rasa mcm kak jie rasa..huhu

  5. cantik gambar-gambar yang kak jie ambil..setuju dengan pendapat kak jie tu..sekarang ni blog bagi impak yang besar dalam bayak perkara..sebab itu syarikat pengiklanan cari blogger sebab dia tahu apa kesannya.

  6. dulu pernah ada homestay dan iklankan di blog & facebook….iklan memainkan peranan penting untuk memajukan projek homestay…..

  7. setuju dgn advertorial post tu..berdasarkan pengalaman sendiri.

    saya penah ambik slot iklan kat blog trafik tinggi..dia punya pakej, banner + entri produk. utk iklan ni, saya promote affiliate pay-per-lead (ppl).

    2-3 hari pertama, saya letak banner je dulu..dan cuma dapat tak sampai lima leads (RM2.50).

    tapi bila admin blog up je entri pasal produk, terus masuk lebih kurang 70 leads (RM35)..hanya dgn satu entri 🙂

  8. Menarik, cantik, tertarik gambar yang kak kujie ambil.
    Saya sedang mencari juruukur sambilan. Suami puan ada mengambil servis tersebut?
    Senang-senang singgahla ke halaman saya di dhiaalpha.com

  9. Salam,

    Menarik, cantik dan mengujakan gambar-gambar sis kujie. Entri yang menarik dan membantu bagi orang baru seperti saya. Suami puan mengambil kerja-kerja juruukur sambilan? Saya sedang mencari juruukur-jurukur untuk klien-klien saya yang ingin menjual tanah.
    Singgah-singgahla mengenai hartanah dan penginapan di dhiaalpha.com

  10. Setuju dengan cara begitu. Sepatutnya tuan empunya pusat peranginan wajib fikir masa depan sebab dah tahu berita dari pelanggan yang mabil info dari blogger.

    So, berilah duit dengan senang hati kepada blogger, takde masalah pun. 🙂

    Gambar memang lawa. 🙂

  11. tiada yang lebih baik dari masa bersama keluarga tanpa gangguan 🙂
    cantik permandangan dari situ 🙂

  12. Entry di blog yang mantap akan memberikan pulangan yang amat berkesan untuk tempoh yang lama…kerana trend pengguna sekarang mencari maklumat di internet….setuju dengan pendapat Kak Jie.

  13. itulah kuasa blog. dalam bisnes mesti kena berani melabur terutama dalam pengiklanan atau promosi. part ni adalah paling penting sekali. kalau takut untuk melabur, orang pun takut nak keluar duit kat kita.. 🙂

  14. Salam. Saya bersetuju dengan penulis tentang kesan hebat pengiklanan di internet samada melalui medium blog, facebook dan lain-lain. Ini kerana zaman ini manusia semakin sibuk dan kompleks dan medium internet sebagai penyelesaian memandangkan ianya cepat dan mudah.

  15. sy pun biasa buat review produk yg sy guna dalam entri.. pastu jual.. mmg kesan pd pembaca agak ketara.. dah lama entri tu pun still ada yg kontek bertanya… hee

  16. Pengiklanan melalui media sosial berkesan selain kosnya rendah. Lagi bertuah kalau mendapat kedudukan indek yang baik oleh Google. Betul kata kak Jie janganlah kedekut keluar modal. Sebagai contoh pengiklanan melalui Facebook boleh bermula serendah 15sen bukan caranya spam di wall.

  17. Tudiaaaa datin dah kembali haha 😆

    Advertorial lebih bagus untuk long term investment, lagi 3 4 tahun orang cari pun InsyaAllah akan jumpa

    Banner pula lebih kepada short investment utk kesan yang lebih cepat, disamping juga utk brand awareness.

    1. cuba tukar commentluv punya latest entri…….. patploh kali dah nampak tajuk tu
      *sila read between the lines*

  18. setuju gila dengan entri kakjie ni… sebab tu lah entri post dicaj lebih sedikit berbanding iklan gambar kotak-kotak di sidebar blog,

  19. setuju kakjie… masih ramai yg takut/kedekut nk keluarkan modal kpd blogger sebagai salah satu pelaburan jangka panjang… jika mereka tidak tahu/tidak terlibat dgn penulisan di blog, para bloggers boleh tolong tuliskan utk mereka 😉

  20. amat setuju sekali dengan penulisan kak Jie nih. Sekarang ramai orang sikit-skit google. Jadi, apa yang terdapat dalam internet lagi mudah untuk dicapai maklumatnya.

  21. untungnya seo blog power ni..memang boleh tarik banyak tawaran dari pengiklaan..hehe..lamanya ka jie bercuti,mesi seronok..

    1. seo juga point yg penting, pengiklan perlu tau gred mcm mana sesebuah blog tersebut…ada harga yg berbeza², kena faham kenapa blog tu mahal, blog yg lain tu murah.. ada sebabnya

  22. saya sendiri pon buat iklan bisnes guna entri . ramai juga yang telefon kata dapat dari blog .. haha . dari situ kita boleh nampak sendiri yang pengguna internet suka mengoogle perkataan dari klik gambar

    1. kalau guna banner, sebulan dua benda tu hilang dah… kalau dalam bentuk entri, ada selagi blog tu hidup
      lagi satu..ramai yg buat carian, gunakan ‘word’

  23. Selamat kembali Kak Jie,mmg tak dinafikan iklan melalui internet memang banyak kelebihan nya,nak pulak bile time cuti sekolah,banyak yg buat carian.

  24. Sura Gate tempat saya belajaq dulu. Atas tempat utk tengok view rupanya atas bukit bauk tu. bagus la, tolong pakcik tu cari rezki.
    Semoga lebih bertambah.
    Amin..

    1. tang kalau tu….. sambung buat entri encik..hahaha

      lepas baca entri berkenaan, nak suruh rujuk no 1 point kak jie

      Perkhidmatan yang baik akan menjadi ‘iklan mulut ke mulut’ – jangan berkira atau membezakan pelanggan anda kerana anda tidak tahu siapa mereka.

      1. hahha.. kalau baik pon akan ditulis sebagai review puas hati.. kalau tak baik.. lagi berkajang la karangan dia barangkali. kekekeke

  25. wah..semua gambar kak jie amik awesome….tu lah advertorial memang mahal tp hasilnya memang gempak dan bertahan utk jangka masa yg panjang…cuma saya x berani nak amik iklan advertorial ni sb mahal pastu keadaan blog saya yg x berapa nak stabil….

    1. gambar gunakan telefon saja, kami bercuti malas nak usung DSLR. nampak depan mata terus snap, tak sempat nak bersedia itu ini.

      iklan dengan ‘perkataan’ lebih bernilai kepada carian internet berbanding banner yang sebulan kemudian hilang. bayar mahal untuk advertorial, tetapi link dan maklumat tersebut akan kekal selagi laman web ada

  26. Memang sekarang perlu mempromosikan apa sahaja produk kita di internet, sekarang dunia tanpa sempadan, maklumat semuanya berada di hujung jari.. Search google pasti ada maklumat..

    1. peniaga online perlu bijak melabur untuk mendapatkan hasil yang optimum… ada pelbagai jenis iklan, jadi kena tahu yang mana akan hasilkan keputusan yang baik

  27. setuju dengan pandangan kak jie…Aritu masa balik kampung, pakcik cakap ada yang menempah online kuih bahulu/akoknya selepas search dan baca entri di blog eyriqazz….Itulah yang ramai tak nampak, entri yang muncul di google lebih bernilai dari iklan banner yang entah di klik or tidak….

    1. kebanyakkan pelayar internet menggunakan perkataan ( word ) untuk membuat carian maklumat. carian image pun ada tetapi carian dengan perkataan lebih meluas dan boleh dioptimumkan penggunaannya.

Comments are closed.