Blogger

Aku bukan pohon yang mampu merendangi apa yang ada dibawahku

Saya bersama dengan keluarga hari ini. Awal pagi saya ke kedai hardware , tempah gelas untuk sliding door.

Sebelum keluar saya baru teringat nak jual tin aluminium yang anak² saya kumpul. Campur dengan frame aluminium masa saya pecahkan tingkap dulu, dapat RM 58.20.

Tin sekilo RM 5.40 dan frame tingkap tu RM 6.00. Mahal,kan?

Lepas tu pergi Hospital Kuala Lumpur menziarah kawan suami saya Saudara Samsun Alam yang sedang menjalani Radioterapi di Wad 3B, HKL

Saya sampai 12.30 tenghari . Kami tak pasti buahtangan apa yang perlu dibawa, takut apa yang kita bawa tu jadi pantang larang pula. Saya tanya dia apa yang dia teringin nak makan. Dalam beralasan terkeluar juga, dia teringin pizza dan sup jadi saya ke Pizza Hut Setapak dan beli Super Supreme dan soup of the day – chicken soup.

” Aku patut bersyukur kerana aku sempat diberi warning sebelum aku mati… bolehlah sediakan bekalan yang tak cukup dan family pun bersedia”

Tabah sungguh dia.

p/s.. saya minta maaf kerana tak sempat nak reply semua message dan menjengok blog kawan²… Isnin saya free ye…. 😀

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “Aku bukan pohon yang mampu merendangi apa yang ada dibawahku

  1. Ini keraja sampingan akak ke..? jual produk kitar semula, bagus tu, kalau buat sepenuh masa boleh anyak jugak dapat tiap2 bulan, jangan padang berapa sehari yang dapat, simpan duit tu kat bank, pastu campur semuanya bila dah cukup sebulan, tengoklah hasilnya…wah rezeki allah, ulat dalam batu pun boleh hidup…

    Kujie ~ bukanlah mcm tu.. ttp kalau terjumpa mesti kutip. Ada yg sejauh Perlis, Kelantan …mana² saja kami bercuti kalau ada tin , anak² mesti kutip.
    ada 2 kebaikan :
    1. duit
    2. alam sekitar

  2. muadz – Doakan yang terbaik utk kita semua..

    aminnn..

    ita – apa nk kelakornya..elok tu..muda2 dah tahu susah senang nak cari duit…bila dewasa boleh belajar berjimat cermat

  3. Diya – Dia ada kanser… skrg buat rawatan radioterapi.

    tin² dikutip seluruh negara tu..mana² kami g ..holiday ke, kalau jumpa mmg dia org akan kutip bawa balik.

    Reez – Waalaikumsalam.

    Memanglah..kata org melentur bulu biar dari rebung.

    Tin semua tu dah setahun lebih kumpul… kalau jumpa kat mana² pun dia org tak malu untuk kutip, apalagi yang sendiri punya.

    Kita hanya mampu berdoa dan tidak lupa memberi sokongan tak semetinya dalam bentuk wang ringgit.

    MZ – org yg ambek gambo tu cakap… terimakasih bagi pihak.

    😀

    neeza – betul neeza, sekilo rm 5.40 tu…kat area sini ada 2-3 org yang memang selalu pusing2 taman cari barang2 yg kita letak kt luar rumah utk di buang..mcm tin biskut ke atau botol minyak atau botol kicap.

    Kak Jie memang asingkan benda2 tu..jadi senanglah dia nk ambil dan jual.

  4. Cikgu Panji – duit rm 58.20 tu nak kena bagi 5

    tak kira, nak juga bahagian…minyak kereta bawa semua tu g kedai.

    Neomesuff – Peringatan untuk kita juga

  5. mahal juga aluminiumnya.. patutlah neeza selalu nampak India/bangla yang kerja kutip sampah kat sini akan round tong sampah dan kutip tin aluminium dulu.. ye la.. tambah pendapatan kan..

    sedih neeza baca apa yang En. Samsun tu cakap.. dia diberi warning katanya.. dan dia bersyukur.. setengah orang, bila kena sakit, mula lah menyalahkan takdir.. dan akhirnya tak dapat apa pun.. melainkan pergi begitu sahaja..
    semoga kita tak gitu lah ye.. Insyaallah…

  6. Assalamualaikum…

    Bagus sungguh anak2 akak… Dididik supaya menjaga alam sekitar… Org begini la yg kita perlukan; prihatin terhadap keadaan sekeliling…

    Harap2 dapat dikekalkan sehingga mereka dewasa…

    Tulah Kak Jie… Harga sekilo tin memang mahal… Dulu, waktu Reez sekolah dulu, rajin kumpul… Pastu bila dah banyak, pi jual kat kedai besi buruk… Dapatlah buat duit kocek pi sekolah… Hehehehe..

    Skarang, bila dah kerja, Reez dah x kumpul tin… Skarang dok kumpul surat khabar lama… Abis aje baca, kumpul2 dan pastu jual kat recycle paper company depan umah Reez ni… Dapatla tontong duit minyak kete sikit2… Hehehehehe…

    Reez simpati dengan kawan husband Kak Jie tu… Kakak angkat Reez pun sama… Masuk HKL sebab kanser.. Dah banyak kali buat chemo dan radioteraphy… Sakit giler katanya bila wat!… Sampai dah tak sanggup dah nak teruskan…

    Semoga dia terus tabah…

  7. kawan hasben mama tu saket kronik ke? hope tak kritikal, dan cepat sembuh 😉

    ohooo. skang dh jarang minum air tin. takleh nak sedekah kat mama. huhu

  8. Ujian dariNya sememangnya membuat seseorang itu lebih tabah..one step ahead

Comments are closed.