5 Blogger Tampan Seluruh Dunia
Blogger

5 Blogger Tampan Seluruh Dunia

Blogger Malaysia luar negara yang pertama saya kenal agak rapat :

1. Joegrimjow

Saya jarang tinggalkan komen di blog ini – hanya mengikuti kisah kehidupan dan melihat gambar-gambar pelajar yang sedang belajar di The University of Sheffield. Khabarnya akan berdua tahun depan..

Blog putih dan hitam untuk sidebar. Mesra mata hitamku , tetapi susah nak nak baca entri lama .  Itu keperluan penting kerana pengunjung yang pertama kali singgah ingin mencari entri lama supaya lebih mengenali tuan tanah. Sidebar masih ada ruang tu, isilah post terbaru atau widget untuk blog archive .

2. samanosuke_04

Pelajar perubatan di Moscow . Walaupun tulisan blog yang perlu pakai kanta, saya jegilkan juga mata sebab nak baca kisah Eurotrip beliau bersama geng Power Rangers ( The Mastermind , The Pathfinde, The Journalist, The Reminder, The Moodmaker dan The Seducer ) mengebom Berlin, Stockholm, Amsterdam atau ke Brussel.

Dia ada bakat menulis yang bagus.  Pelajar perubatan ni ada penyakit misteri.. saya dah diagnosis simptom-simptom dia..secara jelas

3. Shimi

Anak Melaka yang kini bekerja di Democratic Republic of Congo dan menyambut ulangtahun kelahiran setiap 19 Disember. Mudah nak kesan bila masa dia masuk blog ini sebab bendera yang berbeza.

Saya pembaca blog dia dari zaman blogspot sehinggalah kini memgunakan selfhosted walaupun kurang tinggalkan komen.

4. Ariff Shah

Seorang pelajar Faculty of Robotics & Intelligent Systems di Moscow Aviation Institute yang gemar berkongsi kisah kehidupan pelajar di Moscow . Selepas 4 tahun tidak merasa kemeriahan  Bazaar Ramadan, kemungkinan besar Ariff akan pulang bercuti raya tahun ini. Apa lagi.. peminat Ariff, setkan baju raya sedondong tahun ni.

5. Amir Space

Pelajar tahun ke 2 bidang Farmasi di University of South Australia (UniSA) di lahirkan di Terengganu. Juga pemilik blog Oh Malaysia . Seperti biasa saya juga akan mengikuti kisah percutian menjelajah Australia

Kalau nak tahu lebih tentang mereka yang berada di zone berbeza dan tumpang seronok ikuti kisah di luar negara, klik saja link blog mereka dan jangan malu segan kenalkan diri sebagai ‘Kawan Kak Jie ‘..hehehehe

Bonus Link – :lol:

Tak patut kalau saya lupakan yang ini – knizam

Berasal dari negeri cencaluk tetapi sekarang sedang bertugas di dalam bidang perbankan di Pakistan . Seperti wartawan yang melapurkan dari medan perang debgan bunyi letupan bom di sana. Doakan moga beliau selamat di sana.


Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

79 thoughts on “5 Blogger Tampan Seluruh Dunia

  1. Mmg blog2 mereka ni saye akan singgah bile ber’online’..seronok bile bace pengalaman mereka di luar negara..

    p/s – kitepun di luar juge, tapi luar ‘kampung’..hehe

Comments are closed.