Blog Tutorial, Blogger

Kujie2.com – Bandwidth Limit Exceeded

Saya selalu baca weblog orang lain yang popular  kekeringan bandwidth akibat  trafik diluar jangkaan.  Tak sangka saya sendiri pernah mengalaminya pada 26hb September 2009 apabila blog ini tidak  dapat diakses dengan alasan Bandwith Limit Exceeded .  Bukan sebab top tapi sebab space yang kecil!

Nasib baik saya di rumah . Terus hubungi pihak hosting untuk upgrade ke package yang lebih besar dan membuat bayaran terus melalui maybank2u. Tak sampai setengah jam, blog saya kembali pulih. Terimakasih Sam dari Serverfreak. Customer service dari Serverfreak yang tiptop! Very friendly dan mudah dihubungi melalui Yahoo Messenger.

Serverfreak sekarang menggunakan installer script Softaculous bukan Fantastico lagi.

Selama ini saya hanya tahu bandwidth adalah jumlah data yang diguna  oleh laman web untuk tempohmasa sebulan, tetapi tidak pernah memeriksa bandwidth saya yang menghampiri tahap tepu. Untuk maklumat semasa, bandwidth akan digunakan sekiranya, ada orang membaca blog ini (terimakasih), sewaktu pengujung menulis komen di blog ini  (terimakasih) atau sewaktu saya menulis entri baru.

Saya  juga tahu bandwidth limit mungkin berpunca dari kecurian bandwidth. Jangan tak percaya, bandwidth pun boleh di curi. Bagaimana ?

Kecurian berlaku dengan proses hotlinking.  Saya dapat mengesan beberapa blogger yang copy gambar dari blog ini dan letak di blog dia secara terus tanpa diupload sendiri. Gambar itu masih ada link dari blog saya. Kerana itu, bandwidth yang  sepatutnya diguna pakai oleh pelawat blog saya telah menggunakan had bandwidth tersebut.

Faham tak?

Kalau teringin gambar di blog ini, save as jangan copy terus paste di blog. Saya tahulah gambar-gambar di blog saya cantik…hehehehe tetapi janganlah curi ruang simpanan saya.

Kerana bandwidth limit di blog ini, saya telah mengupgrade kepada 50GB dari 25CG.  Kapasiti ini cukupkah untuk blog ?

Masalah sekarang, saya tidak pasti dan tidak faham kedudukan keselamatan blog ini sekarang.  Monthly Bandwidth Transfer blog saya sekarang 28005.12/50000 MB dan saya menggunakan Disk Space 392.17/ 2000MB.

Boleh sesiapa berikan cadangan atau panduan untuk saya memahami lebih mendalam mengenai maklumat tersebut.    Lihat monthly history di atas dan tolong saya membuat analisa .   Saya tak pandai membaca maklumat teknikal seperti ini.

Hits tu apa?

Pages tu apa?

Hits bulan Ogos  lebih banyak dari bulan September tetapi kenapa bandwidth bulan September lebih banyak?

Terimakasih kerana membaca hingga ke akhir .   Untuk menjadi lebih baik, kita perlu mengenali diri sendiri ( blog sendiri ) dan  mengoptimumkan kemampuan blog.

EDIT – selepas sesi penerangan oleh Life For Hire

unique visitors tuh dia kira dlm sebulan, dia detect ikut IP la
visits plak stp kunjungan ke blog kak jie tak kira sama ip atau lain ip
kalau kak jie tgk graf tuh page confirm lg kurang dr hits
konsep dia camni
page tuh..kak jie bayangkan stp html file atau stp post kak jie. dlm stp post tuh, ada gambar, java script, iklan nuffnang, plugin2, bla bla bla
so page views tuh menunjukkan berapa banyak page kak jie org view
hits plak dia campur skali stp elemen yg ada
kata la kat front page kak jie ada 1 html file, 4 gambar, 1 javascript, 1 css file , maknanya stp kali front page kak jie org bukak
kak jie dpt 1 page view , 7 hits

faham………..cikgu.   Terimakaish!  Tapi Kak Jie tak faham ” stp” tu shorform apa?  buat-buat faham je….:mrgreen:

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

60 thoughts on “Kujie2.com – Bandwidth Limit Exceeded

  1. sy pun hampir setiap bulan bandwidth kering… ni pun kering lagi sedey xleh akses blog huhu.. unique visitor xdelah ramai sgt dlm 2000+ je sehari.. bandwidth sy 50 gig! bulan ni dh exceed sampai 64 gig tu yg down.. huhu kene tambah bandwidth nampaknya

  2. muahaha.. bandwidth aerionz dengan mysenpai dalam 100Gb, sarfix punya dalam 200Gb.. bnyk tak?

  3. Patutla kak long tak boleh masuk sini hari tu..
    Masih belum kenal blog sendiri…bandwidth sendiri pun tak pernah check, sebab memang tahu, tak kan sampai limit exceed…. huhuhu…
    Banyak benda teknikal yang Kak long kena belajar lagi. Terima kasih kerana berkongsi banyak maklumat, tak perlu nak godek2 banyak2 kat tempat lain. 😮
    .-= Kak Long´s last blog ..Nak naik bot takut karam : Minta tolong popeye the sailor man =-.

  4. nampaknya blog ini semakin hari sudah tentunya semakin gempak sakan. popular seantero alam maya. tambahan dengan cabaran lawan makcik alexa…
    .-= MatKool´s last blog ..How CMS is beneficial for your business? =-.

  5. salam kak jie,
    saya pun nak tanya stp tu apa dia? ❓ tak faham kat situ :p
    tapi, baru saya tau yang copy-paste terus dari blog orang menyebabkan kecurian bandwith pada blog orang tu. nasib baik tak pernah buat gitu 😆

  6. alhamdulillah dah ada yang tolong jawabkan. ramai yang pening antara hits dan pageviews.

    tapi tak tahu kenapa, sy lebih suka ngadap unique visitor 😉

    ps – lebam mata kejap tgk kak jie punya unique visitor huhuhu.
    .-= megat´s last blog ..Irihati Dan Busuk Hati, Patutlah Dunia Blog Susah Nak Maju! =-.

  7. huhu..saya masih pening pala pasal nih…tak tahu langsung lagi…banyak yang saya perlu belajar lagi …entri nih boleh saya buat rujukan… 🙂
    .-= Nine´s last blog ..Kisah Hang Tuah Dan Osama =-.

  8. Salam kakjie 🙂

    hehe bw limit exceed eh 🙂

    tips

    – untuk hosting images kakjie boleh buat subdomain contoh images.kujie2.com kemudian kakjie letak semua gambar didalam itu dan direct hotlinking dari main ( http://www.kujie2.com )

    – untuk elak hotlinking kakjie boleh guna .htaccess file untuk rewrite condition yang hanya membenarkan ia di access dari domain ini sahaja contoh

    RewriteEngine On
    RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http://(.+\.)?kujie2\.com/ [NC]
    RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
    RewriteRule .*\.(jpe?g|gif|bmp|png)$ – [F]

    – kakjie juga boleh guna robots.txt untuk mengelakkan bot dari access file. ( err kalau tak kisah incik G tak index data ah hehe tapi boleh buat exception)

    – keselamatan web ( kakjie boleh daftar dengan mailinglist wordpress – pastikan guna email lain kalau taknak email penuh 🙂 )

    – bw 28k? cuba tengok stats berdasarkan bilangan file yang mempunyai hits tertinggi dan tengok signifikasi fail itu kalau tak penting boleh rename salah satu cara nak elakkan hotlinking juga :

    – satu lagi punca bw bertambah ialah bila line slow dan user keep refresh 🙂 )

    analytics berdasarkan stats

    – september & oktober kurang unique visit tapi lebih banyak menggunakan bandwith kemungkinan hotlinking dan juga bot crawler.
    – august nampak realistic ini kerana unique dan visit datang dari visitor dan bukan dari tempat lain 🙂

    – sebarang persoalan atau tidak kefahaman boleh kemukakan di meja pertanyaan ihiks. sekian terimakasih.

    salam kakjie 🙂

    1. @perindu, Terimakasih atas penerangan jelas dan rasanya ramai yang dapat berkongsi.

      Selalu mesti ada je..kalau nak jemput dia dtg mesti buat entri mcm gini ye 😆 tak pernah menghampakan!

      mailinglist wordpress tu baru tau..nk create email barulah

      1. @Kujie, err salam kakjie hehe saya selalu baca entry kakjie cuma biasa nya guna rss reader dari private server 🙂

        hehe saya pun masih belajar lagi.. lagi satu rasanya stats tu tuk keseluruhan domain kujie2.com kan? Saya rasa ia termasuk hits yang datang dari subdomain kakjie juga salah satu cara mudah kakjie boleh bandingkan stats luar dengan stats server perbedaan antara dua biasanya wasted bandwith satu sebabnya robot 90% disable javascript dan external stats biasanya guna javascript.

        Mailing list tu biasanya cara oldskool sebab email yang masuk bukan sedikit jadi jarang orang guna hehe… kakjie kalau guna gmail/yahoo boleh filter incoming email dalam folder/label dia sendiri 🙂 ( ohya ia juga tips supaya email tak kena suspended walau lama tak buka sebab sentiasa aktif hehe )

        salam 🙂

  9. Perg gile laa kak jie..Memang kak jie patut mendapat visitor, hits n bandwith yang banyak..sebab Segala cerita kak jie penuh dengan kejujuran..itulah yang menjadi pemangkin kepada kepopularan Kujie2.com…

    Tahniah..(teruja betul aku tgk statistis die…)huhuhu
    .-= Shaffik´s last blog ..Memang Perit Untuk Di Tanggung. =-.

  10. Kujie. Mohon untuk mendapatkan ilmu dari kujie. Saya memang buta IT. Saya hanya tahu mengurut sahaja … hehehe … saya berhasrat untuk menawarkan perkhidmatan dengan lebih canggih. TERIMA KASIH kerana memberikan perhatian.

    1. @Tabib Hj. Norjae Hadi, Terimakasih, tiap orang berbeza kepakaran dalam bidang masing-masing. Dari gabungan setiap kitalah dpt kehidupan ini berjalan dgn baik.

      Saya pun masih belajar..sebab itu bertanya dengan orang yang lebih tahu…

  11. Salam. Rasanya kak jie kena upgrade terus pakai dedicated server ni.. 😀

    Pelawat dah ramai tu.. 😀
    .-= GM´s last blog ..Betul Ke Hantu Bunuh Orang? =-.

    1. @GM, oooo…apa beza pua dedicated server dgn yg skrg ni.

      tgok mahal giler …. ingat iklan ciput nuffnang tu dpt cover ke… nmpk je visitor berlambak2…tp mana ada org nak klik…. nk harapkan advertorial, kak jie bukanlah selebriti nuffnang…

      bukan blog BI

      1. @Kujie,

        Yang skang ni kak jie guna bayar tahunan kan. Tu memang kira semua blogger guna khidmat ni. Shared Server.

        Dedicated server ni kira kita punya server virtual sendiri. Maknanya PC hosting yang kita langgan tu kita sorang je punya. Takde share dengan orang lain. Tapi memang mahal skit sebab bayar bulanan.. 😀
        .-= GM´s last blog ..BeatBox Dari Mexico =-.

  12. nak komen macam mane ni kak jie.. semua otai dah komen kat atas tuh. aku jadi blank plak. tapi apa yang aku suspect adalah statistik blog kak jie. memang pawer la. tak berani nak komen 😛
    .-= Kreuger´s last blog ..Masih lagi di Maxis KLCC =-.

    1. @Kreuger, ada…….nk tanya ttg space tu….rasa mcm berlebihan tapi kalau ambil package yg kecik, bandwidth pula tak cukup…apa nk buat dgn space byk2 tu..tak ke membazir

  13. Kalau dalam hosting Linux, ada cara untuk blok imej dari hotlinking. Tapi boleh effect google search image.
    .-= Dr House´s last blog ..The A.C.A.B- Setelah, Bermimpi di siang hari =-.

    1. @Dr House, betul tu, kak jie dah jumpa link dia, susah juga kalau google image ada effect sbb byk juga trafik dtg cari image

  14. fuiyo… hohoho sebab tu saya jarang upload gambar kat server sendri.. tapi jadi berat la nak load..

    kak jie try la carik cara nak protect hotlinking kalau ada kelapangan saya tak ingat kat mana ada tulis dulu…. 😀
    .-= topo´s last blog ..through my window… =-.

    1. @Luqman, kak jie dulu pun bermula dari kosong… blog ini baru setahun 2 bulan…kena kerja kuat lagi utk bayar hosting dan domain :mrgreen:

  15. visit/hit tu berapa orang dari ip yang berbeza melawat blog akak. Kalau pageview tu berapa page dilihat oleh orang dalam masa sebulan tu tidak kira orang sama atau berbeza. Pageview yang banyak biasanya yang makan bandwidth ni. Hotlinking tu punmungkin penyebab sebab orang tu takut bandwidth dia habis, tu dia guna je bandwidth akak.
    .-= wanmus´s last blog ..Wanmus.com Pakai Baju Baru =-.

    1. @wanmus, yg ambek gambar direct ni…guna blogspot free…mgkn cara mudah tak nak upload image

      dan yg paling tak tahan..gambar peribadi.. tp bukan kategori bahayalah..kak jie pun tak letak gambar2 yg tak sepatutnya.
      😆

      terimakasih krn penerangan tersebut, boleh dijadikan rujukan orang lain juga

  16. fullamak…ramai giler orang tuh kak jie..patut la nuffnang mencanak2..hehe…nak saya terangkan semua benda tuh bleh, tp kat YM la senang..kalau kat sini..berjela nanti nyer komen saya ni..
    .-= Life For Hire´s last blog ..Info tambahan Buka Puasa Negaraku! bahagian 2 =-.

    1. @tekkaus, perasan……….ada beberapa blogger blogspot copy paste gambar direct , dia tak save as baru upload.

      itulah salah satu sebab bandwidth kontang

      1. @Kujie,

        Ooo…baru faham ni.. Tak sangka boleh jadi gitu, ya.

        Selama ni memang Tie save as dan upload gambar ketika google.. kalau copy paste biasanya tak menjadi. Rupanya itu dikira curi bandwidth , ..waakakaa…
        .-= Tie´s last blog ..Hilangnya satu nikmat =-.

        1. @Tie, bukan tie….

          dia copy dan paste dlm posisi ” compose’ baru jadi.kalau paste masa ‘edit html’ mmg tak jadi

          satu lagi rahsia kerajaan keluar..hahaha

          :mrgreen: :mrgreen:

          satu lagi , yang habis bandwidth ni kalau guna hosting sendirilah..kalau wp free atau blogspot tu, tak halnya

    1. @cheryna, dr pada 10 pengomen awal, hanya sha sorang pompuan…. entri teknikal mcm ni…bukan cerita bab periuk belanga :mrgreen:

      betul sha…kenal blog sendiri, berxperimen dgn blog sendiri dan satu hari kita akan tahu apa yg kita hendakkan…. tiap org berbeza..kita tak boleh ikut org 100%

    1. @Hafizd, apa yg bagus..kak jie nk belajar, tanya otai2..dah org lain boleh ambil ilmu dr apa yg diberitahu..kita share 😆

  17. huhu blog famous sure bandwith kering 😎
    .-= Azfarul´s last blog ..Tips Hentikan sikap Boros =-.

  18. fuuyooo,hits dia banyak tuh. berpinau mata tgk nombor bebanyak nih 😛
    .-= blowie´s last blog ..Sejarah SPM 2009 Tips and Hint #1 =-.

Comments are closed.