Berita Komuniti Kujie:PDN Perlukan Darah
Artikel

Berita Komuniti Kujie:PDN Perlukan Darah

Pusat Darah Negara (PDN) memerlukan antara 400 hingga 500 unit darah terutama jenis ‘A’ dan ‘O’ bagi  menampung bekalan selepas musim perayaan Tahun Baru Cina dan cuti sekolah pada Mac ini.

PDN juga akan beroperasi pada hari Maulidur Rasul yang jatuh pada Selasa ini, iaitu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Operasi pada hari-hari bekerja pula dilanjutkan sehingga pukul 8 malam dari pukul 7.30 pagi, dan hari Sabtu dari 7.30 pagi hingga 4 petang.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi PDN di talian 03-2695 5557 atau 03-2695 5558. – sumber : Bernama Online


Keistimewaan untuk penderma² darah dan kenapa saya tidak menderma darah > baca entri ni darahku bukan kuningjangan gelak..ok!

Dalam laman web PDN dibahagian Informasi Kriteria Penderma dinyatakan

Jangan menderma darah jika anda:

  • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
  • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
  • Kenapa ye? Membuak² perasaan ingin tahu saya tetapi tak jumpa info…ada sesiap tahu sebab² kenapa golongan ini tidak dibenarkan menderma darah?

    ©kujie – Jenis darah AB+

    Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

    12 thoughts on “Berita Komuniti Kujie:PDN Perlukan Darah

    1. salam kakjie,
      darah saya jenis O dan saya suka menderma darah,
      ada dapat sijil penghargaan dari sultan lagi..
      tapi.. bila diri sendiri kehilangan darah (agak byk juga) masa melahirkan baby baru2 ni darah saya tak diganti pun..
      pihak berkenaan kata darah boleh terbina dengan sendiri..
      saya terima sebab tahu risiko terima darah orang lain lebih besar dari risiko asyik nak pitam bila kekurangan darah..
      sekarang ni asyik makan ubat tambah darah sebab masih pening2 lalat

    2. aduh! cerita pasal jarum ni teringat kes tahun lepas ditahan di hospital sini. rasanya ada 6 kali cucuk jarum tapi tak jumpa urat oleh doktor pelatih.

      sakit memang la sakit tapi nasib baik doktor pelatih tu muda jelita, tahan je lah.

    3. Honest !Tak pernah derma darah.

      Tapi sakitnya kena cucuk jarum masa nak masukkan iv drip kat wad hospital ujung tahun lepas, tak dapat nak cerita.

      Doktor pelatih yg tak reti nak cari vena. Sampai 3 kali cucuk pun masih tak jumpa. SAKIT !!

    4. saya darah o. bulan ni nak kene derma darah kat wife saya.doktor suruh spare untuk wife saya. due date dia bulan 5 ni.

      dia perlukan darah spare kerana takut uri lekat coz anak pertama uri lekat. takut gak nak derma darah ni.maklumlah pertama kali

      bila dah biasa, maybe saya boleh derma darah kt orang lain plak kot

    5. bukan kak jie..dia paksa darah saya keluar coz darah saya keluar lambat compare ngan drah mat salleh yang lain…soo..dia benamkan jarum tu ,pushh tolak2..memang sakit sangat..last2 saya kata, stoppp…Taknakk….membazir je setengah pine darah saya …dahla saya fobia darah,terus lepastu dah tak takut nak menderma darah lagi…fobiaa….

    Comments are closed.