Bantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVM
Isu Semasa

Bantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVM

care for a crime or two, anyone?

Blogger-blogger senior di tahun 2008 boleh mengimbas tagline ini. Ini adalah tagline blog Kamal Affendi Hashim atau nama blogger – kamal fnd hashim.    Blog beliau sudah tidak diupdate sejak setahun yang lalu.  Mungkin facebook telah membunuh minat menulis blog seperti beberapa rakan blogger saya yang lain. Saya mengikut blog ini sejak tahun 2008 sezaman dengan blog saya yang ini.  ( Blog saya yang terdahulu dihasilkan pada tahun 2005 )

gambar kamal affendi hashim sakit

Kamal Affendi Hashim adalah seorang penganalisis jenayah yang terkenal di negara kita. Kerap melihat beliau menjadi jemputan beberapa rancangan televisyen dan membaca penulisan beliau di dalam akhbar mengenai tips dan panduan pencegahan jenayah.

Saya masih ingat beberapa gerakkan mempertahankan diri bagi seorang wanita jika berlaku serangan oleh penjenayah.

Berita sedih yang saya ikuti sejak semalam dari blog saudara Mazidul Akmal Sidik mengenai Kamal Affendi Hashim yang sedang sakit. Menurut cataran blog, Kamal Affendi Hashim mengidap penyakit Arteriovenous malformation (AVM).

AVM disebabkan oleh urat ekstra yang berada di dalam kepala dan urat tersebut akan mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak beliau dilahir tetapi tidak disedari.  Sekali sekala, akibat AVM ini , beliau tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan dan selalu berasa sakit kepala.

AVM adalah penyakit konginental iaitu ada sejak ejak lahir dan semua syarikat insurans tidak membuat tanggungang kepada rawatan penyakit ini.

Beliau merancang untuk membuat Cyberknife Surgery yang memerlukan kos RM 40.000 . Marilah kita sama-sama membantu , sama-sama meringankan beban yang ditanggung beliau dengan menyalurkan sedikit sumbangan ikhlas. Ini adalah nombor akaun Kamal Affendi Hashim – Public Bank 4007 85 2927.  Facebook Kamal Affendi 

Kamal Affendi adalah seorang individu yang yang banyak jasa dan pengorbanannya pada masyarakat dan negara. Beliau sering memberi ceramah kesedaran yang sangat berguna dan membuka minda kepada masyarakat. Semoga Allah permudahkan segala urusan kesihatannya dan sembuhkan beliau dengan segera.

Allaahumma irzuqhu assyifaa’ al-‘aajil inkaana khoiran lah.. Ya Allah kurniakan kesembuhan segera baginya, andai ada kebaikan buatnya

 

Gambar dan rujukan –  SOS! SOS! JOM MEMBANTU KAMAL AFFANDI HASHIM UNTUK TERUS BERCAKAP

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

15 thoughts on “Bantu Kamal Affendi Hashim Yang Sakit AVM

  1. Sepatutnya syarikat insuran tanggung…bukan mahal pun kos perubatan nya…bawah 50k….sumbangan yg dia dapat baru 2k lebih jer…jom sama2 kita bantu.

  2. beliau banyak menyumbangkan pengalaman dan ilmu beliau kepada masyarakat..

    terfikir juga tiadakah badan-badan NGO atau pihak kerajaan yang tampil membantu beliau, atas jasa-jasa beliau..

  3. tadi dayah terbaca kat satu blog pasal cerita nih..
    sedih rasanya…
    harap2 dia cepat sembuh dan ramai yg membantu.
    setakat yang termampu.

Comments are closed.