Anak

Sekolah Menengah Teknik Sepang

EDIT : Permohonan Kemasukan Sekolah Teknik dan Vokasional 2011 dibuka sekarang. Klik Permohonan Dalam Talian Sekolah Teknik Dan Vokasional 2010

Dalam minggu ini ramai anak-anak yang masuk ke blog ini mencari Sekolah Menengah Teknik Sepang. Ya anak-anak, makcik memang pernah ke sana kerana anak makcik memang belajar di Sekolah Menengah Teknik Sepang . Tahun depan dia dalam Tingkatan 5KA1 ( KA – Kejuruteraan Awam ) .

Makcik bukan makcik kantin sekolah tersebut atau tukang masak di Dewan Makan Asrama atau pun cikgu yang mengajar di sana, jadi  kalau perlukan apa-apa maklumat, silalah klik di sini Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik

Anak-anak boleh membuat permohonan baru atau mengemaskini permohonan sedia ada atau membuat pertukaran kursus atau sekolah  dan  tarikh tutup permohonan adalah pada : 15 Januari 2009

Semoga anak-anak berjaya mendapat keputusan PMR dengan baik. Maklumat tambahan, jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sekolah tersebut, add myspace anak makcik http://www.myspace.com/amirul_syazwan

Peta lokasi sek.men.teknik sepang
Peta lokasi sek.men.teknik sepang

Cara menggunakan google map:

Klik http://maps.google.com

Get Directions  > pada point A – isikan tempat permulaan carian ( contoh : Kajang, UPM Bangi, Nilai )

Point B  – Sekolah Menengah Teknik Sepang

Klik Get Directions

Kita boleh drag route untuk pilih jalan lain.

Breaking news :
Liverpool – 2  Bolton – 0
Dirk Kuyt (28′)
Steven Gerrard (73′)

EDIT : Laman web rasmi Sekolah Menengah Teknik Sepang -> septechs.edu.my

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

84 thoughts on “Sekolah Menengah Teknik Sepang

  1. undoubtedly appreciate your website however, you have to take consumers transliteration on quite a few of your respective content. Most of them usually are filled by using punctuational troubles and that i in discovering them pretty problematic to share with the fact even so will definitely keep coming back once more.

  2. SMT Sepang kini dh ditukar namanya kpd SMV Sepang kan, saya confius la plak apa bezanya dgn Kolej Vokasional

  3. ada tak kekosong untuk pelajar baru maendaftar ? saya betul2 berminat dengan smt sepang.

  4. bagiamne pula nk mohon jdi guru sekolh teknik kelayakan yg mcm maner yg diperlukan???

  5. kalau ada kekosongan guru untuk matapelajaran yang berkaitan, plis let me know k.

  6. tahniah saya ucapkan kepada warga smk teknik sepang kerana laman webnya memberi informasi berguna utk saya. saya guru yg sedang mengintai-ngintai sekolah yg sesuai untuk kursus saya..saya guru rekacipta n minor, teknologi kejuruteraan..sekarang mengajar khb ERT dan pendidikan seni di sekolah di Selangor..saya mmg minat utk menjadi tenaga pengajar di sekolah ini..tapi xtau la ada rezeki ka x..he2!!

  7. salam..
    sek ny bez la gak..
    tp…
    ade gak yg x bez..
    alarr..
    sume sek mcm ni…
    tol x???
    ajak la abg raja dtg bg cramah laggggiiiiiii….

  8. As salam. kujie,anak kak pun ting 5 tahun ni kat smts.tapi kan tiap2 dua minggu dia orang balik.hai..susah hati akak kalau balik selalu ni.bila balik mengadap tv citer jepun,korea semua ada.baca buku usah harap.tu yang susah hati akak kalau dia balik. duduk asrama ada juga masa prepnya.harap2 lepas cuti ni sebulan sekali je le balik. penat juga nak menganto mengambiknye.dengan tol lagi….

    1. @cempaka putih, skrg form 5 balik sebulan sekali..sy tak hantar dia..dia blk sendiri dgn komuter..saya bagi dia touch N go kad.

  9. ahahah,tak sangka pulak boleh jumpa blog makcik.
    tadi saje2 menggoogle ‘sm teknik sepang’ sbb ade kawan kat sana,
    tiba2 ade link no.7 mcm kenal jea,rupanya blog makcik. heheheh 😎

    blowies last blog post..Cubaan Meracun Adik oleh Budak 5 tahun

  10. salam pn…
    sy cikgu kat teknik sepang, bertuahnya pn dapat anak yang bole berdikari. mmg ada ramai pelajar yang x dapat sesuaikan diri di asrama dan akhirnya mengalah. saya pernah berjumpa ibu bapa yg terpaksa dtg ke asrama setiap minggu utk ambil baju kotor anak utk didobi

    1. @ibuaiman, Terimakasih cikgu… saya pun melihat dgn mata kepala bagaimana pelajar yg bawa beg sarat macam nak ke luar negara 2-3 tahun….

      ibubapa ada yang datang hari sabtu, kutip pakaian anak2..bawa balik basuh..hari ahad datang lagi utk pulangkan pakaian bersih..

      oeh….mewah kasih sayang sungguh..

      saya tak dapat nak buat mcm tu…. saya nak latih anak saya berdikari..dia lelaki…selepas bersekolah..masuk kolej..bekerja..dan insyaallah akan berkahwin..saya nak dia tahu buat kerja rumah serba sedikit…zaman skrg…lelaki dan perempuan sama2 punya peranan utk keluarga . Wanita skrg ramai bekerja dan saya tak mahu “menantu saya nanti”( hahahaha..jauh tu fikir) terbeban dengan segala macam kerja rumah sedangkan mereka sama2 bekerja.

      Kita sebagai ibubapalah yang mesti mendidik anak2 dr sekarang.

  11. sekolah ni teruk regimen mengalahkan sekolah askar pulak! rata-rata pelajar merungut tak cukup tidur dan dewan makan/kantin yang sungguh kotor!

    1. @wan, anak saya tak de komen apa-apa…. selasa lepas dia dan pengawas pusat sumber pergi pesta buku di pwtc.

      keselesaan dan penerimaan setiap org berbeza bergantung apa yg kita kehendaki dalam hidup

  12. ASSALAMUALAIKUM.. sy dak pom3 n sy nk cri sekolah teknik tp sy xtaw cmner care nyer nk dptkn borang.. n sy interest gn sekolah niy.. help me.. 😥

  13. ok..thanks..mmg sy x paksa dia ke sana..dia yg beria – ia nak ke sana..lagipun kwn tiusyen dia ada cuma lain dorm je..sy & hubby akan cuba pujuk dia masa cuti ni..sy mmg x biasa b’pisah dgn anak..tp sy cuba x tjk dpn dia wpun smlm banjir seharian..suami sy pakat gelak je..tp sy tau dlm hati dia hiba gak..Jie..sy tgk skolah tu ok je..guru2 kat sana sy x tau lg sbb x biasa lg..jie mgkn dah kenal kot..pergaulan budak2 ok kan..undang2 kat sana ketat sgt x..hopefully x sgt..

    1. samalah..saya pun awal2 dah kena perli…” mlm ni banjirlah….”
      mmg tak pernah berenggang pun..tiap hari sejak tahun 1 sy yg hantar jemput kesekolah..segala aktiviti koko kita pun sama2 ambil tahu…

      tiba2….dia akan uruskan sendiri….sedih…menangis..tapi kalau anak tu rapat, Insyaallah…dia akan ingat kita juga.

      Baru 2 hari lepas, saya bersunggut dgn Angah ( anak ke 2, 15thn ), dah 2 hari Along tak tepon…tak sampai 15 minit..tiba2 telefon berdering…dia yg telefon…itulah..sy percaya pertalian ‘ deria ke-6 ‘ antara ibu dgn anak mmg ada.

      Anak saya mudah…tiada rungutan…biasa tempuh susah senang… bersusah payah bukan satu masalah bagi dia. Dia tak pernah bawa beg sarat baju2 utk bawa balik basuh di rumah..dia basuh sendiri di asrama.

      Kawan2 lain ada ber beg besar2…usung semua balik basuh di rumah..dia cadar pun cuci sendiri. Balik bawa diri je….hehehehehe

      tiap org berbeza….bergantung pada individu anak tu sendiri dan mcm mana pendedahan kita / kepercayaan kita. Saya harap anak puan akan dpt sesuaikan diri nanti…utk masa depan mereka juga.

  14. slm, anak lelaki sy smlm msk teknik sepang..so kira br 2 hari la ni…dia sebenarnya br first time dok asrama..sy igt ok la..tp ptg td dia call..lain mcm je sore dia..alamak camna blh jadik camni..saya yg gelabah..pujuk dia..br sgt mmg nak sesuaikan diri lambat skt..dia kata bljar ok tp yg dia boring masa dlm dorm..boring giler..mklmla x de tv dll..jumaat ni ada mesy.PIBG kat sekolah pas smbhyang jumaat..boleh bawak anak balik..tu yg nak slowtalk dgn dia masa cuti nnt..apa pendapat jei ya…

    1. Salam…anak saya pun lelaki . Masalah ini sama saja…Anak saya dulu memang pilihan dia untuk ke sekolah teknik dan tinggal di asrama jadi tiada rungutan sangat walaupun itu pengalaman pertama.

      Tapi biasalah mula² mesti rindu…mesti nak tv…nak hp….ingat kawan². Cakap saja…dia dah form 4 dan tiba masanya utk berdikari dan belajar uruskan diri sendiri.

      Apa yang dia rasa semua orang rasa…dan kalau org lain boleh, kenapa kita tidak…pujuklah…sebulan nanti elok tu…dah kenal kawan² lain.

      🙂

  15. kak jie …. dengar cerita warden kata memang tahun ni depa start bagi hari ahad yang tak balik, boleh outing kalau ada ahli keluarga yang mendaftar ambil. akan tetapi sewaktu outing ahad tu ada seorang pelajar yang tak balik ke sekoah sebelum jam 6ptg tetapi bapanya hantar pada pagi isnin. depa tak bagitau warden kenapa just pi sekolah isnin pagi macam tak ada apa-apa berlaku. so warden dan guru semua bengang dan ban outing terus. sungguh tak adil. disebabkan seorang pelajar semua yang kena! pengetua pun satu, sepatutnya siapa yang langgar undang2lah yang kena tanggung akibat. ban je budak tu dari outing sebanyak mungkin ke apa. ni semua yang kena. kalau cakap tak adil, memangah tapi rasanya bab ni cikgu dan pengetua seakan bodoh piang menggunakan kuasa! mak bapak budak tu lagi bodoh piang, kalau mak bapa tunjuk lagak above the law, boleh buat sesuka hati, apa yang diajar pada anak? mak bapa takdak hotak. nanti anak jadi lembu. sorry ye sebab tengah geram sangat-sangat ni. kak jie ada active dalam pibg? maybe kita boleh bangkitkan isu ni. waktu & peluang outing hai ahad tu sangat baik. dahlah masa kita dengan anak-anak singkat. disebabkan seorang, jangan semua menanggung akibat. everyone must be responsible. so, hukumlah sesiapa yang patut dihukum tetapi jangan hukum membabi buta. pihak sekolah sepatutnya teruskan usaha murni mereka.

    1. owhh..ye ke?
      alahai…kenapalah ibubapa pelajar tersebut sanggup buat macam tu….jadilah teladan yg baik utk anak2…kasiah budak2 lain tak boleh outing kerana dia.

      sebenarnya tahun lepas mmg tak boleh outing….mungkin cikgu nak test dan benarkan..tiba2 jadi kes macam ni…dia pun pening nk fikir2…terus batalkan outing…

      rasa mcm peluang yg diberi tidak dihargai.

      saya pun sempat sekali bawa anak outing…… 😐

  16. aduh, betul ke hari ahad yang tak boleh balik boleh outing? maknanya keluar dengan parentslah ye? harap-harapnya begitulah. mana kak jie dengar cerita ni sebab saya tanya warden dan guru kat situ, dia kata tak benar. 🙁 🙁 🙁

    1. anak saya sekolah di situ, tahun lepas memang tak boleh
      tapi tahun ini, boleh
      anak saya dah sekali outing…saya bawa keluar
      saya tak pasti pula kalau peraturan telah diubah.

  17. kat sekolah ni ada washing machine dan dryer? ke kena basuh tangan?

    sikit nya masa untuk tidur? off-lights 11:30 and jam 6 pagi dah kena pi makan breakfast? dulu time i kat sekolah asrama, off-lights jam 10malam and breakfast 6:45am.

    balik 2 minggu sekali kan? time tak balik, boleh ibubapa melawat?

    handphone langsung tak boleh bawa ye? public phone ada ke? bebas untuk guna?

    satu dorm berapa orang?

    dan yang paling pentng sekolah ni ada bullies tak? orientation macam mana? risau gak sekolah berasrama ni sometimes sampai mati bebudak kena buli.

    thanks for your answer (nanti)!

    1. saya risau nak bagi pendapat sbb ini hanya pendapat peribadi saya dan hanya dari pengalaman anak saya..tiap org mgkn memandang sesuatu isu tu berbeza.

      waktu melawat hari sabtu selepas pukul 2
      hari ahad dari pagi hingga jam 6

      mmg ada washing machine, tak salah saya rm 2.50 sekali basuh. Anak saya cakap, dia share dengan kawan.

      Time breakfast 6 pagi? Saya tak pasti..mengikut anak saya, lepas sembahyang subuh berjemaah di surau boleh sarapan . Tiada waktu tetap…. dewan makan dibuka jam 6 pagi dan tidak semestinya kita kena bersarapan waktu itu. Maksud di sini, tak semestinya serentak

      masa saya dulu2….makan t/hari, mlm dan pagi serentak…tunggu semua masuk baru makan..tapi sini lain la pula….ikut suka hati!

      Handphone mmg tak boleh bawa ke sekolah, kan?
      Ada public phone…anak saya telefon seminggu 2-3 kali.

      Susah ke senang sy tak pandai nak menilai kerana tiap orang kesusahan dan kesengangan tu berbeza2…setakat ini tiada rungutan yang saya terima. Ini adalah pengalaman hidup dia…pelajaran yang akan membentuk jatidiri dan keperibadian masing-masing.

      Tentang kes buli, percaya tidak kalau saya cakap di sekolah harian juga berlaku. Insyaallah setakat ini anak saya selesa dan dapat menyesuaikan diri dgn baik.

      Ini pengalaman saya, mungkin orang lain brbeza…

      1. @Kujie, THANKS SO MUCH.

        yES, i FAHAM PENDAPT PERIBADI.

        and betul tu semua sekolah tak terkecuali dari pembuli akan tetapi sekolah asrama ni disebabkan mereka tidak balik ke rumah ie 24jam bersama-sama mereka, peluang dibuli lebih sikit.

        Alamak, tertekan caps lock pulak. Bukan bermaksud nak menjerit. Sorry ye.

        Sekolah anak saya sekarang boleh bawa handphone cuma tak boleh on waktu sekolah. Kalau on kena rampas terus tak dapat balik. Mereka beri kemudahan untuk bebudak mengatur waktu disebabkan kelas tambahan, ko-ko dsb.

        Maknanya, time weekend tak boleh balik, kita boleh melawatlah ye. Cuma tak boleh bawa dia keluar. Ok juga lah tu.

        Ada washing machine – bagus. RM2.50 sekali guna kira murahlah tu. Harapnya ada dryer sekali.

        Apapun, terima kasih di atas kesudian menjawab pertanyaan saya.

        THANK YOU!

        1. owh..tak pe saya boleh edit. 🙂

          mulai tahun ini dia org ada ‘outing’ setiap hari ahad dlm minggu yg tak balik rumah.
          Sekolah anak skrg ( hulu selangor ) ada 4 public phone di kawasan koridor kelas,mudah menghubungi keluarga. Mungkin area Kuala Selangor lain…

  18. Anak saya dapat sekolah teknik sepang.

    okey tak sekolah tuuu

    info sebelum ni membantu. tq

    duit yuran ye.. agaknya dah termalu kata yuran semua free,
    minggu lepas pi meeting PIBG semua bayaran
    melalui PIBG ibarat PIBG yang minta bukan
    pihak kementerian. Sama la juga tu mana ada yang freee

    agaknya dia fikir kita belum matang kot

  19. ye, skrg laman web SM teknik sepang dah 80% siap 🙂
    kata pihak skolah tahun dpn baru nak launch 😀
    tapi kena siapkn cpt sket hehe

    kentos last blog post..Cara Hias Subscribe Box FeedBurner Blog Anda

  20. SMT Sepang mmg bagus! hehe 😉
    laman web rasmi diorang on the way! mmg gempak! 😀
    nntikan updates dr kami ZYZYX Design Studio 😉

    kentos last blog post..Rising Fighting Spirit

  21. tiap-tiap bulan jalan ikut sekolah teknik sepang..pasal anak belajar kat ktt salak tinggi..kalau org tak biasa memang boleh sesat kat sana tu………

    1. @kak ina, mula2 dulu saya selalu sesat…sesat kat putrajaya..hehehehe…tgok sama je jalan dia..tak de apa2 mcm bangunan ke nak dijadikan ‘landmark’ :mrgreen:

  22. Hu Hu Hu kak jie punya blog N3 dah setaraf dengan Google/yahoo mempunyai peminat dan menjadi tempat persingahhan mencari maklumat 😆

    hashim habeeds last blog post..Saya akan Bercuti Hu Hu Hu…

  23. Aiseh penyokong Liverpool ke.? Musuh ketat nih.. :mrgreen:

    nuaemans last blog post..5 Website yang sanggup membayar dari setiap hasil tulisan

  24. dulu, neeza selalu buat promotion di sekolah menengah teknik.. tapi kat sepang tak pergi sebab tu orang Selangor dan KL cover…

    diorang ni nanti boleh continue buat diploma atau degree dalam bidang Engineering… semoga anak Kak Jie berjaya dalam PMR.. Insyaallah…

    Neezas last blog post..Kakok, nok kek!

  25. betol tue. liv mng. mu mng. tp ars kalah. cian kat life4hire.

    Sweet Thinkers last blog post..Panggilan Kecemasan Untuk Lelaki Malaya

  26. hehe.. lucu pula n3 kak jie nih. tak pasal2 jd promoter SMT Sepang.

    yes! liverpool rock.. hehe. betul ke kak jie minat bola? liverpool? huhu

  27. btol tuh…semoga niat suci murni kak jie dpt menolong orang mencari sekolah teknik dan juga menemukan jodoh utk anak kak jie..untung2 dapat menantu tau…

    |1f34|-|1r3s last blog post..Inserting Adsense Code To Your Blog Post

    1. @|1f34|-|1r3, org sesat kena tunjukkan jalan..dia org cari maklumat yang baik tu..kena tolong.. 😆
      kata org kenali dulu sebelum buat pilihan

  28. kak jie promo myspace anak bujang kak jie..heheheh…

    arins last blog post..Ramai nya manusiaaaaaaa..

  29. tak pasal-pasal kena buat entry khas Sekolah Teknik eh kak. HAHA. tapi tak apa. jangan menghampakan pencarian adek2 yang meng-google. Hihi

    1. @chika, kalau yang cari awek kakjie leh tolong, tak kan yg cari maklumat berguna ni kak jie tak tolong…. 😆
      entah2 anak saudara kakjie..anak jiran2 kak jie…atau adik korang 😆

Comments are closed.