Edit kisah penuh. Di bawah tu catatan ringkas tengah malam.
Pajero saya perlu tinggal di workshop 2 minggu. Perlu keluarkan engine dan betulkan chassis. Chassis dah lari ke kiri sewaktu kemalangan turun dari Cameron Highland bulan Jun. Saya tak pernah cerita kes ini – masa suami balik bercuti ke Malaysia ni. Kereta tak boleh buat alignment tayar kerana chassis ( body ) dah ‘lari’ ke kiri. Tayar depan kanan lurus, tayar depan kiri mengiring ke kiri… keluar dari chassis. Selain dari stereng , masalah tayar ‘makan sebelah’. Kemalangan tu 3 hari sebelum suami kembali ke Algeria jadi tak sempat dibaiki waktu itu.
Jadi semalam saya ke Shah Alam , ambil Serena. Perlu tunggu sehingga 3.30 petang bila Intan balik dari sekolah. Kakak ipar saya hantar hingga di depan sekolah Intan dan memang waktu itu hujan.
Tunggu bas hampir 20 minit dalam gerimis. Dalam perjalanan dengan bas ‘old skol’ Along telefon beritahu dia perlu booking kondo untuk semester depan. Deposit RM 350. Macam mana nak buat ‘banking online’ dalam bas ni… bukan depan pc.
Otak yang sihat , cepat cari jalanya. Saya buat keputusan untuk berhenti di bandar Rawang, cari ATM Maybank untuk buat perpindahan wang. Berlari² lagi dalam hujan untuk ke Maybank.
Tak sampai 5 minit , urusan selesai. Syukur dengan teknologi. Yang utama, bersyukur ada duit dalam akaun!
Masalah baru – macam mana nak ke stesen komuter dalam hujan? Cari kedai cenderamata – beli payung. RM 16 untuk sekaki payung yang saya tak puashati kualitinya. Itu saja pilihan.
Kami anak beranak berdua-duaan berpayung melintas jalan sesak Rawang dan disapa percikan dari kereta lalu lalang. Ini kehidupan – bukan kereta yang salah , bukan kami yang salah. Masing² lalui jalan hidup mengikut watak masing².
Selamat sampai di stesen komuter – waktu melipat payung dot dot warna pink , besi rangka payung melukai ibu jari. Darah menitis bercampur air hujan. Pedih tak boleh nak cakap. Sesiapa yang tahu dan kenal – saya adalah manusia yang ‘mabuk darah’. Doktor suntik untuk cabut gigi pun dah pengsan. Serta merta darah menyerbu ke kepala dan rasa mual dan loya. Sekuar tenaga saya tahan dan abaikan kacau bilau yang bermain-main di minda.
Dua mesin tiket ‘out of service’ – mesin for display only. Beratur untuk beli tiket dengan kaki seluar yang basah dan separuh badan yang lembab. Saya guna Touch N Go tetapi perlu beli tiket kanak-kanak untuk Intan.
Terpampang di board tren seterusnya dalam masa 5 minit tetapi selepas menunggu lebih 30 minit baru tren tiba. Hujan lebat mencurah² – manusia dan payung sama banyak di tepi² landasan.
Tren Rawang – Seremban bergerak juga – Intan ambil peluang untuk siapkan kerja sekolah.
Sampai Stesen Putra, kami turun untuk transit komuter ke Shah Alam. Hujan makin lebat. Waktu puncak semua pekerja² makin ramai di tepi landasan – Jalan Kuching sesak teruk.
Pukul 6 petang – tren Batu Caves – Pelabuhan Klang baru sampai. Masing² tak pandang kiri kanan – asal dapat loloskan diri ke dalam badan gerabak bergerak ini. Masing² ada destinasi ada keperluan.
6.40 petang selamat turun di Stesen Bt 3, Shah Alam. Adik cakap – ” 15 minit lagi sampai….” . 30 minit seterusnya baru nampak kelibat dia dalam hujan lebat. Tak perlu beritahu, saya dah faham. Jem teruk.
Sampai kat rumah adik hampir 7.40 malam. Laluan bertentangan tak sesak seperti masa dia datang. Intan mandi tukar uniform sekolah dan itu ini makan minum – sembang lebih kurang – 9.30 malam saya bergerak balik.
Bergerak dalam 2 kilometer, rasa lain saja… aduhai! Berhenti di Petronas depan kilang gula, bukan bonet dan KERING! Belum gerak jauh sangat, jadi radiator belum panas – bukan pelan² dan rehat. Beli cokelat dan nikmati pengalaman yang mungkin akan kami lalui sepanjang malam ini. Cool..bukan?
10 minit kemudian, isi 2 liter air. Cek kipas, hidup. Ambil keputusan untuk teruskan perjalanan. Masuk Tol Jelutong , selepas susur keluar Bukit Subang sekali lagi telinga menangkap ‘bunyi mengelegak’ . Cepat² saya bagi signal dan berhenti di bawah jejantas susur keluar Bukit Subang ( E 35 9 ).
Tel 103 directori Telekom untuk dapatkan nombor GCE. Saya guna Smart Tag, tak ada tiket . Saya tak berani keluar atas sebab keselamatan.
5 minit kemudian, bantuan datang. Itu ini begitu begini, buka itu ini cek itu ini, belek itu ini….cadang itu ini begitu begini -segala bagai. Nampak air menitis.
Isi lagi 2 liter air dan saya memandu keluar dari highway. Dalam masa yang sama saya telefon mekanik saya yang biasa berurusan dan dia hantar tow truck di plaza tol terdekat. GCE adalah sistem tol terbuka. Saya perlu melalui Plaza Tol Elmina dan Bukit Lagong sebelum saya keluar memasuki Lebuhraya Plus.
Lepas plaza tol, berhenti di bawah lampu terang benderang – buka bonet depan kereta dan tengok air dah kering. Tunggu tow truck datang.
Nasib baik hujan dah berhenti – baru terfikir pasal hujan …hehehe
Trak tunda datang, dia buat kerja dia – kami masuk dalam kereta dah ditunda hingga ke workshop. Laju giler budak ni bawa trak tunda. Dia tarik dari belakang jadi kami yang duduk di kerusi pemandu dan penumpang depan memandang arah belakang. Seriau dan silau lampu kereta belakang.
Ambil peluang ‘waktu rehat’ dengan bersms cerita pengalaman baru , laporan lalulintas kepada encik suami.
“Abang jangan risau – saya cukup kuat untuk tempuh semua ni..sebab tu ditakdirkan ditinggalkan jauh²”
Sampai di workshop, pomen dah tunggu dengan kereta untuk hantar kami balik ke rumah. Syukur sekali lagi kerana sebelum pergi abang dah kenalkan ‘pomen untuk cover’ .
10 minit perjalanan , kami selamat tiba di rumah.
p/s – masa masuk plus highway – saya guna smart tag, waktu keluar tak tag pun……….macam mana ye?
Nota :
Toll Free GCE – 1 300 88 0035
Hotline GCE – 03 6038 5052
No Tel GCE Elmina – Pejabat Prolintas – 03 6038 5270
Salam
Alhamdulillah, Kak jie dan intan selamat sampai rumah juga. Banyak tenaga guna sepanjang hari tu…tenaga turun naik train, tukar bas pun dah berapa kalori…campur lagi tengah ujan.
Namun, saya tetap percaya “Allah hanya bagi ujian takat hambaNya mampu pikul sahaja”
Selamat rehat ya…caver tenaga
guthrie bukit subang tu adalah exit jalan ke rumah saya kak jie. selalu sangat saya ikut guthrie. lagi2 nak ke shah alam tuh..takpelah, dugaan tu kak jie. yang penting selamat.. 🙂
hebat k jie…kalau saya mesti nangis tapi jln.
kakjie, macam mana keluar highway boleh tak tag? sebab towing car tu tunda keter kakjie ke? lepas plaza tol tu baru masuk tol ke selepas keluar tol?banyak sgt masuk highway sampai sy pun konfius membacanya, huhu
oh.. perjalanan kita bertentangan kak jie.. sy kelam kabut ke klang dalam hujan lebat malam tadi… tah2 kita berselisih dekat hiway tuuuu
betul tu……
Dugaan hidup kak jie..memang sukar kita nak bertarung dengan keadaan tetapi setelah melaluinya..apa yang keluar di mulut adalah alhamdullillah..syukur 😀
macam -macam yang berlaku dalam 1 hari
saya harap saya sekental kak jie 😉
tak juga Maza – tempuh saja apa pun…nikmati macam cokelat 😆
he he he…. entah, cik serena makin tua makin merajuk…nak2 bila dengar kita nak jual…tiba2 je meragam
betul tu..sebab tu untuk bergerak masa cik abang tak ada ni, lebih selamat gunakan lebuhraya.
tak..ada urusan lain
ada berbagai kisah sebenarnya…hehehe
dah lewat malam. update ringkas saja…
Sebab pernah alami semua² tu masa abang ada… kami dah biasa anak beranak dilatih untuk susah.
Ada orang pernah cakap ‘ saya nak naik komuter pun tak tahu’
bayangkan..itu semudah mudah sistem pengangkutan..belum lagi bas2 lompat old skul segala bagai tu
apa yang penting? keselamatan..
memang kisah dia panjang… dari kul 3.30 petang, dengan bas, komuter – kereta – trak tunda – kereta.
kak jie orang biasa yang tempuh pengalaman biasa-biasa
Panjang lebar nampaknya cerita setelah di update… 🙂 baru aa faham macam mana kak jie balik, dok terfikir kak jie bawa balik kereta tu gak malam tuh. Pengalaman sehari yang tampak memenatkan… huhuhu.
Salam,
Saya “angkat topi” dengan Kak Jie,mampu mengharungi kepayahan sebegitu,jarang ada wanita yang menggunakan “six sense” mereka,selalunya mudah panik dan menangis.
Semoga Kak Jie tabah selalu..
Owhh okeh, ingatkan pomen overtime… 😀 jenuh gak bila jadi camtuh…
itu ringkasan je tu….
pomen pun belum bangun kot..hehe
Nasib baik takder apa2… Kereta dah siap dibaiki ke kak jie?
sabar…..je la kak jie..cobaaaan
sorang2 jer ker? sedihnyer
Ujian kecil tu pasti ada HIKMAHnya di sebalik apa yang berlaku.
breakdown lagi ok drpada kemalangan 🙂
nasib baik kak kujie slamat.. teeheee
takpe kak jie..syukur dalam highway kan.. syukur semuanya selamat..
aduhaii… fening kepala tu..
mudah2an segala2nya selamat gitew..
ameen
Alhamdullilah.. tiada apa2 dan selamat sampai umah.. Kereta serena itu jugak ke? Kak
syukur tak jadi apa2. nasib naik highway kalau guna jalan biasa ntah apa nak jadi.
haik kak jie.. balik kampung lagi sekali ker? erm.. syukur alhamdulillah, selamat tiba dan boleh update blog.
dugaan je tu…jnji selamat smpai jugak kan