Baru 1.30 petang – sudah 2 rumah hari ini datangnya rezeki.
10 pagi saya dah ke majlis Yassin & Tahlil @ jemputan Aidilfitri. Majlis sosial makcik² – berselawat bersalam, bertegur sapa , bergurau senda hidup berjiran tetangga.
Hidup dengan jiran tetangga yang bekerjaya, hujung minggu di akhir² Syawal ini jemputan sentiasa bertindih. Selesai satu rumah, terus ber’baraan’ ke rumah seterusnya.
Akhiri majlis, acara makan². Murah rezeki tuan rumah dengan berbagai menu yang sedap². Semua yang dihidang mahu dicuba dirasa. Baru habiskan semangkuk laksa, teringin bangun lagi dapatkan puding dan kuih muih terdengar suara halus di hujung meja.
” eh…awak makin kurus, diet ke….makan produk ke…”
Begitu lunak ayat tersusun, terpesona dengan diri sendiri. Melekat terus di kerusi, tak jadi bangun. Terbantut selera. Graf nafsu yang tadinya berada pada takat didih terus menjunam suhu di bawah takat beku.
Moral of the story – berhati²lah memilih kawan!
©kujie – jemputan petang nanti nak kena pastikan duduk dengan group makcik² lawa – bolehlah tumpang aura mengawal nafsu.
hehehe boleh la tips ni.. boleh dicoba..
tapi kan… klu dapat kawan cam saya ni kene tahan malu jela member2 yang berdiet tuuu sebab sy tak segan silu nak menambah
xper comment box ni dh cute..alaaa..x leh ari ni ee..xper ayu tunggu besok
kalau saya saya makan je pedulikan orang nak cakap hehehe.. rugi o xmakan
Datang dari versi mobile memang best n ringan.
betul lah tips tu kak jie…..kawan sebagai pendorong untuk diet…kawan akan tegur kita dengan ayat kiasan yang sungguh lunak..mana tahu bila suami kak jie balik nanti dia akan cakap “eh salah rumah ke apa”
bersenam dan bersenam dan bersenam
kawasan rumah maza skrg ini sudah tak semeriah dulu.. dah tak ada selawat, segalanya sudah diam, senyap gitew…
ini semuanya gara-gara masalah politik dalaman.. aderkkk
yg tinggal cuma napsi2…
sayangkan?
hehe. tarbaik lah tips ni.
betul gak tu. kalau laki2 macam mana pulak?
hehe 😀
wokey boleh practise tips ni……hujung minggu ni.
mind to share my tips ..usually masa nak makan macam2
bulan syawal ni,saya selalu ingatkan diri menghargai rezeki
yang ada…ramai lagi yang susah di luar sana tak dapat
merasai seperti kita…..so bila ambil makanan tu ala kadar..
tak bolehlah, ada beberapa css nk kena repair..hari ni tak sempat
bz
kebetulan kak jie…tengah dok bukak sana bukak sini..sedut sana sini..ha..ha
tetiba tukar kaler…waaa..comey aaa..comey sesangat
baru dok godek2…dia dah tgok..aishhh
belum potong reben 😆
comment box ni mcm sempit
kak jie..comey2..warna blog ni comey..sesuai sgt…
batul tu kene pandai pilih kwn….tp kalu xder pilihan camana? ha..ha
berbaraan?? huhuh first time dengaq ayat ni huhu…xpenah tgk lagi akk kujie secara live hehe
nak rendang kerbau! hehe 🙂
sedapnya makan besar,,tips kiasan dari kak jie,,cliche tuh kak. mau gumuk,,huhu
hahaha nampaknya ayat2 begitu boleh menyebabkan kita berdiet yer,
sy fhm..hehe…biasaklah..manusia itu ade mcm2 jenis..mcm makanan juge…
Betullah tu, cari kawan yg badan sedap2 , barulah selera pun sedap
huhuhu… klu dapat komen macam tuh, memang tetiba jer tak jadi nak makan… okay gak tuh kalau lerh bersama-sama group camtuh, tapi di kalangan lelaki, jarang yang ada group camtuh… hehehe…
makan kak…makan…sedap tu…(suara menghasut dah datang).. 😆
salam Kak..
ikuti tip saya di entri terbaru saya
baik untuk majlis rumah terbuka yang
kerap sekarang ni..almaklum raya dah nak
habis..berebut semua nak buat rumah terbuka..
ORANG MALAYSIA MEMANG MEWAH MAKAN… 😉
hehehe..kak jie makcik2 zool…cara berleter pun macam makcik2…berbelik sana sini baru jumpa jalan… 😆
tu le.. tak pahamm.. maklumlah sekolah pun tak tinggi mana.. nak tangkap2 kias2 ni tak reti
Bila pergi majlis makan, duduk dengan group yg ‘suka jaga badan’ isu gossip mreka bab diri nak kurus, bab melawa..jadi kita pun ikut ‘ikat perut’
bolehlah kawan nafsu sikit..utk ketika itulah..hehehe 😆
tipsnya pilihlah kawan yang lawa , bolehlah kurus nanti .. hehe .. betul tak kak jie ?
Bayangkan ariff…. kita tengah sedap2 menyuap segala jenis yang terhilang tapi kawan di sebelah asyik bercerita pasal diet, pasal berat dia yang dah turun sejak puasa…pasal baju raya ygn bling2 sebab dah kurus..
tergamak lagi ke kita nak tambah?
hahaha..terbantuk terus! 😆
hahaha.. common sense. memang betul la macam tu. ikut orang sekeliling.
blog kak jie kena baca dengan deria ke – 6
rasanya jelas dah bayangan tu
zook sentiasa keliru kat blog kak jie, kan…selalu dpt komen mcm keliru je
heheheh…blog kak jie tak sesuai untuk pembaca UPSR, PMR atau pun SPM..sesuai dibaca oleh makcik2 yg berkias2 😆
Blog Kak Jie jarang keluarkan tips 1 – 10 secara terus
Biasanya tips ada dari pemahaman pembacaan….
owh… Kak Jie gagal sebagai penulis blog! 😆
tipsnya mana kak jie?