Tetamu Diundang
Peribadi

Tetamu Diundang

Saya dah bersiap² untuk keluar,  nak beli hadiah untuk diri sendiri yang tertangguh.  Tiba² adik saya telefon ingatkan janji temu kami untuk mengikuti rombongan pengantin.  Jiran dari kampung di Baling datang dengan rombongan pengantin  ke Bukit Beruntung.


Selesai majlis di Bukit Beruntung, tokey Mid Gulai Kawah ( umbut pisang ) singgah ke rumah saya berhi-tea. (kuih beli tepi jalan saja…)

Mengimbau kenangan lama ni…kisah zaman hingusan.


Sempatlah juga isi air  sesuku kolam untuk berkubang.

Masa @life4hire@callister , @MrKayMy dan isteri datang memang kolam ni kering kontang.  Tak ada sesiapa di rumah, saya memang tak mampu nak jaga.

Cuaca petang Ahad yang sejuk selepas hujan tak menghalang untuk anak² ini menikmati zaman riang ria ribena mereka.

Selamat jalan Romeo…eh…. selamat jalan, hati² memandu.  Insyaallah jumpa lagi.

* kiri sekali tu adik bongsu saya – kanan sekali tu adik nombor 6 saya suami isteri yang tinggal di Tanjong Malim… dia selang seminggu datang.

p/s- lagi gambar di sini

Selepas tetamu balik, kami ke Rawang – beli hadiah untuk diri sendiri dan melipat gandakan keriangan  bila suami suruh saya belikan juga untuk kakak dia.   Seronok lihat Yu Mah memeluk hadiah dan menjerit “seronoknya………….” bila terima kejutan di muka pintu.

* Yu = kakak dalam bahasa jawa

©kujie – rasa seronok sangat…walaupun suami tiada rumah saya sentiasa ada tetamu siling berkunjung…. satu lagi hari indah dalam hidup.  Alhamdulillah.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Tetamu Diundang

  1. scene suasana dalam gambar ni hampir serupa dengan laman rumah idaman yang selalu saya imaginasikan. Kolam renang, ruang duduk bersila diperbuat dari kayu untuk melayan tetamu, then tumbuh-tumbuhan hijau di sekelilingnya.

    Oh, damai sungguh tiap kali membayangkannya. Saya jadi terkejut seketika terlihat gambar ni..Ya Allah, memang hampir serupa!

    Like Attracts Like..

  2. thanks kak jie..insya Allah bila dah settle study end of this year boleh jalan2..teringin nak ke area kak jie tu..tak pernah sampai pun 😉

  3. kita yang mulakan….rajin bertandang
    Insyaallah…. balasan bukan dtg dari orang tu..Allah kirim melalui orang lain, kadang2

  4. bestnya ada gazebo, boleh lepak2 waktu petang sambil bersidang.

    seronok saudara-mara datang menziarah apatah lagi kalau lama tak berjumpa…

  5. Bestnya bila ada kunjungan dari rakan taulan seperti ini, boleh berkongsi kisah lama, dan saling bersenda gurau. Sejak duduk di sini, dah jarang dapat meluangkan masa dengan sahabat handai, atas sebab lokasi yang jauh.

Comments are closed.