Tak Suka Lady Gaga?  Lady Gaga Hilang
Peribadi

Tak Suka Lady Gaga? Lady Gaga Hilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Semalam agak kecoh suasana dunia twitter saya bila terover membebel berjangkit dari dunia realiti hingga ke alam maya. Setelah hampir seminggu mati akal menjejak ke mana hilangnya Lady Gaga – saya cuba tweet untuk menghilangkan resah dan merungkai misteri nusantara.

Lady Gaga saya hilang. Pelik sangat.

Kemudian teringat mak ada cerita tentang aktiviti mak dan 3 cucu super aktifnya yang datang bertandang ke rumah minggu lepas. Minggu lepas , rumah saya memang meriah. Ramai adik beradik yang bertandang, bermalam dan kami buat sedikit kenduri kesyukuran sebelum suami terbang semula ke Algeria.

3 cucu super aktif tu anak adik ipar saya , semua lelaki umur 7 tahun, 4 tahun dan 2 tahun. Main PS2 sampai pintu kabinet pun terkopak!

Rumah saya tak ramai budak-budak, hanya Intan saya masih di bawah umur kanak-kanak yang agak terkontang kanting belum lepas UPSR. Baca suratkhabar hari ini isu hangat tentang cadangan memansuhkan UPSR dan PMR. Entah macam manalah masa depan anak saya yang sorang ni. Abang-abang dah lepas.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pemansuhan PMR wajar dilaksana memandangkan peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat. Akan tetapi UPSR wajar dikekalkan kerana masih relevan sebagai penarafan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh dan lebih bersedia sebelum memasuki sekolah menengah – baca selanjutnya di Bernama Online

Balik pada kisah Lady Gaga. Seminggu tanpa Lady Gaga, urusan kerja rumah saya tidak terganggu kerana saya ada pilihan menggunakan ‘Engin Bot Kuning’ , cuma di kawasan dapur yang kadang-kadang basah dan lembab saya lebih gemar menggunakan khidmat Lady Gaga.

Dah merayau cari dan cuba tweet – manalah tau kot-kot kawan-kawan saya pinjam lupa nak pulangkan…hehehe… tiba-tiba pagi ini selepas balik dari hantar Intan ke sekolah, saya buka stor. Nak ambil plastik sampah (hitam) sebab nak keluarkan sampah. Isnin lori sampah datang awal pagi.

Buka saja pintu ………….. terus mata terfokus pada wajah pink Lady Gaga. Owh……….. di sini rupanya awak ye Lady Gaga. Kasihan awak Lady Gaya, kerana wajahmu yang ayu dan rambut keras pinkmu, awak disorokkan di tempat gelap ini dari tangan-tangan nakal ‘cucu superaktif’ itu.

tadaaaaa…………memperkenalkan!

Inilah Lady Gaya saya……


Tak pasti kenapa pertama kali nampak  penyapu pink ini terus terlekat dengan image Lady Gaga, mungkin sebab warna dan fesyen penyapu ini agak pelik dan menonjol seperti Lady Gaga.


sumber: Nick Leonard’s photostream

* Engin Bot Kuning = Electrolux vacuum cleaner

©kujie – Ikan saya pun ada nickname!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

40 thoughts on “Tak Suka Lady Gaga? Lady Gaga Hilang

  1. macam teka teki jer…mcm2 bayangan muncul nak membayangkan si lady gaga tuh..rupanya…mrs broom..dgn rambut pinknye…

  2. salam jie..kaler rambut lady gaga jie lg vogue…hehhee…ape kabo? en suami dh kembali bertugas k?

  3. LOL. HAHAHAHAHAHAHAHAHA yonna ingatkan mcm teddy ke apa. sekali penyapu daa T_____________T

  4. hahahahha..tuh kalau penyapu lembut.kalu penyapu lidi, apa ek nickname nye.kehkehkehkehkeh…

  5. 😆 penat dok pikir ape lady gaga ni… hahahaha… last2.. penyapu… kak jie… bikin sumer org gelak bahak2…..

  6. Salam Kak Jie,

    Ahaks lama sungguh tak bertandang ke sini.

    Aduiiiihhhh, kekekeke pecah perut rupanya Kak Jie carik Lady Gaga Kak Jie. Hehe. Tu baru namanya “Bad Romance…” Memang kalau Lady Gaga tak dak payah tu, nak sapu bilik sket2 susah.

    Lady Gaga tu la kira pelaburan murah yang tahap asas nak jaga kebersihan. Hehe.

    Orait Kak Jie, selamat hari Isnin

  7. wakakka.. terkeno den.. :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    bagi maza, elok gak ‘penyapu di samakan Lady Gaga’ itew…

    rhythm lagu Lady Gaga sodap,
    tapi perwatakan dan keperibadian dio, oh tidakkkk!!!

  8. lor igtkan lady gaga tu kucing, huhuh
    tapi kan enjin bot kuning kak jie tu ok ke? sekarang pun tgh survey vacuum

  9. laa..tu ke lady gaga..haha..wat cuak jer.. igt kak jie culik lady gaga.. nk gak dtg umah tgk secara live.. hehe 😛

  10. kat umah sy klu pakai lady gaga ni habuk tak ilang… sebab banyak sangat bulu si kecik tu… jadi kenela guna pembersih hampagas…

Comments are closed.