Tak Patut Senyum
Peribadi

Tak Patut Senyum

Hari Rabu lepas berlaku kemalangan berhampiran tempat tinggal saya.  Saya mendapat panggilan dari Encik Shamsul dari ondscene.my memaklumkan beliau dalam perjalanan ke tempat kejadian.

( Saya biasa mendapat info awal melalui sms untuk diupdatekan di blog beliau sebelum dikemaskini kemudian dengan gambar apabila Encik Sham pulang dari tempat kejadian )

Waktu itu saya sedang makan malam dengan anak² di kedai berhampiran tak jauh dari tempat kejadian.

Sejam selepas itu, saya , Along dan Intan singgah ke tempat kejadian untuk bertemu dengan Encik Sham.  Tiba di sana kami dikenalkan dengan Shahrul yang sering menjadi informer dan mengirimkan gambar² kemalangan ke blog ondscene.my.

Di tempat kejadian , mangsa dan semua urusan telah selesai.  Orang ramai pun dah bersurai kecuali beberapa orang yang sekadar datang melihat.

Encik Sham meminta kami bergambar untuk diabadikan di dalam blog beliau dan itulah kami dengan senyum mesra  sekadar menghiasi kerlipan kamera.

Dan…  senyuman itu, menjadi satu isu ‘tak patut’.  Baca di kisahnya di sini > Apabila Pembaca dan Blogger Bertemu

©kujie2 – kesian Intan…saya tak bagi dia baca entri tu, dia budak² bukan blogger

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

24 thoughts on “Tak Patut Senyum

  1. Salam…

    Tak perlulah, tahu sekadar apa yang faham sudahlah. Kena baca kedua2 entri dengan semua komen mungkin akan faham 😆

  2. setiap kejadian ada tafsiran berbeza oleh berbagai manusia yang kekadang malas nak buat study dan analisa dari setiap kejadian jadi bagi kita yg faham sabar-sabar je lah pasti untuk setiap kejadian ada hikmahnya.

  3. Waalaikummussalam Anyss;
    Saya sangat-sangat setuju dengan anda, Anyss.

    Kebanyakkan komen saya di On D Scene menjurus kepada perkara sebegitu.

    Yang telah berlaku, tetap berlaku. Kita yang tinggal ini biarlah membincangkan secara matang tentang apa yang boleh dilakukan untuk berikhtiar mengelakkan perkara seumpama itu berlaku.

    Bukan hanya menyalahkan takdir dan berserah tanpa ikhtiar.

    Cuba cari di mana punca dan kesilapan.

    Kalau setakat nak tulis;
    “bawak slow pun, orang langgar kita, kalau dah ajal tak kemana,”
    rasanya semua orang dah terlebih maklum tentang benda tu.

    Tentang komen di On D Scene tu, saya rasa si ‘wong’ tu belum kenal lagi hati dan budi Tuan Empunya Blog, Moderator nya dan Penyumbang Artikelnya…
    Terbawak-bawak dari entry sebelumnya.
    (satu lagi kes, serbu tak pakai ‘helmet’)

  4. ikutkan entry tu takde kena mengena ngan kejadian sebelum tu. pengkomen tu tak dpt bezakan kot.. sabar la kak… takyah la intan tgk, terkecil hati dia kang. 🙂

  5. Tuan blog dah fikir baik buruk..sebab tu diasingkan entri. Masa kami senyum tak hingat dunia depan kamera tu, tempat kejadian dah selesai ….. jadi perjumpaan kawan2 yg kita kenal saja tu

  6. Tak pasal2 Kak Jie tak bagi Intan baca komen2 lain…dia baca entri je

    Mesti nak baca…muka keluar kat blog popular…dah namanya budak…seronok tak hingat 😆

  7. Waalaikumsalam Anyss,

    Cuma salah faham dari sekeping gambar yang dibaca merangkumi kes terdahulu.
    Pengajaran untuk kita juga …hati2 lain kali

  8. Sebenarnya segan sungguh gambar terpampang kat blog sana tu…ramai pembaca

    Tapi tak sampai hati pula nak suruh sorokkan…itulah risikonya 😆

  9. Intan… memang nampak kamera je peace….. nama pun budak².

    Mesti dia tak sangka ‘peace’ dia ‘tak berapa nak aman’ 😆

  10. Gambar ke dua kat ondscene macam Kak Jie cakap

    “anak-anak, jangan pandu laju, nanti silap boleh jadi macam ni..” hehehe

    Gembira-gembira semua muka. Intan sempat peace lagi tu. Hehe :mrgreen:

  11. senyum tu banyak maksudnye kan..
    dan senyum ini rasanya untuk meraikan rakan yang kita jumpa…
    senyum pun boleh mengubat duka kan..
    so..apa masalahnye..
    “senyum..tak perlu kata apa2..”
    🙂

  12. Salam Kak Jie,

    Tadi tak sempat baca. Ni baru baca. siap ke blog Ondscene dan baca.

    Chewah senyum.. tapi bila bukak blog ondscene, tuu dia terpancar-pancar aura tersenyum sampai rizal kena pakai 😎 hehe

    Tak patut senyum? Ni dah tersenyum tengok auntie techno tersenyum. Hehe

  13. Assalamualaikum,
    Perkara mudah macam tu…tak payahlah nak jadikan isu besar. banyak lagi hal-hal besar yang patut lebih ditangani dengan segera, contohnya “macam mana nak kurangkan kemalangan maut”.

    Tak pasal2 Intan fobia nak senyum

  14. aderkk… terlebih sensitif lah fulaks..
    harap2 tak bertambah teruk seperti kumpulan BENDERA di seberang sana tu… hehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    oppsss

  15. Interpretasi setiap manusia berbeza..
    Tapi tak patut la encik wong tu kan sebab gambar tu bukan diletak dibawah entri kemalangan tu tapi entri yang berbeza..
    Takpe kak jie,kita tak boleh nak puaskan hati semua orang..
    Chill ya :mrgreen:

Comments are closed.