Kadang-kadang rindu ini sukar , bukan kadang-kadang…selalunya.
Kadang-kadang saya berharap , tak perlu hantar sms. Terbalik kan?
BIla jalani hidup harian seperti hari-hari biasa – itu ini begitu begini, saya cekal,tabah seperti tak ada apa².
Bila terima sms – walau hanya sebaris kata dua ketul ” salam sayang..” airmata dah tak dapat dibendung, macam empangan pecah, kolam rindu membuak-buak untuk ditahan sehingga kadang² terasa sakit secara fizikal.
Tapi bila beberapa sms tidak dibalas, sendiri merintih. Kenapa…mengapa?
Pelik kan? Susah bercinta jarak jauh ni.
Itu suami. Anak-anak lain pula cerita.
Along cuma di Bangi. Hampir setiap minggu balik. Tapi antara Isnin hingga Jumaat, hampir setiap hari saya nak contact. Sampai kadang² saya cuma nak tanya ada kredit telepon atau tidak.
Nasiblah dia duduk dekat.
Angah. Dia bawa handphone ke maktab tetapi perlu bijak untuk menggunakan tanpa dikesan. Dua minggu diam, tak dapat contact, tak dapat sms – dua juta kali saya menyebut.
Macam manalah anak tu…..nak SPM tahun ni..sempat ke buat homework…. dapat ke bangun pagi tanpa dikejut bergegar katil.
Semalam tiba² dia sms. Mulalah perasaan rindu mengebu-gebu dan tak dapat dikawal.
Sesudah ditolak, dicampur, dibahagia semua rasa – gelisah macam kucing nak beranak, ke hulur tak sampai, ke hilir tak jejak. Semalam saya nekad ( bukan naked ye ) ke stesen keretapi Rawang. Beli tiket keretapi ke Sungai Petani malam ini ( Jumaat ) . Bertolak 10 malam ni, sampai di Sungai Petani 7 pagi esok ( Sabtu ).
Pergi MRSM peluk Angah, malam tu balik semula. Sabtu 8 malam saya balik dengan keretapi dan sampai Rawang 5 pagi Ahad.
Dua malam berturut² dalam keretapi. Macam orang bercinta, lautan api sanggup direnangi. Tak tau lah, mak orang lain pun terlebih kepoh macam ni.
Tadi dapat panggilan dari Angah… saya bagi tau dia esok kami sampai ke maktab.
” mama rindu Angah…” Melompat dia di sana.
“Angah pun rindu mama….”
huwaaa………………. i mis yu, yu mis me tu !
Yang paling seronok bergedik lebih – Intan, sebab dapat naik keretapi.
Algeria jauh, nak berenang 44 hari 44 malam pun belum tentu sampai,
tahan sajork……….
faham..faham.. saya juga jarak jauh, lenggong-jb…
tabahlah hati..
dulu my parent ok jer, anak2 bertebaran di sana sini. tapi kalau zaman saya nanti, mcm kes u jgk, rindu memanjang
hhmm..zaman jiwang2 dah berlalu… 🙄
mama,err kenapa mama blur gambar? (or should i ask since when mama blur gambar hehe)
mak saya pun macam Kak Jie..sanggup datang jauh2..saya pulak mengada2 minta laksa la, minta bubur sumsum la, mintak nasi tomato la..haih, walau macamana pun, elok la berindu2 masa sekolah, bila dah kawen ni nak rindu macamana, ada yang lebih utama untuk ditaati
cian kakjie. sana jauh, sini jauh. sume2 jauh. cam syape le kite ni ek. uuu…cedih baca kecah oghang rindu jarak jauh nih.
Cabaran sebagai ibu, anak, dan suami…. bila berjauhan rindu kian membuak….hehehehe
stended la tu…. Nasib baik dah kat umah…. dapat tgk mak hari2….hehehehe
asrama??…dah 8 tahun keje sy berhadapan ngan kerenah budak2 asrama…ada yang manis tak kurang juga yang pahit…mmmm…bebudak sekarang… 🙄
Nasib baiklah saya baca entri ini bila dah sampai rumah. Kalau masih di Cheras lagi, mahu jatuh homesick dibuatnya.
Macam manalah kalau dah jauh beribu batu nanti.
Assalamualaikum,
Intan jugak yang untung 😉
Napelah tak de orang rindu saya sampai macam tu ek?
Selamat menemui anakanda tercinta Kujie.
Rindu ada rasa sakit tapi sangat indah sebab melambangkan kayanya kasih sayang dalam diri. 🙂
Alahaii.. Saya yang baca ni pulak terasa sayu.. Sakit menanggung rindu ni. Tak kira la rindu sesiapa pun. Tapi, kalau rindu mak ayah.. Oh! Takyah cerita la. Duduk asrama sekolah yang dulu hanya 15 minit dari rumah je pun boleh berjurai air mata. 😥
so sweet.. selamat jalan kak! (hmm..nak rindu kat sape ye?)
speaking of rindu ni kak jie.. mmg complicated.. i would say rindu adalah the most complicated feeling dalam dunia ni..kadang2 kita tak tau kite ni rindu..
mmg betul bercinta jarak jauh mmg susah… kite kalau boleh nak setiap saat ditanya kabar dan bertanya kabar…tapi masalah mase, busy la dan other life constrains yang tak dapat di elakkan..
pelik tak.. kalau depan mate.. ade je kite nak gaduh..tapi bile dah jauh2 tu.mule la menyesal..adakah tu perasaan rindu..this applies to those who x bercinta…
saya dalam mase 3 bulan ni bercinta jarak jauh…tapi ok la..weekend dapat jumpe walau sekejap… die sedang ‘berperang’ disana..saya pulak bekerja di ibu kota… kalau sehari tak di balas sms..rase marah betul..tapi pk2 balik..die tengah kerja mane ade masa..
saya pun tak tau ape yang tengah merepek ni sebab heppi die will be back today ..
kire oke la tu cinta berbalas huwaaaaaaaa…bkn bertepuk sebelah tgn
kalau baca malam2 ni..mau meleleh jugak karang air idung ni.. 😐
harapnya, anak2 semua sedar dan insaf…betapa seorang ibu sayang dan kasih pada anak2…
bak kata orang tua2..tidur tak basah…mandi tak kenyang 😯
😉 hati2 ye kak jie… have a safe trip…
memang sengsara bercinta jarak jauh..
bapak rebina di singapore, anak2 rebina di perak
huhu!
tak tertanggung rasa dijiwa..
nasib baek ada maxis 🙂
hahaha.. mane la tau.. tapi dulu dok bt.caves. dekat je la kan dengan rawang..
lor..tanya mcm le dia tau area Rawang….
pi google map lah..hehe
sungai choh?? tak penah dgr plak.. belah utara pon tak tau kat mane. kehkeh.. lepas selayang ke?
bukan…bukan..lupa nak tambah
arah utara selepas sg choh
7km?? dekat ngan sungai kancing tu ke?? eh betul ke nama sungai tu?? :p
jiwa halus kak jie kita ni. agaknya mmg macam tu kot perasaan emak-emak. tetiba teringat kat emak saya nak tepon sekarang jugaklah. =)
7km dari pekan Rwg
Penangan rindu
alololo.. meh nak peluk jugak 😉
sebab 2lah dijadikan syurga itu di bawah telapak kaki ibu kan kak…
korang jgn lah ikut jiwang leleh juga…
kan dah baca komen2 korang pun dah basah keyboard…
🙁 🙁
rasa sebak pun ada baca entri ni 😥
kak jie taknak tanya saya ke kedit ade lagi ke tak?? saya pun tgh tunggu orang tanya camtu tu.. kehkeh..
eh kakjie dok area rawang ke??
yana lum pernah rasa pengalaman sebegini…anak kecik2 lg,husband setakat 1 week pn plg lama…tk tahulah…rasanya tk sanggup…semoga kak jie sentiasa sabar dan bahagia di amping keluarga
alalala~~akak rindu kat abang ye…rindu kat angah ye…
sy paham.. sy dah besar… adik2 pun dah besar.. macam mak saya.. selalu ngadu… cian dia… sabar lah ya kak..
nak rindu kat isteri belum kawen.. nak rindu kat anak..belum ade isteri.. hehe..
Kadang2 apabila kita rindu pada seseorang sanggup buat apa saja…tetapi rindu mak pada anak lain dan rindu mak pada bapak lagi lain 😳
Saya pun bila rindu kat anak..buat benda2 yang pelik hahaha…begitulah kasih seorang ibu/bapa kat anak 🙂
cian kak jie. kalau intan dah dok asrama nanti. tinggal sorang la pulak.
saya tak pernah naik keretapi. wife saya kata best naik keretapi jalan jauh