Shinchan Datang Dengan Senyum Semanis Gula
Peribadi

Shinchan Datang Dengan Senyum Semanis Gula

Ingat lagi tentang anak menakan saya yang ini? Yang gebu macam Mak Long dia ( saya le tu…. ) ?

Kami panggil dia Sinchan….  Sekarang dah 3 bulan setengah umurnya.

Sekarang Sinchan ada kat rumah saya – malam tadi sampai dari Sungai Petani.

********************************

Tadi pergi kedai, bukan beli gula tapi beli tulang, ikan pari – ingat nak masak sup tulang dan bakar ikan pari lunch nanti.   Kakak kedai tu boleh tanya ” abang dah balik ke?”

ha ha ha….tokey ikan pun boleh perasan dah lama saya tak singgah beli ikan, sayur tanda tak masak!   Tinggal berdua dengan Intan, masak nasi lauk beli saja yang dah siap.   Sesekali tetamu datang seronok nak masak memasak tapi………… bukan sebab gula naik harga tapi harga gas memasak  pun dah naik.

©kujie – Adik ipar saya pun dah balik dari Algeria, ada kat rumah.  Tetamu datang bawa rezeki. Alhamdulillah

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

39 thoughts on “Shinchan Datang Dengan Senyum Semanis Gula

  1. yupp gmbr first memang same sgt!!macam twins sinchan plk..

    p//s:lame dh tak tgk sin chan:(

  2. Haaa… muka dia dalam gambar atas memang macam sin chan.
    Makan cuma berdua senang lagi membeli dari memasak.
    Semoga kak jie ceria. Salam Jumaat

Comments are closed.