Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayah
Peribadi

Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayah

01-07-1941 – Selamat Ulangtahun Ayahandaku  yang ke 69.

Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.

Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.

Amin Yarabbil-alamin

©kujie – awal pagi tadi telefoh ayah – Alhamdulillah, ayah beransur sihat.   Minggu lepas ayah tak berapa sihat.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Selamat Ulangtahun Kelahiran Ayah

  1. Selamat hari lahir buat ayah kak kujie… 🙂 Semoga bahagia ke semua generasi, dikurnia kejayaan kesemua generasi, dikurnia murah rezeki bagi kesemua generasi, dikurnia kesihatan bagi kesemua genarasi…

    🙂 Selamat hari lahir buat ayah kak kujie…
    Jom terjah post menarik dari ikoko ..Happy 26th- Lovely MeMy Profile

  2. Selamat ulang tahun kelahiran buat ayah Kak Jie even saya dah lambat .

    Semoga ayah Kak Jie sentiasa berada dalam lindungan ALLAH 🙂

  3. happy birthday err…err.. ayahanda kak kujie. moga panjang umur murah rezeki. 😀

    p/s : sama besday ngan Qariena. 😀

  4. Selamat ulangtahun untuk ayahanda Kujie. Semalam cuba buat ucapan tapi entah kenapa, ada error on page. Semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu hendaknya. Amin.

    Kujie ~ Amin… terimakasih Opah D 😆

  5. selamat ulangtahun utk ayahanda mama ni ye… moga sihat2 slalu… 🙂

    Kujie ~ terimakasih Diya…mama dah tak de adik lelaki bujang lagi… 😆

  6. Selamat Harijadi buat ayah akak… Semoga sentiasa dibawah lindunganNya… mmm rindu plak ngan arwah ayah kiter.. 😐

    Kujie ~ Aminn…. sedekahkan lah al-fatihah tuk arwah ayah adry..moga rohnya dicucuri rahmat..

  7. selamat hari jadi buat ayah kak jie
    moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki
    🙂

    Kujie ~ terimakasih lily..amin…..

  8. Neh yang nak balik pegi jumpa bapak neh…

    Kujie ~ Blklah jiji, jgn jadikan harga petrol sebagai alasan… hargailah ketika ada.

  9. encemnyee ayahanda masa muda2 dulu hehehe… happy besday!

    p/s: tahniah dan terima kasih! anda dalam senarai pink saye hehe!

    Kujie ~ ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi , kan…kan…..
    atau ….bapa borek anak rintik..hahahaha… 😆
    owh…ahli pink? tidakkkk..owhhh tidak… 😉

  10. Selamat ulangtahun dari Am juga, semuga semuanya selamat ya

    Kujie ~ Terimakasih am..lama tak nampak..sibuk agaknya
    moga Am dah keluarga juga sihat sejahtera

  11. Puan..
    Kadangkala, kita hanya tahu erti menghargai dan rindu apabila mereka yang sepatutnya kita kasihi telah pergi meninggalkan kita.. bersyukurlah puan masih lagi diberikan kesempatan bermesra, menikmati kasih sayang dr seorang ayah sehingga hari ini.. dan pada teman-teman yang ayah/ibu telah menginggalkan mereka.. ttipkanlah al fatihah .. dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

    Insyallah..

    Kujie ~ Hargai apa yg kita ada sekarang dah layan sebaiknya. Saya juga rapat dengan arwah bapa mertua.
    Nick “Jie” adalah panggilan dari bapa mertua kerana beliau sukar menyebut perkataan “z” di depan..so “z” jadi “j” 😆
    Aminn….moga² kita menjadi anak yang soleh/solehah

  12. hensem kan ayah kita… aku ada pic i/c yg br aje…

    Kujie ~ balik baru ni, ayah bagi aku snap pic lama dia… 😆

  13. Happy Birthday Uncle.. semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan hari-hari yang gembira buat Uncle…
    segak lagi ayah Kak Jie.. dan nampak masih kuat lagi tu.. mesti rajin exercise macam anak dia nih.. heheh..

    Kujie ~ Terimakasih Neeza…mmg kuat sebab ayah kerja kuat dari muda , membesarkan kami anak²nya. Ada juga dia mengadu sakit itu sakit ini..eeemmm..rasa sayu bila dia bercakap mcm tu kerana ayah seorang yg pendiam, dia akan bercakap hal yang penting saja..
    ttp bukan jenis yg tak pandai bergurau
    rasanya billa dah bercucu, selalu juga tengok ayah bergurau dgn cucunya

  14. muda lagi ayah kak jie ek..tahun 1941 lahir..selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki !

    Kujie ~ owhh..maksudnya kak jie pun muda lagi lah ye…kehkeh..makcik tak sedar diri ni 😆

  15. selamat ulang tahun utk ayah kak jie..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki… 😛

    Kujie ~ Aminnn…terimakasih…
    erk..kakjie dah tak de adik lelaki bujang…hehehe 😆

  16. semoga panjang umur, sihat tubuh badan dan disayangi anak cucu, cicit..:)..

    muda lg ayah kakjie..:)..jauh lebih muda dari kakak sy..terus tingat kat kakak..apa khabar dia ek..

    Kujie ~ owh ye ke..Kak jie anak sulung…. kalau tringat tu terus lah call
    i juz cal 2 say ilebiu ….

  17. epi besday ayahanda..

    mcmane ekk rase ade ayah bila kita dah tua mcm ni..

    ayah aku meninggal mase aku darjah 6..

    ayah mertua aku pun dah takde gak..

    tapi yg aku ingat aku anak kesayangan dia sbb aku pompuan yg bongsu 😳

    selalu bonceng motor ikut dia p ambek gaji kat opis (org dolu2 gaji cash kan..)

    pastu singgah kedai mamak mkn nasi ngn udang galah.. (dolu sekoQ siap goreng baru rm5..)

    aku rindu kat dia jie 😥

    Kujie ~ rasanya bila kita dah berumur ni, hubungan dgn ayah dgn mak lain sikit
    kita pun makin faham diri kita sebagai ibubapa, jadi kita pun lebih memahami mak bapa kita
    aku rasa, makin tua ni..cewahhhhhhh…dah tua ke aku ni…kehkehkeh
    aku makin memahami mak ayah aku
    aku makin rapat
    mgkn sebab kita sendiri dah ada anak
    eemmm….
    aku lebih rapat dgn ayah dr mak
    tp kalau call mesti ckp dgn dua2.. 😆

  18. Ucapan Selamat Ulang Tahun Buat Ayah K.Jie… 😉

    Kujie ~ Aminnn….itulah yg kakjie harapkan…moga di usia emas ini ayah dapat hidup dgn lebih tenang dan selesa

Comments are closed.