Pokok koko nan sebatang tepi rumah ini memang disimpan untuk anak cucu kenal bagaimana rupa dan bentuknya pokok dan buah koko. Mungkin juga sebagai kenangan zaman kegemilangan penanaman koko yang pernah diusahkan oleh keluarga mertua.
Sekurang-kurangnya bolehlah beritahu anak cucu , inilah buah cokelat. Β Bila dibuka, dia bertanya lagi, ‘kenapa isinya putih?”.
Menurut suami, keluarga mereka adalah antara perintis awal yang memulakan penanaman koko di tahun 1970’an. Pada mulanya harga sekati koko hanyalah 10 sen sehinggalah meningkat menjadi 50 sen, barulah pekebun lagi berani untuk mengambil peluang memulakan penanaman koko.
Siapa pernah makan….erk…saya tak boleh gunakan perkataan makan sebab biji koko tak ditelan, hanya diisap dikemam-kemam kemudian diluahkan?
Apakah rasanya manis walau masih belum diolah?
Sempat tengok pokok sahaja, tak sempat merasa hisap biji koko pun. Itu pun pokoknya dah kena tebang.
masa kecik suka kemam, cicah sama kicap lagi sedap.
Ingat kecik2 dulu selalu makan isi koko ni manis je tapi sekarang dah susah nak dapat.
Memang betoii sedap apa. teringat masa kecik2 dulu isap biji koko yang abah tanam belakang rumah. chup chup
Rasa macamana kak jie? sedap ke?
jadi tanda tanya pulak ni..pernah tgk tapi tak pernah terfikir nak masuk mulut takut pahit π
Assalamualaikum,
Masa kecik2 dulu arwah datuk tanak beberapa pokok koko. Tak pernah pulak saya nak hisapnya waktu itu.
tetiba sekarang rasa sangat termengkelan sebab tak pernah rasa biji koko ni…rasa dia memang mcm cakelat eh kak jie?
Memori pokok koko… π
Kediaman kampung saya kawasan bendang. Tetapi bila pergi kawasan kampung yang ada pokok koko terasa seronok pula. Belum pernah rasa biji koko lagi…
PM tak pernah lagi cuba biji koko tuh…huhu
kak jie ada cerita tentang buah lain yang lebih exotic
yang ni lagi ramai tak pernah tengok rasanya
bila renung kembali ke masa silam…..rindunya dengan bapa.wawasannya memang kedepan…..orang lain belum tanam koko….tapi kami 9 beradik telah dikerah kekebun bila ada cuti sekolah.bukan berkereta…tapi jalan kaki,bukan dekat malah mencecah hingga sebatu dan 2batu dengan berbasikal.kerahan tenaga itu sangat berbaloi bila kebun sewa dari makcik dan pakcik membuahkan hasil dan hasilnya memuncak dikala harga koko juga memuncak (iaitu rm8 sekilo kering).waktu itu apa sahaja yang dihajati pasti akan di tunaikan oleh bapa.Tapi disebabkan kami dididik dengan jimat cermat dari awal lagi,kami tak pernah minta apa2 pun.dan pokok koko diatas tu adalah generasi pokok koko di tahun 90an.dan saya adalah generasi koko tahun 70an.koko oh koko.
masa kecik-kecik dulu..selalu gak la isap.
la ni..jarang dahh..
ingat masa kecik2 dulu, selalu makan π
Memori lama teringat kat kg sbb dulu arwah atuk dgn wan tanam pokok koko keliling rumah.Tanam pokok koko ni musuh utama adalah tupai dan serangan perasit pada buah seperti kuya( bentuk ke sebutan?).Sepupu yg dok kl pun balik kg balik2 tanya ada buah koko masak tak?.wan sy pulak pesan kat cucu2 dia jgn makan @ kulum biji koko tu banyak2 nanti kena sembelit @ susah nak berak. Pokok koko yg ditanam ada berkulit mengerutu mcm kulit katak dan ada jugak yg licin,kiranya mmg mcm2 jenis pokok koko kat kg tp sayang sekali sebatang pun dah x tinggal skang ni sbb bila mak dan ayah sy pencen balik kg bt rumah baru habis pokok koko dan pokok keliling rumah ditebang seperti rambutan dan pokok kelapa.suasana yg dulu hijau dan redup kini dah hilang.klu dulu masa musim panas boleh jgk lari2 bawah pokok yg redup skang ni dok je la dlm rumah sbb dok luar skang panas berdenting.Sy ni jgk kecik2 suka main parang apa lagi habis sy cincang pokok koko yg sy rasa menyemak dan tak sedap mata memandang lepas tu siap kena rotan @ sosah dgn dgn apo jo yg dapek kek tgn diorg (dulu2 kena rotan /sebat tak jadi hal dan tiada akta perlindungan kanak2 jd kt siapa aku nak mengadu@ adu dgn mak bapak pun x guna jgk sbb bkn diorg support pun tambah lagi ada la dgn diorg tu) dgn arwah atuk @ wan sy tu. “den ponek2 tanam, yg ko poei tobang pokok koko tu sapo suruh?, ko ingat ayah ko yg tanam ko? tu la bahasa jiwa bangsa yg kluar dari mulut atuk @ wan sy.bila dah takde rasa rindu sgt2 pada semua kenangan ni dan utk skang ni pesanan sy jgn la manjakan anak melampau2 sampai x boleh nak sentuh @ ajar diorg nanti bukan apa nanti anak2 jadi begal (degil) report kat polis kata kena dera dan mak bapak masuk penjara.
seronoknya baca cerita ni
bila sy baca apa yg sy tulis ni semalam rasa mcm luahan perasaan la pulak. agaknye aku mmg x puas hati kot dan memendam perasaan,skali kluar pulak entry kak jie pasal benda ni yg byk bersangkut paut pada memori yg menyakitkan sekali rasa meletup pulak perasaan yg dah lama dipendam sbb xpuas hati kena pelangkung masa kecik2 dulu.(maaf la kak jie dah lari tajuk dah ni tp tu la benda ni ada masa timbul tenggelam dlm hati) dan perbezaan darjat anak & cucu yg dok bandar (diagung2kan dgn layanan istimewa-skang manakah anak cucu kesayangan?, ada balik kg tgk wan skang ni tgh demam) dgn anak &cucu dok kampung (dipinggirkan @ tdk dilayan-yg buruk n busuk ni jgk la yg menjaga).mana sedara mara aku yg terbaca apa yg aku tulis ni lantak la apa yg korang nak pikir pun pasal mak ayah dan aku adik beradik.
Kak Jie, dulu kat kampung, masa kecik2, arwah ayah memang ada tanam sepohon koko. sedap buah dia, masam2 manis gitu. Rindu plak kenangan tu. Special thanks for this entry.
alahai sedihhnya…tak pernah makan buah ni T_T
Masa kecik selalu makan buah koko ni, kalau nak yang manis, cari buah koko yang kulit licin dan berkilat. Kalau kulit yang mengerutu tu masam manis.
Saya kecik-kecik dulu suka pakai baju warna koko π
Saya pernah petik buah koko dan jual buah koko kering kepada peraih. Rasa isi buah koko ini masam.
Pernah dulu masa kecik makan buah koko ni..
Aina tak ada pengalaman kemam biji koko cuma sellau dengar dan baca pengalaman orang sahaja. Buah koko fresh pun tak pernah tengok hanya tengok gambar.
Sedap…ni hisap ..hingga habis rasanya.