Industri sawit telah dikenal pasti sebagai salah satu Bidang Utama Ekonomi Baru (NKEA). Dalam usaha meningkatkan hasil sawit daripada tanaman sedia ada, kerajaan melalui MPOB telah membantu pembukaan tanah untuk tanam baru sawit oleh pekebun kecil atau untuk menanam semula pokok sawit tua.
Saya sedang memproses borang Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil (TBSPK) untuk memohon tanam sawit di salah satu kebun yang baru dibeli. Ini kali pertama berurusan untuk tanam baru sawit, sebelum ini saya memohon Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK). Urusannya dah selesai, cuma menunggu benih sawit ditanam beberapa hari lagi.
Permohonan untuk tanam semula sawit dan tanam baru sawit adalah berbeza. Entri kebun sawit saya di sini – Kehidupan Rakyat Marhaen Sebelum dan Selepas PRU
Saya juga pernah membuat permohonan tanan semua getah melalui RISDA. Anak-anak pokok getah saya pun dah besar sekarang, dua tiga tahun lagi dah boleh ditoreh. Saya ni boleh dikategorikan Blogger Pekebun Kecil Getah dan Kelapa Sawit . Baca entri berkaitan mengenai Tanam Semula Getah
Nilai bantuan untuk Skim Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil adalah tidak melebihi RM 7000/ha dalam bentuk seperti berikut:
- Penyediaan tanah/pembersihan kebun.
- Anak benih sawit berkualiti dibekalkan dari tapak semaian sawit yang mempunyai Sijil OPNCC/CoPN/telah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
- Baja tahun pertama dan kedua yang ditentukan mengikut jenis tanah.
- Racun perosak/kimia boleh dipertimbangkan pada tahun pertama jika berlaku serangan yang serius.
Syarat Permohonan kedua skim juga berbeza. Kalau Skim Tanam Baru Sawit, perlukan sokongan Ahli Parlimen/ ADUN .
Syarat Permohonan Tanam Baru Sawit Pekebun Kecil
- Warganegara Malaysia
- Berumur lebih 18 tahun
- Pekebun Kecil ( 5 hektar ke bawah bagi Semenanjung Malaysia , 7 hektar bagi Sabah dan Sarawak )
- Mempunyai geran.
- Pengesahan sokongan dari Ahli Parlimen/ ADUN
Ada syarat lain yang lebih terperincik, rujuk laman web MPOB ( Malaysia Palm Oil Board )
Bila dah ambil borang, perlu ke Jabatan Tanah dan Galian membuat carian tanah untuk mengetahui status hakmilik tanah, status tanah atau tujuan penggunaan tanah. Kemudian perlu cari Pusat Khidmat Dun kawasan tanah yang akan dimajukan untuk memohon sokongan.
Suami dah balik semula ke Hulu Terengganu, saya yang perlu mulakan hari Isnin nanti dengan beberapa urusan rasmi.
Nota Penting : Semua bantuan tersebut, tertakluk kepada peruntukan.
Wah, nama jer pekebun kecil, tapi berjiwa besar. 🙂
Jom terjah post menarik dari Naimah Wahab ..Turun 10kg Sebulan; Kurus Secara Sihat
Rasa macam tertarik nak bercucuk tanam sawit juga ni. Nampaknya kena follow blog kak Jie selalu nak intai tips & tekniknya 😀
Jom terjah post menarik dari Mommy Lyna ..Trip Ke Jepun Tengok Sakura dan Salji
wah bangga dengan kak jie 🙂
Jom terjah post menarik dari Liniey Nor ..Contest SEO Eridy
Ibu saya ada memohon penanaman semula kelapa sawit sebab pokok kelapa sawit yang sedia ada sudah tua dan kurang hasil.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya One
yang tanam semula tu dah dapat
yang ni tanam baru…kebun tu tak ada sawit sebelum ni, cara permohonan berbeza
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pejabat Pusat Khidmat Adun Batang Kali
mak mentua pun ada nak usahakan kelapa sawit kecil kecilan kat Kulim…asalnya tanah tu nak buat rumah
masa pergi rompin dulu rumah abang ipar sempat jugak petik kelapa sawit…hehe
Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Bisnes Online pilihan cikgunaman dan Income yang cikgunaman impikan dari bisnes online
Semoga permohonannya lekas diterima dan semuanya berjalan lancar …
selamat berkebun Kak Jie 🙂
Jom terjah post menarik dari Rina ..How To Create jQuery Image And Photo Gallery Slideshow For Website
fuhh..bekerja keras encik suami tu ye. hehe
Jom terjah post menarik dari titan ..Anak Kaklong, Cendol Banting dan Blogging.
Saya rasa ini mungkin blogger pekebun kecil getah dan kelapa sawit pertama di Malaysia. 😀
Jom terjah post menarik dari Fadhil Husin ..Keputusan Undian Piala Dunia 2014
ha ha ha..tak de maknanya aishhh…. yang pertama di Malaysia
yang penting dok buat persiapan akan datang… kalau kemelesetan ekonomi, sumber pertanian untuk ekonomi
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Saya Blogger Pekebun Kecil Getah Dan Kelapa Sawit
Tak sangka Kak Jie ni serba boleh orangnya. . Bukan setakat jadi blogger dan suri rumah, malah jadi pekebun kecil berjaya. .
Jom terjah post menarik dari anuar ..Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6
wah semangat ya tanam sawitnya semoga berjaya sahaja untuk tanam sawit barunya…