Peribadi

Sampainya hatimu

Jam : 2 petang .

Hari : Ahad

Cahaya matahari terik memancar dari celah sliding door yang terbuka luas.  Langsir nipis bunga kuning seperti kemuncup  di padang rumput terbuai² ditiup angin.

Sepasang suami isteri berehat kekenyangan selepas   melantak pari bakar fresh dari Pasir Penambang.  Isteri baring mengalaskan lengan suami sambil  hidung kembang kempis menahan  bau mengadap tv di bawah kipas siling ligat berkejaran sesama sendiri pada kelajuan 4.

“Abang…..”  bisik sang isteri  manja dan gedik .  Jejari halusnya menarik² berpusar² di sekitar dada bidang suami.

” ehemmm……..”

“Abang pejam mata….”

” Dah……….”

” Bayangkan waktu ini….depan kita ada mangkuk warna hijau.  Dalam mangkuk ada satu sudu plastik.  Bila dikuis² ketulan ais,  warna putih santan bergaul mesra dengan air gula melaka…… ada warna hijau dan kacang merah…..”

” Cendol D’pokok dekat Kelumpang tu…..”

“Abang………….?”

kroh…kroh…kroh….zzzzzZZZZZZZZZZ

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

47 thoughts on “Sampainya hatimu

  1. Huhu…. walaupun bangsa suamimu berbeza dengan bangsa suamiku, namun, perangai mereka serupa. Satu spesislah katakan… sabar aje aku.

    ODs last blog post..Peningku Sudah Hilang… He he he…

    1. betul ke petua tu boleh ikut…………..
      hari khamis sapa le ada masa nk dok layan bini kat rumah time 2 petang…

  2. aaa.. tu la.. lain kali.. ajak ina skali kalau nak pi kalumpang..

    hahaha..

    ikokos last blog post..The Risk Wearing High Heels

    1. hehehehe…………har minggu p Behrang..ingat nak raun pasar malam Tanjung
      hujan la pula

      p raun2 kat Proton City dgn Behrang Hulu…..kenangan tu kat sana

  3. aderk! Berpino mato den membaco eh!

    Mana lak bini den nie ha? huhuhuhu

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    mazas last blog post..Terang Hati

    1. ooooooooooooo…gelak kat org ye
      udah le….membazir air liur je…ingat nk bagi org teringin
      akhirnya kite yg kempunan

  4. hahaha..tapi sampai ke sudah le tak dpt cendol tuh ek?

    arins last blog post..Checked checked checked

  5. hahahaha…terus sahaja lenaaa….lain kali jangan di suruh tutup mata…

    Shaffiks last blog post..Kenapa Mat Rempit Popular..

  6. pari bakar + cendol tu…
    nak breakfast sat la.terasa lapor secara x sengaja…
    er, pasir penambang tu katne?
    pari bakar die mmg spesel eh kak? :mrgreen:

    spatts last blog post..Ceritera Perempuan Gharib…

    1. Pasir Penambang tu kat Kuala Selangor
      bkn tempat makan…………tempat beli ikan fresh
      dari nelayan 😆

      1. arh, igtkan tmpt mkn td..
        bleh gak suh admin makanmalaya g survey…huhu :mrgreen:

        spatts last blog post..Survey Nombor 3…

  7. selalu kalau ronda2 kat shopping complex tetiba teringin nak makan something yg merapu (cthnye aiskrim) tp hubby lak keberatan..adus..frust jgk kan.. ? tp bile dah singgah makan kt tempat lain..emm lupe dahle kekecewaan td..hehe

    *panas2 ni mmg sedap sungguh layan cendol@abc.. :mrgreen:

    nadinezuharras last blog post..:: Anak kecil fikirannya suci..

    1. itulah………benca2 yg remeh mcm ni…kena konar2 dulu baru minta
      tak leh direct je…heheh
      tapi rupanya salah teknik le pula

      :mrgreen:

    1. dia buat2 je………..
      dah tau jawapan dr dengkur tu
      sapa yg rajin sgt nak keluar time tu
      membuta lagi best

      huhuhu………telan air liur je ni

  8. Kah kah kah !!

    Lebih kurang samanya bila part Tie nak bodek hubby gi shopping atau jenjalan……hi hi…. 😆

    Kekadang hembus sikit kat telinga dia (jampi2 laa….) Kalau menjadi, terus dia suruh gi siap cepat. Kalau tak, terpaksa dengar dengkuran dia la….hu hu….

    Ties last blog post..Tidak KUPINTA

Comments are closed.