Saya suka pergi pasar pagi di Batang Kali. Kadang-kadang tak ada niat nak beli apa sangat tetapi persekitaran pasar pagi memang best. Macam-macam benda yang tak terduga kita boleh jumpa.
Hari ini saya jumpa seorang budak berumur lingkungan 10 tahun baru susun anak ikan puyu di dalam cawan plastik.
Dia baru saja letak atas meja. Ikan Puyu Wak – secawan RM 2.00. Anak ikan puyu yang bersaiz besar satu cawan 2 ekor dan kebanyakkan yang lebih kecil secawan ada 3 ekor.
Saya beli ikan puyu secawan. Kelakar pula bunyinya. Orang beli ikan seekor atau sekilo, saya beli secawan.
Balik rumah… sebelum dilepaskan ke dalam kolam , saya bawakan Julie untuk berkenalan.
Muka Julie excited sungguh.
Acara bertentang mata kucing dan ikan. Pertama kali nampak ikan secara dekat walaupun setiap hari dia nampak ikan talapia.
Geram sungguh tengok ikan bergerak-gerak.
Saya tengok juga apa aksi Julie seterusnya. Kucing mana menolak ikan, kan.
Tetapi selepas 5 minit menghidu, menguis secara perlahan, Julie pun berlalu pergi. Dia tak berniat pun nak jadikan puyu sebagai santapan. Salam perkenalan yang mesra.
TAK KLAPAQ aihh nak makan hang, kata Julie!
Kata orang ada macam-macam kepercayaan mengenai ikan puyu. Saya beli anak ikan puyu ini hanya kerana ternampak dan memang kat rumah ada kolam yang boleh memuatkan ikan. Dulu saya beli Si Bulan pun sebesar 3 jari.
Kisah Si Bulan 2
Kisah Si Bulan 1
Harap-harap 2 anak ikan puyu tersebut akan hidup sihat seperti ikan lain. Saya tak berapa suka bela ikan di dalam rumah, kena ada komitmen nak menjaga. Ikan saya dilepaskan di dalam kolam dan disalurkan dengan air bukit yang mengalir. Bila hujan , air dari bumbung rumah juga disalurkan ke dalam kolam.
lucu sekali kucingnya,,,
kucing kak Jie kata bukan taste dia makan ikan puyu, biasa dia makan ikan besau punya….hihi
Jom terjah post menarik dari sukma ..Kisah Dari Negeri Melaka
wed food ikan tuna tuu….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Harga Sepasang Angsa
Petua org tua2 utk mengelakkan pukau pun ye kak bela puyu ni.
Julie tu kucing moden, ai makan biskut ja katanya…ahahhaa…
Jom terjah post menarik dari JunAina ..Sebenarnya Saya Isteri Dia – Datuk Dia Ke?
Julie berpura-pura tak minat ikan tu sebab tuannya ada kat depan mata.
Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Semangat Baru Dengan Thesis SukaSedap
Julie pun tak hingin nak hadap si puyu ni..cuba goreng kunyit tengok…hehehe
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Godaan Yang Sukar Ditolak?
Dia malu-malu Julie lagi ….camera dok ada …tunggu lepa sikit mesti tumpah air dalam cawan ..ikan hilang ???
Jom terjah post menarik dari azahairi ..Afiq Umar Thaqif 1 tahun
Baik betul si Julie.
Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..KL Drift versi Adnan Sempit Tidak Tersepit
dulu kecik2 pernah juga bela ikan puyu…ikan puyu senang jaga , jangka hayat pun lama sikit berbanding ikan emas…hehe
Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Naik Beca di Melaka
betul tu..mmg lasak…
Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Godaan Yang Sukar Ditolak?
Nampak gaya Julie ni macam jenis bulu panjang juga.
Kucing saya, sebaya Julie juga, tapi dah hilang. Saya syak orang culik la..
Jom terjah post menarik dari HipMommy ..3 Things To Do In Kelantan on Friday
dia nak berkawan la tu..hu3
Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Ketagihan Teknologi Terkini
comelnya Julie… Pandai Julie berkenalan ngan ikan puyu yg comel gak tu
Jom terjah post menarik dari ieta ..SEGMEN BLOGLIST MA’AL HIJRAH 1435H
Tengok matanya tudia mcm tak pernah jumpa ikan. Hehe
Sy ada jumpa ikan kecik je, warna biru hitam kat pasar mlm jumaat lepas. Cantik sngat tapi tak beli pun. Takde tempat nak letak dia.
Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Tanda-Tanda Pasangan Anda Curang
Bila tgk julie macam tu….
rindu pulak ngan julie.
Kolam ikan kami pun ada ikan puyu
Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Pengguna Internet diancam jenayah siber salah sendiri
ikan puyu wak, first time dgr, ke wak tu branding adik tu?
Jom terjah post menarik dari cikcloudy ..FROYA: We’re Here
Nak tergelak tengok Julie tenung rapat ikan tu hihi. Tapi nasib Julie tak ngap hi.
Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..6 Makanan Terbaik Untuk Cegah & Rawat Kanser
macam comel aje dia usik-usik tu. hehe
Jom terjah post menarik dari encik bakul ..Bukti bayaran terbaru dari kerja JOBDIRUMAH
ikan yang tahan lasak ni..ganas pun ye..silap2 pegang, luka jari..hehe
Jom terjah post menarik dari hafizrahim ..Menipu Jual Durian
salam perkenalan yg mesra.. cumil sgt julie nih…
Jom terjah post menarik dari mama maman aka yana ..Semakin sembuh… 🙂
ye..ikan puyu yg ada memacam kisah…ohoo..bagus kucing kak jie..baik budaknya..ehhe
Jom terjah post menarik dari reezluv ..Sampai Bila Jadi Blogger?
tak menahan lah komen korang ni..wat gelak memalam buta
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Salam Perkenalan Yang Mesra
Ha ha. Comel je Julie bila dia merenung ikan tu.
Jom terjah post menarik dari Fadhil Husin ..Aku dan Hobi Mengumpul Komik Kungfu Hong Kong
bila tengok Julie sekarang teringat kali pertama kutip dia dari atas bumbung yang kurus kering tak makan beberapa hari….
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Salam Perkenalan Yang Mesra
Comelnyee aksi Julie berkenalan dgn ikan
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Hadiah Wang Tunai RM40,000 daripada Yeo’s
Dia hari2 nampak ikan …. ini kali pertama secara dekat mcm ni
tapi dia tak teringin pun…agaknya dia tau kot sisik ikan puyu ni kan tajam
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Salam Perkenalan Yang Mesra