Salam Ramadhan untuk semua. Maafkan segala salah silap tutur kata andai selama ini ada yang menyentuh hati sanubari, atau ada tindakan yang tanpa disengajakan telah membuatkan hati terluka. Maafkan saya.Sepanjang bulan Ramadhan ini, saya teramatlah sibuk………. mungkin tidak dapat berblogging seperti biasa. Ramadhan hanya sekali , yang penuh dan sarat dengan ganjaran yang boleh kita kutip setiap detik, setiap saat yang berlalu. Sebagai makluk Allah yang kerdil ini, saya juga ingin mengambil kesempatan atas kedatangan Ramadhan untuk mengaut segala nikmat yang dijanjikan itu sedaya mungkin.
“Amatlah rugi sesiapa yang tidak mendapat keampunan Allah pada bulan yang agung ini. Ketika berpuasa bayangkanlah saat lapar dan dahaga pada hari kiamat. Bersedekahlah kepada fakir dan miskin. Hormatilah orang tuamu, sayangilah yang muda dan eratkanlah hubungan persaudaraanmu. Jagalah lidahmu, bataskan pandanganmu daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya dilihat, dan kawallah telingamu daripada mendengar perkara-perkara yang tidak sepatutnya didengar. Berbuat baiklah kepada anak-anak yatim dan bertaubatlah kepada Allah di atas dosa yang kamu lakukan.
“Angkatlah tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia (Allah) menjawab apabila hamba-Nya menyeru, menyambut apabila hamba-Nya memanggil dan memberi apabila hamba-Nya meminta.”
Terimakasih semua..semoga kita sama² mendapat keberkatan Ramadhan kali ini.
SAlam Ramadhan dan Selamat menjalani ibadah puasa buat KakJie
selamat berpuasa yek kak jie!!!
Selamat Berpuasa…kedian Selamat Berbuka…lepas tu Selamat Bersahur…Puasa puasa jugak tapi jangan membazir yer!!!
selamat menyambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa ..
ramadhan kareem… kullu sanah we
salam ramadhan for kjie and the whole family. 😉
Amatlah rugi sesiapa yang tidak mendapat keampunan Allah pada bulan yang agung ini
Sesiapa yang selalu rugi tu,m, harapnya tahun ni ‘break even’ Jadi lah.
bleh gi terawikh ke idok?? selamat berterawikh.. ien takleh pi.. bendera pink kaler huhuhu
kak jie, selamat bersahur, berpuasa, berbuka & terawikh
🙂
kak kujie samat berpose!!
huhu
Sesamalah kita kak jie….Selamat berpose dan extra beribadah……
Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak.